Posts

AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI

Image
AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI . Perempuan & koleksi pinggan mangkuk, tupperware memang dah sinonim cuma saya je belum lagi terjebak dalam minat yang macam tu. Sebab tu kalau tengok saya dok buat food photography ni takde koleksi pinggan mangkuk yang cecantik & sering bertukar.. Pi mai pi mai itu je la pinggan mangkuknya. Tu la yang dok guna hari hari pun.. Baru - baru ni viral orang jual pinggan mangkuk bercorak cecantik memurah je kat FB. maka macam semua nampak gula la memasing terutama kaum wanita ni. Tapi terbaca dari kperkongsian di Page Public Health Malaysia berkaitan isu tu.. Terkejut juga bila perkara tu di katakan bahaya.. Nak senang hangpa baca sumber berita di bawah tanpa edit ok.. Edit edit ni kang jadi salah info susah pulak kan tuan punya blog hehehehe [INFO] BAHAYA PINGGAN MANGKUK BERCORAK KEPADA WANITA & BAYI Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media ...

TERBONGKAR CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA SELAMA SETAHUN

Image
TERBONGKAR CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA SELAMA SETAHUN . Isu minyak kat malaysia ni memang isu yang evergreen katanya.. Sentiasa jadi isu hangat.Nak2 lagi sekarang minyak kejab turun kejab naik... Yang pasti walau turun pun tetap minyak jadi semakin mahal dari sebelumnya.. Biasa la sebelum turun dia naik dulu. Tapi bila turun dia tak semurah sebelum naik dah hehehee Bila harga minyak naik ni segala benda naik.. Tu yang sampai ada peniaga caj 30 sen untuk harga air yang ikat tepi katanya. Masing2 nak cari untung lebih nak cover balik harga barang yang dah naik. Semua harap dapat naik haji setiap tahun hehehehe. Walaupun harga minyak mahal tapi kat jalan raya tetap la bersepah kenderaan terutama kereta. Sebab kereta sekarang dah menjadi satu keperluan untuk rakyat malaysia. Takde kereta pun susah juga zaman sekarang nak2 lagi yang dah berumahtangga.. Tak kisah la kereta buatan malaysia atau buatan luar negara. Janji ada kereta untuk bergerak kemana mana. jadi bila dah masing masi...

GIGI BERKARAT? KUNING? CELUP CELUP & BERUS JE DENGAN CARBONMINT TERUS PUTIH

Image
GIGI BERKARAT? KUNING? CELUP CELUP & BERUS JE DENGAN CARBONMINT TERUS PUTIH . Assalamualaikum.. Kat sini sesapa ada masalah dengan gigi tak? Orang muka cantik, makeup tebal 3 inci sekalipun kalau gigi tak cantik pun tak guna jugak kan? Nak2 lagi gigi berkarat, kuning bagai.. Alllahu.. Rasa macam tak berapa nak murah senyuman sangat la kan. Kalau senyum pun sedaya upaya cover gigi dari orang nampak. Senyum pun nampak tak ikhlas je kalau cover cover ni Ok.. Bila kurang senyum ni kurang la pahala sebab senyum tu kan satu sedekah. Sedekah ni dapat pahala. hehehehe. Jadi memang penting sangat la penjagaan gigi agar kita mampu melemparkan senyuman paling manis yang menyenangkan semua orang. Masalah gigi kuning ni ramai orang hadapi.. Ia berpunca dari faktor pemakanan juga selain sebab merokok. Antara makanan & minuman yang menyebabkan gigi kuning macam kari, minum minuman berkafien semua tu. Faktor lain gigi kuning ni adalah sebab cara penjagaan gigi yang tak betul atau malas go...

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI

Image
AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI .  Macam satu mimpi ngeri apa yang berlaku.. Sebenarnya tak pernah pun terlintas di hati saya benda ni akan berlaku dalam hidup saya. Rasanya mimpi seram tu lagi indah dari realiti yang perlu saya hadap sekarang. Orang nampak saya macam kuat.. terus berusaha, berjuang mencari jalan penyelesaian. Macam tak pernah mengalah atau putus asa.. Semua orang nampak saya seolah2 seorang srikandi, seorang yang sangat kuat hadapi Ujian besar bila di saman RM3 juta.. Padahal.. Saya manusia biasa. Wanita biasa.. Saya pernah rasa down, rasa putus asa, rasa penat, rasa nak mengalah.. Semua rasa tu memang ada saya rasa. Saya menangis.. saya kemurungan.. Sampai terpaksa di tenangkan suami saya. Semua tu berlaku pada saya tapi tak siapa yang nampak. Tapi bila saya meletakkan pergantungan pada Allah sebab saya rasa semua yang berlaku ni di luar kemampuan saya walau saya cuba berusaha. Akhirnya Allah bagi jalan.. Allah bantu saya melalui orang lain. Satu p...

MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT

Image
MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT . Dulu tak pernah tahu kewujudan sambal hitam. Tak terbayang rupa & rasa dia macam mana.. Tapi tertengok ada kot blogger yang tunjuk benda ni macam best ja kami rasa. Pertama kali try makan sambal hitam ni kat satu restoran depan wangsa walk tak silap.. Terus jatuh cinta baq hang! Sedap rupanya sambal hitam ni. Sampai teringat ingat lepas kali pertama cuba. Soto di makan dengan sambal hitam pamah kulat Sambal hitam ni tak silap asal dari pahang.. Ni kira makanan tradisi orang pahang la kan. Tapi apa salahnya orang kedah nak makan kan? Kita kan satu malaysia.. hehehehe.  Nak buat bukan mudah walau nampak macam mudah. Bahan di gunakan pun nampak simple tapi selalu dok dengar orang cerita nak membuatnya agak lama. Dan di sebabkan tu la aku tak pernah pun nak try buat sendiri sambal hitam ni. Dasar malas kan? hahahaha Kalau yang jenis dasar malas macam cheq ni.. Setakat nak makan sambal hitam takde hal la ...

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

Image
BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI . Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini. Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu. Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu.. Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blo...

VIRAL! BONTOT ANAK HAMPIR JATUH KETIKA IBU BAWA MOTOR ATAS HIGHWAY

Image
VIRAL! BONTOT ANAK HAMPIR JATUH KETIKA IBU BAWA MOTOR ATAS HIGHWAY . Membesar dengan hanya ada motor sebagai kenderaan utama.. Sapa pernah rasa. Of course la kami antara mereka yang sempat merasai kesusahan hidup macam tu. Ayah saya jenis fokus pada anak anak dahulu dari fikir nak menambah hutang. Yelah.. masa tu kami adik beradik semua kecik kecik & masih bersekolah. Dia lebih fokus untuk bagi kami pelajaran.. Jadi kereta bukan sesuatu yang dalam kemampuan dia masa tu sebab dia tak suka di bebani hutang. Anak ramai di tambah pulak rapat rapat.. Nak berangkut naik motor semua memang la tak mampu. Setakat nak balik rumah tokwan yang kampung kita macam berjiran jugak la tu boleh la kan. Di sebabkan tu jarang kami adik beradik nak di bawa bertandang rumah sedara mara yang jauh tapi ada jugak sedara mara yang tak faham.. Tapi berkat motor buruk tu la.. Arwah ayah berjaya bagi pelajaran kat semua anak anak dia.. termasuk la aku walau masuk U-Turn jer hehehe.. Yang lain tu Alhamduli...