Posts

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN

Image
ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN . Dua tiga hari lepas ada terbaca threat yang di screenshot & di viralkan kisah seorang pemuda ni.. Tak sempat habiskan nugget & karipap dia dalam panggung wayang. Dah la kemain banyak di memborong.. macam nak picnic je dia punya stok makanan ringan tu. Ni betul2 makan sambil menonton kekdahnya. Takpe la.. dia memang suka makan kan. Tu hak dia.. Lantak dia la kan nak beli berapa dozen karipap & nuget pun yang tak best apa pengalaman dia dalam pawagam sehingga tak sempat nak habiskan karipap & nuget apatah lagi movie yang dia beli tiket nak tonton tu. Hanya gara gara seorang budak.. Kesahnya.. Seorang mak ni bawa anak dia pergi tengok wayang. Anak ni maybe tak boleh nak behave tempat tempat macam tu. dia bangun pergi menyanyi depan skrin besar.. Tapi mak dia masih boleh rilex buat peace buat dono jer.. Bila orang tegur di sindirnya orang tu tak pernah ada anak. Baca komen2 pada posting viral tu pun boleh tahan...

CARA PALING MUDAH BUAT BUNJUT SUP SENDIRI DI RUMAH

Image
CARA PALING MUDAH BUAT BUNJUT SUP SENDIRI DI RUMAH . Trending haritu bunjut Adabi sebab satu babak dalam Drama Nur.. Kalau sapa yang follow drama Nur bulan puasa haritu tahu la. Babak di mana Nur Khiriah yang salah sangka si Nur dah sihirkan family dengan dengan Bunjut adabi tu.. Scene tu secara tak sengaja menjadi scene paling kelakar tapi den memula tengok tu tak rasa scene tu memang di adakan untuk komedi.. Tak sangka ramai terhibur dengan scene tu kekekeke Ni bukan adabi punya bunjut ni mak minah bunjut ok! Zaman sekarang ni semua Instant.. Bunjut semua boleh beli yang dah siap di luar. Tapi og course la yang segera ni takkan sama yang macam kita buat kat rumah @ homemade. Arwah Ayah saya.. memang setiap kali masak sup ayam untuk kuah bihun sup utara setiap tahun dulu akan buat sendiri bunjut. Tapi sayang tak sempat nak belajar resepi rahsia bunjut arwah ayah tapi raya haritu sempat mencedok resepi bunjut mak minah (Mak den la tu). Walau tak berapa sama macam arwah Ayah tapi...

WOW! BANYAK TEMPAT MENARIK NEW CHITOSE AIRPORT, HOKKAIDO RUPANYA

Image
WOW! BANYAK TEMPAT MENARIK NEW CHITOSE AIRPORT, HOKKAIDO RUPANYA . Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun. Ia terkenal dengan kawasan gunung berapi, kolam air panas semula jadi (onsen), dan kawasan ski. Kalau dah kedua terbesar tu agak besar la berbanding pulau pulau lain kan? Kalau dah besar & menjadi destinasi pelancongan ia dah memberi gambaran banyak tempat menarik & aktiviti yang boleh di lakukan kat sana. Bagi yang merancang nak pergi bercuti di jepun tapi masih tak tau destinasi nak di tuju.. Boleh la jadikan Hokkaido salah satu destinasinya. Nak tau kenapa Hokkaido mesti di lawati kalau korang pergi jepun?? Bukan ada Juon.. salah tu! takde Juon jangan takut.. Antara tempat menarik yang ada di Hokkaido adalah.. Salah satu tarikkan pertama di Hokkaido adalah lapangan terbang atau di kenali sebagai New Chitose Airport. Yang best lapangan terbang Hokkaido ni adalah ia sangat unik ok. Memang susah nak jumpa kat tempat lain. Dia ada pawagam, Onsen (kolam air pan...

VIRAL! PERBEZAAN ANTARA SUP BUNJUT DENGAN BUNJUT SIHIR

Image
VIRAL! PERBEZAAN ANTARA SUP BUNJUT DENGAN BUNJUT SIHIR . Jadi trending semalam sup bunjut. Tak pepasal sup bunjut popular sampai pagi ni gara gara babak dalam drama Nur. Bagi yang follow drama Nur macam den ni confirm tengok babak si ecah (Aisyah) lakonan Nur Khiriah dalam drama Nur di mana sebab terlalu membenci adik Ipar dia Nur sampai percaya Nur dah sihir ahli keluarga dia. Nak jadikan cerita si Mirul adik bongsu dia salah sangka sekaligus buat dia percaya spekulasi kakak dia Ecah, bahawa kakak Ipar dia Nur dah sihir keluarga dia nampak ada sup bunjut dalam sup yang Nur masak. Apa lagi terus tu report kakak dia.. Apa lagi ecah memang tak tunggu la. Konon time ni la dia nak membongkar kejahatan Nur.. Pi terjah rumah family dia masa dorang tengah makan. Depan semua orang dengan confident tahap tujuh petala langit.. dia menggagau dalam sup & keluarkan bunjut tunjuk kat semua orang bukti Nur dah sihirkan mereka. Apa lagi kena gelak je la.. Video Babak dalam Drama Nur yang...

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM

Image
PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM . Zaman sekarang nak menulis pun kena kias kias sebab zaman sekarang kat Malaysia dah ramai jutawan produk. Bila dah kaya raya tak boleh la kau suka2 nak petik dorang satgi jenuh nak kutip derma. Tapi atas dasar tanggungjawab membantu pihak KKM bagi membenteras produk produk bahaya.. Kita sebarkan juga la. Mungkin saya tidak menggunakan produk produk ni tapi saya tahu masih ada pengguna yang mungkin kurang pendedahan masih menggunakannya. Hari ini KKM telah mengeluarkan satu laporan 5 produk dari 3 jenama tempatan di kesan mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri, Hydroquinone & Tretinoin. Ingredient biasa yang di gunakan dalam kebanyakkan produk tempatan yang selalu di kantoikan oleh KKM bila di buat ujian makmal. Sebab racun racun berjadual tersebut mampu memberi kesan kecantikkan yang cepat. Biasa la.. masing nak putih, gebu, flawless, glowing cantik menawan KAN? Antara produk yang di tarik bali...

GHAHIM TAKUT NAK AZAN PAPAR REALITI SEBENAR GOLONGAN PELAT 'R'

Image
GHAHIM TAKUT NAK AZAN PAPAR REALITI SEBENAR GOLONGAN PELAT 'R' . Semalam sapa ada tengok telefilem Ghahim Takut Nak Azan? Kemain budak shahila fokus tengok drama tu.. Budak shahila ni bukan layan sangat drama TV.. banyak suka tengok kartun atau education video je tapi semalam nampak dia macam layan drama tu. Tapi tak sempat habis dia dah lena. Sebab lambat sangat habis. Budak shahila memang jarang tidur lewat dah sejak dah besar & sekolah. Kadang2 pukul 9 dah lena.. Kisah drama Ghahim takut nak azan tu adalah kisah seorang kanak kanak yang mempunyai masalah menyebut 'R" atau orang kita panggil pelat 'R". Sampaikan tiap kali giliran dia melaungkan azan di kelas KAFA dia akan lari. Sebab pelat 'R" yang dia hadapi dia selalu menjadi mangsa buli & ejekkan dari kawan kawan sebaya termasuk kakak dia sendiri. Macam macam dia cuba buat untuk hilangkan pelat 'R" tu tersebut.. Apa saja orang cakap even menipu sekalipun dia akan buat. T...

SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN?

Image
SELAMATKAH KUIH KUBA GULING DI MAKAN?  Kuba guling atau Kerbau guling atau kat utaqa kami panggil kerbau berkubang. Alah berkubang tu contoh kerbau mandi lumpur la. Kerbau kan suka mandi lumpur sebab tu kulit dia licin tanpa jerawat. hangpa nak kulit licin pi la berkubang dengan kerbau tu. Semenjak puasa ni viral nau kuih kuba guling ni. Kuih ni berasal dari Thailand & sangat terkenal dia kawasan sempadan Thailand sebab tu ada kat kelantan je. Tengok viral kemain berkerumun orang tunggu nak beli kuih kuba guling ni. Kuih dia berwarna hitam pekat kemudian di gulingkan dalam kelapa parut tak silap. Nampak macam sedap.. yelah tengah puasa taik lembu pun nampak macam dodol ye dak? Terbaca juga resepi nak buat kuih kuba guling ni.. Antara bahan yang di gunakan adalah air arang tempurung kepala. tempurung tu di bakar sehingga jadi arang kemudian di campur serbuk arang tu dengan air. Air tu di jadikan salah satu bahan untuk menghasilkan kuih kuba guling yang hitam manis.. hitam...