Posts

BILA KENA SAMAN.. PALING BASIC KENA TAHU APA ITU WRIT, AFFIDAVIT & INJUKSI

Image
BILA KENA SAMAN.. PALING BASIC KENA TAHU APA ITU WRIT, AFFIDAVIT & INJUKSI . Bukan la nak cerita pasal saman 24jam sehari, 7 hari seminggu tapi di sebabkan saman ni la banyak perkara saya belajar termasuk la istilah istilah mahkamah yang sebelum ni memang saya tak pernah tahu atau ambil tahu. Yelah.. tak pernah terlibat dengan kes mahkamah katanya.. Dia punya tak ambil kisah memang tahap.. ' Ada ku kesah??'. Tapi bila dah diri sendiri terlibat kena 'kesah' jugak la. Lumrah blogger memang semua benda nak share kan.. Almaklum la blogger ni kan menulis untuk info masyarakat. Zaman sekarang bukan orang rajin dah nak baca buku, surat khabar. Ramai merujuk melalui blog.. Walaupun blog ni 'Rojak' sangat tapi banyak juga tau informasi & pendedahan yang cheq tulis untuk orang awam. Apa ingat lekatlekit reti mencerca orang je ke? Ramai yang tak tahu.. Bila seseorang tu terlibat dalam kes mahkamah antara Istilah yang akan kita dengar Writ, Affidavit & In...

PUSAT TAHFIZ JALAN KERAMAT UJUNG TERBAKAR, 20 ORANG TERKORBAN

Image
PUSAT TAHFIZ JALAN KERAMAT UJUNG TERBAKAR, 20 ORANG TERKORBAN . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang terbakar pagi tadi.. Saya tahu pasal ni bila tengok berita kat TV. 20 Orang terkorban, 20 lagi cedera & 3 dalam keadaan kritikal. Semoga keluarga mangsa yang terkorban & tercedera tabah menghadapi ujian Allah yang maha hebat. Moga yang terkorban di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. Punca kebakaran masih belum di kenalpasti mungkin masih dalam siasatan. Apapun punca kita doakan yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka. Bila dengar berita berita macam ni memang sayu sangat.. Membayang mangsa mangsa yang terkorban demi menuntut ilmu Allah. Moga pemergian mereka dalam keadaan Husnul Khotimah & mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda sebagai bekala ke syurga nanti. Jom sama sama kita sedeka...

WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA

Image
WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA . Sebagai manusia sebenarnya kita semua peminta sedekah.. Sekaya manapun kita tetap kena meminta minta.. Tak minta sesama makhluk,kita minta pada Tuhan.. Sebab manusia ni cuma perantaraan sahaja. Yang memberi tetap Dia Yang Satu. Jadi jangan berlagak sangat la.. dengan harta kekayaan yang kita ada. Tunjuk sedekah sana sini sebab nak dapat nama.. Sebab apa yang kita miliki hari ini adalah hak Allah. Kita ni cuma perantaraan jer.. Samada kita di pemberi atau penerima. Kalau sebut sedekah semua akan terfikir 'Duit' je kan? Padahal sedekah tu luas.. Senyuman pun satu sedekah yang dapat pahala walau tak perlu bayar. Sampai tanam pokok untuk di beri makan makhluk lain seperti burung pun di anggap sedekah. Macam macam cara hangpa nak buat sedekah.. Kalau tak tau nak sedekah apa atau sedekah kat sapa.. Meh la tolong sedekahkan kat kami doa semoga Allah permudahkan urusan kes saman sivil yang di kenakan pada saya. Sedekah ni bukan saja pe...

PERHATIAN! YANG ADA ANAK KECIL ANDA PERLU TAHU TENTANG TASNEEM NATUREL BALM NI

Image
PERHATIAN! YANG ADA ANAK KECIL ANDA PERLU TAHU TENTANG TASNEEM NATUREL BALM NI . Bila ada anak kecik kat rumah ni.. Kadang2 sebagai seorang mak kita kena jadi nurse jugak. Bukan kadang kadang memang auto akan jadi nurse bila memerlukan.. Rumah kita pun kadang - kadang boleh jadi mini farmasi dengan macam macam jenis ubat. Yelah.. tetiba anak sakit tengah tengah malam buta nak bagi rawatan awal sebelum ke klinik atau hospital.. Sekurang kurangnya ada la juga ubat ubatan kan.. Sebab tu mana mana bakal mummy tak kira la kali pertama ke, kali kedua atau kali ke sepuluh sekalipun kena stanby 2 jenis balm ni. Kalau dah terberanak nanti tak payah anak meragam atau sakit baru terhegeh hegeh nak cari ubat katanya. So kita terhegeh hegeh dari awal takde la kelam kabut sangat. Lagipun balm bukan nak basi pun beli awal awal.. Expired date dia pun panjang. Cough & Flu Balm Balm ni memang saya sendiri guna untuk anak saya terutama Cough & Flu Balm... Op lupa nak habaq kat hangpa....

JANGAN BAGI JAJAN MASA MAJLIS HARI JADI ANAK KAT SEKOLAH TAPI BAGI BISKUT SIMPLE STICK

Image
JANGAN BAGI JAJAN MASA MAJLIS HARI JADI ANAK KAT SEKOLAH TAPI BAGI BISKUT SIMPLE STICK . Antara isu yang serius juga la di bincangkan oleh segelintir ibu bapa yang memang tak ajar anak anak depa makan makanan ringan @ jajan dari kecik. Tapi bila masuk tadika tetiba orang lain pulak dedahkan anak anak depa dengan makanan ni. Mana tak hanginnya... Nak ajar anak untuk elak makan jajan bukan mudah.. Almaklum la jajan. Mak bapak dia dulu pun membesar dengan penuh jajan dalam perut katanya.. Tapi masa tu jahiliah lagi kan. Bila mak bapak semakin educated depa mula cuba ajar anak anak depa untuk ambil makanan berkhasiat supaya perkembangan mental & fizikal berkembang dengan baik. Dalam soal ni bukan nak sebelahkan sesapa.. Tapi aku rasa pihak pengurusan tadika/taska/nursery kena buat satu garis panduan bagi menghormati ibu bapa yang tak nak anak mereka di dedahkan dengan makanan ringan yang tak berkhasiat. Rasa perlu ada larangan sambutan hari jadi yang di sediakan ibu ...

SALAH FAHAM TERBESAR TENTANG PENGAMBILAN PIL PERANCANG YANG MESTI ANDA TAHU

Image
SALAH FAHAM TERBESAR TENTANG PENGAMBILAN PIL PERANCANG YANG MESTI ANDA TAHU . Cara paling mudah & murah nak merancang atau menjarakkan kehamilan adalah dengan mengambil pil perancangan kehamilan. Harga antara RM 9 - RM50++ mengikut brand la. Boleh di dapati di klinik klinik kesihatan ataupun farmasi. Tapi di galakkan sebelum mengambil pil perancangan kehamilan ni elok la mendapat pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Kita biasa dengar kalau ambil pil perancangan ni nanti jadi gemuk... Kalau ambil lama boleh menyebabkan kanser bla.. bla... mitos yang amat popular sejak dulu sehingga kini. Tapi kalau mak den dulu katanya dia tak ambil pil perancang sebab bila dia ambil dia jadi kurus sangat hahahaha... So how? Adakah benar pil perancang menyebabkan kegemukkan di kalangan kaum wanita? Jom kita baca penjelasan dari doktor paling sempoi & santai yang memang aktif kat facebook... Kami copy & paste jer sebab taknak tersalah menyampaikan fakta yer.. 3 MITOS TERHEBAT TENTANG PI...

INI SEBAB MASIH BERJERAWAT WALAU BERUSIA LEBIH 40AN

Image
INI SEBAB MASIH BERJERAWAT WALAU BERUSIA LEBIH 40AN . Jerawat ni selalunya di kaitkan dengan masalah budak2 remaja baru akil baligh atau yang muda mudi ja. Ada orang anggap masa muda je berjerawat tapi dah masuk zon warga emas esok berhenti jerawat tu.. Mitos ok! Ada orang umur dah lebih 40an pun masalah jerawat tak settle settle. Ada yang dah nak monopos pun dok berjerawat lagi. Tapk payah rasa awet muda sangat la kalau dah masuk 40an still berjerawat. hahahaha... Tu bukan tanda hormon anda masih muda ok. Jiwa muda mungkin.. Tapi jiwa muda bukan faktor muka masih berjerawat walau umur dah masuk 40an. Menurut kajian oleh WhatClinic, 88 peratus pakar penjagaan kulit menemui peningkatan orang dewasa yang menjaga kerana kotoran di muka, bintik, dan jerawat. Sebanyak 27 peratus masalah jerawat disebabkan oleh tekanan dan ketidakselesaan hormon. Kemudian 15 peratus disebabkan oleh pemakanan, dan 12 peratus disebabkan pencemaran. ⟴ Terlalu banyak mengambil makan manis :  Sala...