Posts

YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN

Image
YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN . Kat blog lekatlekit selain ada segmen seram serik lekatlekit satu lagi segmen den tambah iatu segmen khidmat masyarakat lekatlekit. Semua kena ada lekatlekit.. Tu trademark yang den guna sejak 8 tahun lalu yer.. Bukan sejak Ogos 2017 ok! Almaklum la lekatlekit ni agak catchy, unik,menarik kau memang da'bomb jadi memang tak pelik ada yang teringin nak tumpang populariti trademark tu.. Takpelah, hidup kena berkongsi kan. Dalam dunia ni tak ada yang milik kita.. semua milik Allah ye dak. Kalau KKM keluarkan laporan ada produk di campurpalsu.. Jangan ingat produk tu telah di palsukan oleh individu yang cuba ciplak dari brand asal yer. Campurpalsu tu membawa maksud produk yang telah di tambah bahan seperti logam berat. Nanti hangpa boleh baca kat entri ni  WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK' Selain produk kecantikkan.. produk ubat yang bersepah ...

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

Image
RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT . Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok. Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak.. Tak payah tar...

JANGAN DENGAR CAKAP BC, BACA SENDIRI PENGALAMAN PENGGUNA MARY KAY

Image
JANGAN DENGAR CAKAP BC, BACA SENDIRI PENGALAMAN PENGGUNA MARY KAY . Tu dia.. Habis la produk Mary Kay. tak tau berapa juta pulak depa nak letak nanti katanya. Dah keluar pendedahan kat blog lekatlekit ni. Mesti tak sabaq kan BC.. BC Mary Kay semua nak baca. Apa lah yang berlaku pada pengguna ni lepas guna produk Mary Kay tu kan. Dup dap dup dap katanya.. Berombak rindu rasa di dada. Terasa bergetar tulang rusuk kiri kanan. Tak cukup tulang rusuk.. Tulang keting pun bergegar bagai nak rak. Suspend giler hangpa kan nak baca pendedahan berani naik court mammoth dari lekatlekit ni.. Biasa la BC (Istilah yang di gunakan di Mary Kay untuk Beauty Consultant mereka) Ada setengah nak jual produk je. So depa share testimoni yang best best je la nak menarik orang cuba produk depa jual kan. Tapi betul ka produk Mary Kay ni berkesan? Memuaskan hati? Dan Boleh di percayai apa yang BC BC Mary Kay dok canang canang tu.. Jom ikuti pendedahan ni.. Secara tak sengaja saya sendiri terguna produk Ma...

CARA MUDAH UNTUK PANTAU HARGA BARANG & BUAT ADUAN SEBARANG PENIPUAN DENGAN APLIKASI KPDNKK

Image
CARA MUDAH UNTUK PANTAU HARGA BARANG & BUAT ADUAN SEBARANG PENIPUAN DENGAN APLIKASI KPDNKK . Sebagai pengenalan KPDNKK adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan iatu satu badan organisasi kerajaan untuk melindungi hak pengguna. Almaklum zaman sekarang ni bermacam penipuan wujud.. lebih lebih lagi di era IT. Semudah hujung jari penipuan boleh berlaku dengan wujudnya berbagai bagai jualan & skim untuk meraih keuntungan dengan mudah dengan cara menipu. Jadi KDPNKK berfungsi untuk menjaga hak pengguna. Kalau dulu sebarang aduan kita perlu 'walk' in ke pejabat KPDNKK tapi di mudahkan dengan menggunakan aplikasi secara atas talian. Antaranya anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan semudah muat turun aplikasi 'Friends Of KPDNKK' melalui playstore menggunakan telefon pintar anda. Kelebihan anda mendaftar sebagai Ahli KPDNKK ni adalah ada boleh menjadi pemantau secara sukarela melalui konsep membeli belah & boleh melaporkan kepada ...

KERANA GUNA SATU JENAMA PRODUK DRUGSTORE MUKA BERJERAWAT TERUK

Image
KERANA GUNA SATU JENAMA PRODUK DRUGSTORE MUKA BERJERAWAT TERUK . Tak serik lagi ka lekatlekit Ooi.. Berani hang na dok buat pendedahan lagi. takutlah kamu berbuat kejahatan yang di murkai Allah bukan takut dengan kuasa manusia yer.. Manusia tak ada apa2 kuasa. Semua berlaku dengan keizinan Allah yang maha Esa. Ingat tu umat manusia akhir zaman. Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan ini cerita tau Petang petang dok layan group whatsapp nampak satu screenshot yang di share kengkawan kat group tentang pendedahan seorang gadis yang cantik muka dia berjerawat teruk lepas guna 1 produk yang di jual kat drugstore. Produk ni memang terkenal dengan keberkesanannya merawat jerawat.. Ada yang kata doktor sendiri rekemen pada individu yang ada masalah jerawat serius. Produk ni bukan la produk murahan sangat.. Cleanser dia pun RM60++ tapi serius sebelum ni memang tak pernah ada kontroversi pasal produk ni. Yang dok baca semua testimoni berjaya je guna produk ni. Nak nak lagi muka y...

BILA KELAPA JADI SHAMPOO.. MAKA TERCIPTA MY HOME LAB SHAMPOO SANTAN

Image
BILA KELAPA JADI SHAMPOO.. MAKA TERCIPTA MY HOME LAB SHAMPOO SANTAN . Rambut di katakan sebagai mahkota wanita. Tapi jangan ada dok pintal2 rambut sampai jadi crown pulak sebab nak menampakkan sifat mahkota tu. Kang aneh pulak orang pandang. Yelah.. kau bukan nak buat fesyen show nak pintal2 rambut kau jadi pelik pelik. Ada pulak kena tangkap dengan NASA sebab orang ingat Alien. Hehehehe Rambut ni antara aset penting kena jaga. Bukan untuk kecantikkan malah berkaitan dengan kebersihan & kesihatan juga. Kalau orang dulu dulu antara kaedah depa nak rawat & jaga rambut guna santan. Sebab memang ada khasiat dalam santan tu untuk kesihatan rambut. Antara kebaikkan santan untuk rambut ni adalah  Mampu merawat rambut rosak  ➛Sebab santan ada kandungan minyak & nutrisi yang tinggi. Ia membantu memberi kelembaban secara semulajadi dari akar hingga ke hujung rambut. Boleh merawat masalah rambut rosak, rambut putus, rambut gugur & bercabang.  Condition...

TIDUR BERBANTAL PELUK POCONG

Image
TIDUR BERBANTAL PELUK POCONG . Lama betul kan tak share kisah seram dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Almaklum la busy sikit dengan kerja kerja penulisan berbayar kat blog ni. Almaklum la.. struggle nak kumpul RM40K ni.. Tu nak buat spekulasi la tu kata kami nak naik pelamin 7 tingkat sampai RM40K bajet.. Kami dah kawen & ada anak dah pun.. Tak terfikir nak memadukan laki kami hahahaha... RM40K untuk kos guaman la. Kan kami ada kes mahkamah la ni. Di kesempatan yang penuh kesempitan ni.. Bagi mengubat hati hati yang rindu dengan kisah seram kat blog lekat lekit kami up juga la entri walau bukan kisah seram tapi kategori koleksi menatang seram jugak la. Tak tau manusia akhir zaman ni pocong pun depa nak buat teman tidur.. tak paham aku. Awat bantai busuk hangpa tu tak cukup seram lagi ka bau bangkai dia hahahaha Sejak 2 hari lepas perasan benda ni viral. Tapi rasanya bukan kat Malaysia ni... Ni negara2 mata sepet la ni kalau merapu raban macam ni. Viral bantal peluk poc...