Posts

KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU

Image
KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU . Zaman jamu macam kembali menguasi pasaran sekarang cuma beza jamu dulu memang majoriti homemade guna barang dapur bak kata orang. Buat & makan sendiri.. Tapi Jamu zaman sekarang lain sikit. Ada di buat di kilang & ada juga di buat di rumah tapi di campur dengan bahan bahan tak sepatutnya untuk mendapatkan kesan yang cepat. Bukan kata tak boleh langsung nak amalkan jamu tapi zaman dah berubah.. Ada benda yang kalau dulu jadi baik di amalkan tapi zaman sekarang maybe jadi memudaratkan. Sebab tu la nak ambil apa2 produk berbentuk supplement atau ubat ni kena merujuk kepada mereka yang pakar.. Kena buat check up dulu bagi memastikan apa yang badan kita perlu & tidak perlu atau tidak boleh terima. Pengedar & penjual produk ni kebanyakkan tak ada qualified dalam bidang medical.. Banyak mereka suggest ikut pandangan peribadi & logik akal je. Korang cerita apa masalah dorang pun main suggest...

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU

Image
MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU . Terpanggil makcik lekat lekit nak menulis pasal ni. Bukan apa makcik kan sangat prihatin dengan pengguna di Malaysia katanya. So, makcik memang suka la menulis entri entri khidmat masyarakat. Sebab makcik masih lagi berpegang dengan pendapat.. "Apa yang remeh bagi kita, belum tentu sesuatu yang remeh bagi orang lain" Maksudnya yang kita rasa benda tu macam kacang je atau alah.. semua orang tahu benda tu.. Tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu & tercari cari jawapannya. Contoh macam satu perkataan yang macam trending orang sebut sekarang 'Drugstore'. Kita dok sebut nak beli apa2 produk skincare/kosmetik, ubat ke hapa better beli kat drugstore lebih selamat. Masing masing pulun dok suggest drugstore sana drugstore sini.. Tapi kita lupa nak explain apa itu drugstore pada mereka yang mungkin tak tahu menatang apa drugstore. Kedai macam mana tu drugstore ni? Sebenarnya kan.. Saya sendiri pernah di tanya.. ...

NAK BELI BAJU RAYA SEDONDON & BAYAR SECARA ANSURAN MEH TENGOK SINI

Image
NAK BELI BAJU RAYA SEDONDON & BAYAR SECARA ANSURAN MEH TENGOK SINI . Tak payah mencebik sangat la kan puasa belum orang dah kompang pasal baju raya. Memang sekarang dah ramai start buat preparation baju raya terutama yang keluarga besar. Ingat senang nak manage kewangan bagi memastikan anak anak semua dapat baju raya. Bukan sebab tak excited nak sambut puasa bagai tapi semua mak bapak nak bagi kegembiraan pada anak anak.. salah satu menyediakan baju raya. Tak salah pun nak prepare awal awal.. Lagipun bulan puasa nanti confirm ramai tailor akan tutup ambil tempahan baju raya sebab nak siapkan semua tempahan yang di buat sebelum puasa. Bagi yang nak beli ready made tak kisah la.. Dekat dekat nak raya esok dia punya lelong tahap tak ingat punya. Tapi tu la kalau sanggup redah lautan manusia terutama kat Jalan TAR sana nu.. Mak tak rela nak bergesel bontot dengan orang kat situ. Boleh nipis bontot mak ni nak Ooi.. Hangpa yang sanggup boleh la merebut peluang beli baju raya murah n...

KHABAR SEDIH DEPAN PINTU DI PAGI JUMAAT

Image
KHABAR SEDIH DEPAN PINTU DI PAGI JUMAAT . Jarang sangat saya nak cerita kisah jiran jiran ni.. Kalau saya sharekan something yang berkaitan jiran tu bermakna benda tu adalah perkara yang memberi kesan pada saya. Sebelum ni dok cerita pasal jiran sebelah yang suka menyibuk jer.. Tapi jarang saya cerita pasal jiran rumah hujung. Yelah.. saya duduk rumah jenis apartment tapi bukan la apartment level orang ado ado ni.. Apartment untuk golongan berpendapatan rendah jer.. Apartment mampu sewa katanya.. nak kata mampu milik den menyewa je kan.. Rumah den ni kira dari pintu masuk lepas keluar lift tu depan la.. Rumah kakak ni yang saya kenal dia sebagai kak Ija.. paling hujung sekali. Kak Ija ni peramah tapi dia bukan jenis membawang. Jarang sangat borak2 dengan dia.. Nak dengar dia cerita pasal orang lain. Saya pulak bukan jenis orang yang suka sangat menyembang dengan jiran jiran kalau sekadar nak mengumpat orang lain atau nak cerita isu isu semasa tak penting. Kak Ija ni sebab dia peramah...

ARTIS REVIEW PRODUK MERAPU.. TAK TAHU ATAU TAK KISAH?

Image
ARTIS REVIEW PRODUK MERAPU.. TAK TAHU ATAU TAK KISAH?   Dulu dulu masa baru baru berjinak jinak dalam penulisan review di blog.. masa tu memang tak banyak pendedahan lagi pasal produk2 merapu ni. Atas kejahilan den masa tu.. Den mengaku den review jer apa apa produk tu. Tapi bila dah ada info & kesedaran pasal produk produk ni.. Saya memilih untuk lebih selective sebelum menerima sebarang kolabrasi untuk review. Atas rasa tanggungjawab sendiri tiada paksaan atau hasutan dari mana mana pihak. Yang lepas tu lepas la kan.. Biar bodoh dulu jangan bodoh selamanya. Tapi sedih tengok segelintir blogger yang tak rasa dorang tak tahu cuma maybe sebab masing masing nak cari pendapatan melalui blog.. tak kisah la review produk berisiko ke, overclaim ke hapa.. Nak tegur satgi ada yang claim den bajet gud gud. . Baru dapat hidayah dua tiga hari dah bajet macam orang medic nak cakap pasal kesihatan pengguna bagai. Satgi memasing mulut berbau bawang pulak kan. Padahal niat den ni kalau bole...

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE

Image
CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE . Bila kita mula menulis & berkongsi dengan lambakkan produk produk kosmetik & kecantikkan tempatan yang di campurpalsu bahan terlarang untuk memberi kesedaran pada orang awam bahaya kosmetik/skincare mengandungi racun seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bagai.. depa tuduh kita anti local product. Tak support bisnes orang melayu bagai.. Nak jatuhkan bangsa sendiri bla.. bla.. bagai. Sedangkan apa kita tulis untuk memberi info kepada pengguna agar mereka alert dengan lambakkan produk yang tidak selamat di pasaran. Tak semestinya Anti local product dik non Ooi.. Ahkak pun pengguna local product tapi di sebabkan akak ni belajar tak tinggi, bukan chemist & tak pandai nak baca ingredient sangat.. Baca jer tapi sebab saintifik sangat kekadang ahkak memang tak paham pekebenda menatang yang depa list kan ada dalam produk tersebut. Sebab tu la ahkak ambil keputusan mencari produk drugsto...

DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH

Image
DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. PERTAMA KALI HADIR KE MAHKAMAH . Serius pertama kali dalam hidup melangkah masuk ke perkarangan mahkamah.. erkk.. Bukan kalau perkarangan mahkamah rasanya kali kedua. Kali pertama dulu masa mula2 dapat writ saman bulan puasa tahun lepas. Masa tu nak jumpa dengan sorang lawyer ni.. Tapi memandangkan takde duit masa tu lawyer tu pun malas nak layan sangat. Tu kira kali pertama melangkah kaki ke perkarangan mahkamah. Sumber gambar Google Tapi ni pun kira kali pertama masuk ke kamar pengadilan.. Tengok suasana sesuatu kes di bicarakan walau den rasa macam den pekak sikit. Suara2 dalam tu macam semua slow jer.. Ntah la maybe inner tudung di gunakan ni kedap bunyi kot menghalang pendengaran den. Ada juga asben tanya.. ada tak adegan macam dalam drama tu.. 'Saya bantah yang arif!' Tak dengar la pulak. Jangan kata laki den, den sendiri pun dok membayangkan ada adegan tu dalam perbicaraan di mahkamah hahahaha. Laki den dia tak dapat la join dengar apa2 ...