Posts

RESEPI SPIRAL GORENG PEDAS CAMPAK STYLE PALING RINGKAS & MUDAH

Image
RESEPI SPIRAL GORENG PEDAS CAMPAK STYLE PALING RINGKAS & MUDAH . Lama takde segment dapur lekat lekit ni kan.. Bukan la bermakna den tak memasak kat rumah. Cuma rasa tak ada resepi baru nak share jer.. Walaupun sedang hadapi kes saman takde la den kemurungan sampai dapur tak berasap.. Insya Allah, Masih ada kekuatan untuk teruskan hidup macam biasa walau den dah ada kes kat mahkamah tinggi. Hidup kena terus ye dak.. Pagi tadi akibat kelaparan yang tahap rasa nak gigit ibu jari kaki orang.. Maka berketung ketang la di dapur pagi hari. Sebab pepagi ni takde sapa nak makan melainkan diri sendiri jer. Untuk tidak menyebabkan orang lain mengalami kecacatan kekal akibat kehilangan ibu jari kaki terpaksa juga melawan kemalasan memasak apa adanya kat dapur sekangkang kera den tu.. Nak masak spaghetti goreng takde stok spaghetti. Yang ada spiral brand prego tu. Bukan peti ayam ke hapa semua takde. Yang ada sosej & sayur pun tengok batang saderi je. Boleh la tu.. Sebab kelaparan y...

SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI

Image
SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI . Menghadapi saman sivil sekarang saya tahu apa yang paling susah yang kebanyakkan orang biasa tak mampu hadapi iatu masalah kos yang tinggi. Bagi orang macam saya memang anggaran kos yang di beri tu di luar kemampuan la.. Tapi saya sendiri kadang2 tak percaya juga dengan apa yang saya sedang lalui sekarang ni. Terus terang pada permulaannya masa mula mula saya cari bantuan guaman kesana sini.. Saya rasa saya memang tak ada peluang nak membela diri. Sebab nak bela diri saya perlukan peguam. Ramai yang masih tak tahu saman sivil tiada bantuan guaman dari Biro Bantuan Guaman kerajaan. Mereka cuma boleh bagi khidmat nasihat jer bukan bantuan peguam untuk mewakili kita di mahkamah. Kos untuk guaman bagi saman sivil ni memang takde spesifik.. Kos - kos yang tak di duga pun boleh tetiba ada. Kos pulak mengikut berapa lama kes tu berjalan. Mungkin boleh sampai bertahun tahun. Memang kena bersedia la.. Benda ni sebab berlaku kat saya.. Kalau tak, ...

VIRAL! PEMBUNUH UPAHAN MELAYU IKLANKAN SERVISNYA TANPA RASA BERSALAH

Image
VIRAL! PEMBUNUH UPAHAN MELAYU IKLANKAN SERVISNYA TANPA RASA BERSALAH . Tu dia.. Pembunuh upahan paling berani & kreatif di Malaysia katanya. Almaklum la zaman sekarang nak hidup kat bumi Malaysia ni memang kena struggle sikit mencari pendapatan. Bila kos semua dah naik.. Maka saingan pun banyak. Sebab masing masing berebut nak buat servis yang sama dalam satu masa. Macam tu juga dengan seorang pembunuh upahan bernama Mat ni.. Nak tak nak dia terpaksa kreatif untuk iklankan perkhidmatan dia. Nak buat macam mana kan.. Kalau tak ada job tak ada la income. Nak tak nak kena juga iklan kat tak kira guna flyers. Apapun memang salute la dengan Bro mat ni mengiklankan servis Pembunuh Upahan dia.. Memang kreatif sangat. Mungkin lepas ni ramai yang akan contact dia untuk minta dia tolong membunuh.. Kalau hangpa pun rasa malas nak membunuh.. Boleh contact Bro Mat. No tel semua ada kat dalam gambar tu.. Hehehehe... Cuak habis memasing kan? Ingat membunuh apa la.. Rupanya membunuh la...

MASA HAMIL KORANG BUAT TAK BENDA NI? KENA BUAT OK!

Image
MASA HAMIL KORANG BUAT TAK BENDA NI? KENA BUAT OK! Disahkan mengandung nak nak lagi anak pertama kadang kadang perasaan excited tu memang melebih lebih. Dia punya perancangan dah buat sampai anak dewasa padahal baru di sahkan mengandung 2 minggu. Tu la kan.. Betapa seorang ibu & ayah tu sangat bahagia bila di sahkan bakal menjadi parents. Time tu la... Macam - macam tip & petua dia cari supaya kandungan dia  membesar dengan sihat sehingga hari saat di lahirkan. Yelah.. nak pastikan anak yang bakal lahir nanti, sihat, bijak & comel kena la jaga dari awal kandungan kan. Mana2 ibu bapa harap zuriat yang mereka lahir sempurna & sihat mana ada mendoakan anak mereka lagi dalam keadaan kekurangan ye dak. Cuma benda tu kadang kadang bukan pilihan manusia tapi ketentuan Allah. Selain menjaga pemakan & menjaga diri.. Kita kena jaga juga hubungan dengan anak sejak dari dalam kandungan. Ada orang rasa macam psycho nak bercakap dengan anak dalam kandungan dia sebab d...

KARTUNIS MAJALAH UJANG, LENGKUAS MENINGGAL DUNIA

Image
KARTUNIS MAJALAH UJANG, LENGKUAS MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Bekas kartunis majalah Ujang, Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Bin Saleh yang meninggal dunia di hari penuh keberkataan ini pada usia 53 tahun. Mungkin generasi yang lahir pada tahun 2000an tak kenal dengan kartunis Lengkuas tapi yang membesar pada tahun 1990an pasti ramai yang kenal dengan Kartun Mat Dispatch yang selalu minta RM2 kat bos dia. Allahyarham kartunis lengkuas @ Zainuddin meninggal dunia dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau & menepatkan Allahyarham di kalangan orang orang yang beriman. Moga ahli keluarga kartunis Lengkuas Tabah hadapi pemergian orang tersayang. Sesungguhnya.. Mati itu pasti. Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat bila tiba waktunya.

TAK MELEKIT TAPI MELEKAT (ADNI HANNAH LIP MATTE LIP CREAM)

Image
TAK MELEKIT TAPI MELEKAT ( ADNI HANNAH  LIP MATTE LIP CREAM) . Tu dia.. menatang apa pulak tak melekit tapi melekat.. Kelucahan apakah ini?? Kau jangan lekatlekit kau nak kena ban ke dok melucah tak ketahuan hala kat blog ni. Pejadahnya dok melucah pulak.. Asal sebut melekat lekit je semua dok bayang benda lucah.. Ni rasa nak merajuk sampai tutup blog ni. Tak baik tau buruk sangka kat kami. Kami tak melucah apatah lagi meludah. Kami nak cerita pasai lipsetik bak kata Manisah watak dalam drama Mak Cun tu. Almaklum orang pompuan katanya.. Lipsetik (lipstik) dengan bibir depa tak dapat di pisahkan. Tak dak lipsetik kat bibir depa hilang seri wanita gitu hehehe. Harus calit calit juga lipsetik katanya. Macam macam jenis pewarna bibir kat pasaran.. Ada orang suka pakai lipgloss supaya bibir depa nampak lembab, lembut & segar & ada orang tak suka jenis glossy ni sebab depa kata tak selesa rasa basah & rasa melekit. Depa suka jenis matte juga nampak kering, me...

CARA ORANG DULU MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN

Image
CARA ORANG DULU MENEKA JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN . Zaman dulu zaman yang tak ada scan scan baby dalam perut. Semua guna cara tradisional untuk memantau perkembangan bayi dalam kandungan. Biasa la orang dulu dulu ni.. dia punya pengamatan memang tinggi. Kadang kadang buat tekaan depa tu jadi betul selalu walau benda tu sebenarnya kebetulan. Tapi syok juga kan dok dengar firasat orang orang tua ni.. Cuma apa yang merepek & sampai menjerumus kepada khurafat & syirik tu jangan la kita ambil sebagai kepercayaan. Salah satu benda yang selalu orang tua tua suka sangat buat meneka jantina bayi dalam kandungan.. majoriti mereka yang berpengalaman ni teka memang betul ok! Nak tau macam mana orang dulu dulu meneka jantina bayi dalam kandungan.. Depa akan tengok keadaan perut si ibu, contohnya.. Bentuk perut 1. Kalau perut tu agak tajam bentuknya, iatu agak meruncing kedepan selalunya di katakan anak lelaki. 2. Kalau perut tu berbentuk bulat & bundar.. seakan akan melebar...