Posts

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE

Image
CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE . Bila kita mula menulis & berkongsi dengan lambakkan produk produk kosmetik & kecantikkan tempatan yang di campurpalsu bahan terlarang untuk memberi kesedaran pada orang awam bahaya kosmetik/skincare mengandungi racun seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bagai.. depa tuduh kita anti local product. Tak support bisnes orang melayu bagai.. Nak jatuhkan bangsa sendiri bla.. bla.. bagai. Sedangkan apa kita tulis untuk memberi info kepada pengguna agar mereka alert dengan lambakkan produk yang tidak selamat di pasaran. Tak semestinya Anti local product dik non Ooi.. Ahkak pun pengguna local product tapi di sebabkan akak ni belajar tak tinggi, bukan chemist & tak pandai nak baca ingredient sangat.. Baca jer tapi sebab saintifik sangat kekadang ahkak memang tak paham pekebenda menatang yang depa list kan ada dalam produk tersebut. Sebab tu la ahkak ambil keputusan mencari produk drugsto...

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH

Image
DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH . Serius pertama kali dalam hidup melangkah masuk ke perkarangan mahkamah.. erkk.. Bukan kalau perkarangan mahkamah rasanya kali kedua. Kali pertama dulu masa mula2 dapat writ saman bulan puasa tahun lepas. Masa tu nak jumpa dengan sorang lawyer ni.. Tapi memandangkan takde duit masa tu lawyer tu pun malas nak layan sangat. Tu kira kali pertama melangkah kaki ke perkarangan mahkamah. Sumber gambar Google Tapi ni pun kira kali pertama masuk ke kamar pengadilan.. Tengok suasana sesuatu kes di bicarakan walau den rasa macam den pekak sikit. Suara2 dalam tu macam semua slow jer.. Ntah la maybe inner tudung di gunakan ni kedap bunyi kot menghalang pendengaran den. Ada juga asben tanya.. ada tak adegan macam dalam drama tu.. 'Saya bantah yang arif!' Tak dengar la pulak. Jangan kata laki den, den sendiri pun dok membayangkan ada adegan tu dalam perbicaraan di mahkamah hahahaha. Laki den dia tak dapat la join dengar apa2 ...

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN!

Image
DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. DAH SETAHUN! Pejam celik pejam celik dah setahun saya struggle untuk selesaikan kes saman keatas saya ni. Setahun beb.. penuh tekanan fizikal & mental. Dalam masa mencari dana macam macam benda terpaksa hadap. Allahu.. Kalau tak ada kekuatan ada juga yang gantung diri kat pokok taugeh ni.. Jangan tanya la dari mana dapat kekuatan untuk hadap benda ni. Dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut yang ada orang nampak kat social media & ada yang orang tak tahu pun. yelah bukan semua benda kita boleh cerita dengan orang nak nak lagi melibatkan hal peribadi.. Tapi serius! Sungguh sungguh Allah uji kali ni.. Terumbang ambing juga iman nak terus sabar & bersangka baik dengan Allah. Kadang2 tergelincir juga kata kata dalam hati bila terasa terlalu terbeban dengan semua yang berlaku. Yelah.. saya cuma manusia biasa macam hangpa jugak. Kami tak dak apa pun yang special.. Cuma yang selalu saya bagitau bila orang tanya macam mana saya boleh kuat ...

KAU MAMPU PAKAI KEMANA MANA JE TUDUNG SUKAN NURD NI

Image
KAU MAMPU PAKAI KEMANA MANA JE TUDUNG SUKAN NURD NI .  Sapa jenis saya yang boleh belasah je pakai tak ikut tema.. Adakala saya memang jenis macam tu. Nak nak lagi sekarang bekerja dari rumah kononnya.. Lagilah suka belasah je apa saja. Pergi majlis kawen pun belasah je pakai pakaian pergi shopping & riadah. Semenjak dah tak bekerja saya dah tak ada baju baju yang formal kecuali baju kurung je la. Baju saya kebanyakkan semua jenis casual & santai. Tudung pun kalau tak tudung sarung, shawl jer. Tu pun saya pakai jenis pinless.. selempang selempang macam tu jer... Baru baru ni saya tambah koleksi gobok dengan Tudung Sukan NURD walau saya bukan sejenis yang rajin bersuka kecuali suka jari je iatu menaip kat social media tapi tetap la saya suka tudung NURD ni. Walaupun tudung sukan, saya belasah je pakai pergi mana mana. Pergi kedai, pergi ambil anak balik sekolah atau pergi mana mana yang saya rasa malas nak melaram sangat. Kau mampu pakai tudung sukan keluar? Ramai je ko...

DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI

Image
DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI . Memang ter kagum sekejab ok. Rasanya pengarah & penerbit dia pun tak expect benda ni kot termasuk la den yang dah tengok filem ni masa bocor kat internet haritu. Tapi orang kata.. Filem yang bagus & hangat tak mustahil apapun boleh berlaku. Even ramai dah tengok dengan cara download filem ni dari internet tapi masih lagi ramai penononton serbu panggung sampai pecah punggung katanya... Alahai.. Takkan ada nak tanya lagi filem apa. Hangpa ni tak ikuti perkembangan semasa sungguh ok! Filem apa lagi yang tengah hangat, hangit & hangus sekarang kalau bukan filem DUKUN yang di adaptasi dari kes pembunuhan berprofile tinggi yang melibatkan seorang ahli politik. Kes pembunuhan tu pun pernah menjadi kes paling hangat.. apatah lagi di adaptasi dalam filem kan. Setelah 10 tahun di peram dalam arkib kerana tidak lulus tayangannya.. 5 April 2018 akhirnya filem ni d...

7 IDEA KEDIAMAN BERTEMAKAN WARNA BIRU

Image
7 IDEA KEDIAMAN BERTEMAKAN WARNA BIRU . Warna biru sering dikaitkan dengan air yang sifatnya menyegarkan dan menyejukkan. Justeru, ia memberi ketenangan kepada emosi dan seterusnya menerbitkan rasa gembira dalam diri. Berikut 7 idea sekiranya anda mahu biru menjadi warna tema kediaman anda. Bersih, suci, dan murni menjadikan warna putih seringkali digunakan untuk dapur, bilik mandi, dan bilik tidur. Gunakan biru langit untuk menonjolkan ruang khas dengan gabungan cermin yang akan menjadikan ruang tampak luas. Ruang ini sofistikated tapi tidak kelihatan terlalu serius hasil corak pada kerusi. Bulatan kecil berulang, gabungan biru dan warna hangat yang lain digunakan secara minima, terbaik bagi menyerlahkan personaliti di ruang dapur. Warna-warna di dalam ruang ini digunakan pada kadar seimbang. Sejak awal lagi permaidani biru dengan corak putih menangkap mata yang melihat. Seterusnya menjemput pandangan kepada bahagian lain di dalam bilik. Variasi nada biru bermula dari ...

RUPANYA INI CERITA DI SEBALIK VIRAL RENDANG AYAM RANGUP

Image
RUPANYA INI CERITA DI SEBALIK VIRAL RENDANG AYAM RANGUP . Pagi ni.. Dah nampak ramai friends kat pesbuk den dok sarcasm isu rendang rangup @ rendang crispy ni. Den pulak masih terpinga pinga & tertanya tanya sapa gamaknya yang mencetuskan kontroversi pasal rendang ayam crispy ni. Den pun sebenarnya tak tahu menahu lagi apa kes.. tengah menyiasat punca kejadiannya siapa & apa.. Dari pembacaan tak rasmi komen & post2 kat pesbuk tu katanya.. statement ni keluar dari seorang chef omputih. Tak heran la kalau  chef omputih tetiba kata rendang kena di masak dengan rangup. dia kat omputih mana dia tahu rendang tu cara makan dia macam mana. Depa bukan jenis pemakan beras @ nasi sangat. depa jenis pemakan lauk jer.. Depa kan western. Kita ni orang timur.. orang asia lain seleranya maka lain juga la cara masakannya. So kita maafkan lah dengan idea merepek dia bagi kita orang asia ni. Maybe bagi orang barat ia relevan kan.. kekekeke Tapi setelah meng google, r...