Posts

PEST KILLA SENJATA UNTUK ORANG YANG TAKUT LIPAS

Image
PEST KILLA SENJATA UNTUK ORANG YANG TAKUT LIPAS .  Lipas ni tak payah berlagak la bukan je perempuan je terjerit jerit kalau nampak, lelaki pun ramai yang takut lipas. Tapi den takde la takut lipas tapi tak sampai la nak peluk cium dengan lipas. Setakat nak main kejar kejar dengan dengan penyapu tu takde hal.. Selalu dah buat kat rumah ni. Kira hero melawan lipas dalam rumah ni, saya la. Disebabkan ramai spesis takut & geli dengan serangga seperti lipas & cicak, sedang elok la saya memperkenalkan satu senjata yang sangat berkesan untuk menghalau makhluk penceroboh ni dalam rumah kita atau kawasan kawasan kita. tak kira la di opis ke, restoran ke atau mana saja kau berada. Senjata ni takde la macam senapang atau parang.. Ia sejenis semburan penghalau serangga jer. Bunyi macam remeh tapi mempunya kuasa boboiboy juga tau walau idea asal produk ni dari orang asli. Orang asli kita sedia maklum cara hidup mereka banyak menggunakan hasil alam. Sehingga kini masih ada orang ...

NAK LAUK SIMPLE & SEDAP.. TRY LA PEKASAM DAGING BEREMPAH NI

Image
NAK LAUK SIMPLE & SEDAP.. TRY LA PEKASAM DAGING BEREMPAH NI . Bagi surirumah kalau ada hari jadi blank tak tau nak masak apa tu perkara biasa la kan. Sama la macam den.. kadang2 malas nak masak juga sebab yang makan cuma 2 mulut. Laki den ni kekadang tengah malam baru balik. Siang2 hari den sorang je nak makan.. Sebab tu siang2 hari saya jarang nak masak awal macam orang lain. Anak den ni bukan reti makan nasi berlauk pun. Makanan rutin dia roti, biskut, air kosong & susu jer.. Biarlah dia special case janji dia tak ada masalah berat badan sudah. Bila hari blank tak tau nak masak apa.. Kadang2 kita terbayang lauk lauk simple tapi mampu membuka selera sebesar alam katanya. Sebab Ada hari kita rasa malas nak masak lauk berat berat. Setakat telur mata curah kicap tabur cili tu macam biasa sangat kan? Nak yang biasa tapi rare sikit. Tu dia.. Nak yang biasa tapi rare, kau hado? Ado jer sapa cakap tak ada lauk yang simple tapi rare. Meh sini nak habaq kat hangpa bagi yang masi...

KOBE MOSQUE, MASJID PERTAMA YANG DI BINA DI JEPUN

Image
KOBE MOSQUE, MASJID PERTAMA YANG DI BINA DI JEPUN . Orang kata kalau nak pergi melancong keluar negara ni, perancangan kena buat dari awal. Contoh kalau korang planning nak melancong hujung tahun.. Sedang elok dari sekarang korang kena buat survey dah tempat yang korang nak pergi tu. Perancangan last minute ni kadang2 akan jadi kelam kabut.. Takut percutian korang jadi tunggang langgang tak tun tuang bagai pulak kan. Ramai rakyat malaysia sekarang suka melancong ke Jepun.. Selain orang tempatan dia yang comel comel & sopan santun, persekitaran yang bersih, rakyat yang sangat berdisiplin.. Kat Jepun juga banyak sangat tempat tempat yang menari boleh anda lawati. Antaranya di Kansai. Sedikit info berkaitan Kansai. Kansai adalah Kawasan bandar gabungan Osaka , Kobe dan Kyoto ialah yang kedua teramai penduduk di Jepun. Oleh sebab kedudukannya yang tersendiri dalam sejarah Jepun, kawasan Kansai menempatkan sebilangan mercu tanda bersejarah dan kebudayaan yang terkenal,...

RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK

Image
RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK . Semalam sapa layan Drama DFKL kat TV3, Simpang sejenak semalam. Opkos la I antara orang yang memang dari awal tercangak depan TV nak tengok drama ni ok. Hello.. I kan suka cerita seram.. Even I tak Expect sangat drama ni adalah drama yang seram sehingga terkencing kencing dalam seluar bagai. Tapi tengok iklan promo tu agak menarik di tonton la.. Simpang sejenak ni mengisahkan seorang lelaki yang dalam perjalanan nak ambil barang untuk di hantar ke johor. Tetiba kat tengah jalan kereta dia habis minyak. So, berjalan kaki la dia ke stesen minyak berhampiran sebelum menumpang motorsikal penduduk kat situ selepas nak kembali semula kat kereta dia. Selepas dia kembali ke kereta dia nak isi minyak, tiba2 dia di datangi seorang gadis yang tiba2 muncul minta tolong hantarkan balik kerumah. Katanya kena tinggal dengan bas. Semua beg dia ada dalam bas. Tengah2 malam perempuan minta tolong.. Tengok pun takde mencurigakan so le...

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG

Image
MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG . Tu dia.. lekatlekit membawang dah katanya.. Bila dia start mengulas kontroversi pasal retis mula la haters muncung bibir memasing. Eleh.. hangpa tu kemain kecam bagai nak rak, den rilex je tak cakap apa. Den baru tulis tajuk Minggu Boikot retis memasing dah buat spekulasi. Dasar bawang holand tak sedap!! hahahahaha Semua orang tahu minggu ni penuh kontroversi pasal retis wanita bertudung. Kebetulan pulak dua2 memang bertudung. Esok siap la habis semua di kupas kupis & kopek dalam melodi. Tapi melodi sekarang orang dah layan sangat. Lambat nak tunggu Ahad.. Social media terlebih dahulu viral. So kebanyakkan isu2 kat melodi tu semua isu basi je la. Makcik2 yang tak kenal teknologi je layan.. kekekkee Bukan la nak mengaibkan sesapa cuma tertarik dengan isu ni.. Isu minggu ni semua orang tahu Isu pelancaran Tudung ke turban ke atau serkup kepala jenama seorang retis ni yang kita sedia maklum pengasasnya Pelakon/Pengacara yang cantik bagaikan bidad...

DOA DARI ANAK ISTIMEWA BUAT BLOGGER LEKATLEKIT

Image
DOA DARI ANAK ISTIMEWA BUAT BLOGGER LEKATLEKIT . Semua orang tahu kan saya sedang hadapi satu kes saman sivil dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta sebab mengulas satu produk kecantikkan ni. Dah dekat 8 bulan rasanya kes ni berlangsung di mahkamah.. Saya masih meneruskan misi mencari dana bagi membayar kos guaman yang tinggi untuk membela diri. Antara usaha saya selain mengadakan misi mencari dana dengan memohon sumbangan melalui social media.. Saya juga ada menjual Kuih Bulan orang melayu Sekarang Tengah berlangsung promosi 4 Pcs RM50 (Include Postage. Sabah Sarawak tambah RM5) Kek sarang semut Pekasam daging berempah.   Berminat nak membeli boleh whatsapp ↭ 0172429610  Hasil jualan tu semua untuk menampung kos guaman saya yang maybe akan mencecah RM50K jugak la. Kalau ikut kos quotation RM44K tapi di sebabkan ada kos lain termasuk travel lawyer yang terpaksa berulang alik ke mahkamah KB, kelantan dari shah alam.. So, kos jadi semakin banyak....

ANAK KALI PERTAMA KE ASRAMA SEDIAKAN BUKU PANDUAN MENCUCI DELOURVA UNTUK MEREKA

Image
ANAK KALI PERTAMA KE ASRAMA SEDIAKAN BUKU PANDUAN MENCUCI DELOURVA UNTUK MEREKA . Ingat tak kali pertama kita mula mencuci pakaian sendiri bila? Hahahaha.. seingat saya.. saya mula cuci baju saya sendiri masa umur dalam sekolah rendah lagi. Masa tu tinggal dengan makcik.. even kadang2 makcik cucikan.. Tapi selalunya cuci sendiri jugak. Sorry ok bukan guna washing machine.. Masa tu rumah makcik tak ada washing machine. memberus sampai sado dengan tangan ok. Kalau zaman dulu kita kadang2 belajar secara semulajadi dari hasil pemerhatian kita tapi zaman sekarang budak budak semua mak bapak tolong buat. Diaorang pun jarang nak memerhati perkara lain selain smartphone sampai masa perlu ke asrama & berdikari semua perkara, masa tu la mula mengelabah tak tau nak buat apa. Selalu mak yang buat semua dari basuh baju sampailan iron baju tapi bila kat asrama memang takde la mak mak nak buat dah. Pepandai la kau urus sendiri. Selain mak bapak perlu sediakan keperluan untuk anak anak m...