Posts

KEJADIAN BUNYI GURUH KUAT & PANJANG BEBERAPA TEMPAT JADI VIRAL

Image
KEJADIAN BUNYI GURUH KUAT & PANJANG BEBERAPA TEMPAT JADI VIRAL . Sekarang ni dah masuk musim hujan kan? Hampir setiap hari hujan.. Tapi kat tempat den siang semalam tu panas la. Masuk petang dah mendung & malam hujan jugak. Lepas ni penuh la orang kat self laundry tu kan? Yelah.. nak basuh baju kat rumah tak panas nak jemur kan? Baju pulak bergunung ganang.. Terpaksa juga menapak kat self laundry ni. Yang peliknya kenapa saya tak pernah sekali guna self laundry tu ya? Kadang2 lalu nak pergi kedai.. dok belek mesin basuh kat self laundry tu.. Kot2 satu hari nanti memerlukan. Takde la Jakun sangat nak guna katanya kekekeke Tapi bukan nak cerita musim hujan, baju tak kering atau self laundry tu.. Ni cerita bangun pagi ni bukan pesbuk meriah dok cerita fenomena menakutkan semalam. Katanya ada bunyi guruh yang teramat kuat sampai bergegar sliding door rumah depa.. Anak anak ketakutan.. Tapi tak semua tempat. Ada beberapa tempat yang berdepan dengan situasi guruh kuat tu. ...

BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER

Image
BUAT SENDIRI FACE MIST MENGGUNAKAN EVIAN MINERAL WATER . Sebenarnya dah lama nak buat entri ni tapi mood dia berjalan jauh sangat. Sementara nak balik ke tanah air ni.. stuck merata rata katanya. Kena tunggu jugak la sampai dia mendarat baru la boleh buat. Sedang elok pagi ni.. cuaca hujan.. sejuk.. perut dah kenyang breakfast frozen roti canai dengan Rendang yang beberapa hari yang lalu di frozenkan dalam peti ais tu. Bila perut dah kenyang hati pun dah senang boleh la menulis dengan riang. Lambakkan produk kecantikkan & skincare di pasaran ni sampai kita tak tahu yang mana ok & tak. Lebih2 lagi banyak pengusaha & pengeluar produk sekarang sejenis tak bertanggungjawab.. Fikir keuntungan & nak hidup senang dengan jual produk yang bahaya & tidak berkualiti kepada pengguna. Depa focus belajar marketing je.. Depa memang tak peduli produk depa kategori layak kuis kuis dengan hujung ibu jari kaki kemudian terajang masuk logi kumbahan ke hapa. Yang penting pandai mar...

PEMBOHONGAN BANYAK BERLAKU DALAM LIRIK LAGU CINTA

Image
PEMBOHONGAN BANYAK BERLAKU DALAM LIRIK LAGU CINTA . Sedar tak sedar kita memang membesar dengan lagu2.. Terutama lagu2 cinta ni. Dari zaman P.Ramlee sampai la zaman Keke do you love me? erkkk... tetiba keke pulak kan kekekekeke. Saja je nak jugak cuit2 benda benda yang tengah jadi trending. Berbalik pada Isu Pembohongan banyak berlaku dalam lirik lagu cinta ntah kenapa hari ni nak dengar lagu ARMADA, Asal Kau Bahagia katanya. Actually  mula2 memang tak tahu lagu sapa tajuk apa. Tapi zaman google.. kau ingat sebaris lirik lagu pun kau dah boleh dapat full song. Apa susah. Dengar la full song kat youtube sambil feel macam anak dara sunti baru putus cinta. Konon!! Bila dengar & fikir fikir balik.. Alah, dalam lagu kau boleh la cakap macam tu. Bagi sedap jalan cerita tapi kalau berlaku dalam realiti majoriti mana ada sejenis kisah macam lirik lagu. Contoh lirik lagu ARMADA ni.. sat.. sat copy paste lirik lagu dia. Baru senang nak mengecam katanya kekekekeke Yank…kemarin k...

PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA

Image
PELAKON KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah buat seluruh keluarga, saudara mara, sahabat taulan kepada Allahyarham Khalid Salleh yang di khabarkan telah pulang kerahmatullah lebih kurang jam 3 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri. Sesungguhnya itulah perjanjian manusia & Pencipta.. Sampai masa takkan lewat atau cepat walau sesaat.. Kita semua akan pulang kepadaNya.. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima dugaan kehilangan orang yang tersayang. Beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun. Sedikit pengenalan tentang Allahyarham Khalid Salleh.. Beliau di lahirkan pada 29 Februari 1948. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara & penggiat teater di Malaysia. Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho. Allahyarh...

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL

Image
PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL . Kecoh kat social media bila ada pihak mengeluarkan inovasi baru dengan produk jubah kalis sihir.. kalis santau bagai. Apa brand sapa pengasas dia mana boleh petik2 kat sini.. Tak habis lagi yang satu tu kat court.. Almaklum la zaman sekarang kau tulis benda betul ke salah.. Yang berharta juga pegang kuasa. Bukan kata depa lebih berkuasa dari Allah.. Tapi kelebihan yang Allah bagi kat depa tu.. kadang2 depa gunakan untuk menunjukkan kuasa pada orang yang tidak berkemampuan. Jadi biarlah saya ulas secara genaral jer tanpa sebut jenama atau nama sesiapa. katanya Jubah yang dia keluarkan mempunya satu tenaga yang boleh menghalang dari terkena sihir & santau. Alah.. paling senang untuk elak dari gangguan jin & makhluk halus.. Wah hebat kat jubah tu. Ada aura yang membuat makhluk halus tak berani dekat dengan kita. kekekeke Semalam tertengok la berita TV yang membangkit isu pasal Jubah Superpower ni sampai boleh halang jin...

VIRAL! PENGASUH PEDOPHILIA LESBIAN JADIKAN ANAK ASUHAN MANGSA

Image
VIRAL! PENGASUH PEDOPHILIA LESBIAN JADIKAN ANAK ASUHAN MANGSA . Belum reda isu pengasuh yang menyebabkan kematian seorang bayi 5 bulan kemudian sembunyikan pulak mayat baby tu dalam peti ais rumah dia.. Bagi alasan kat parents budak tu baby tu ada orang yang mengaku bapak dia datang ambil. Mati mati orang ingat bayi tu kena culik.. Alih2 dah jadi mayat kena frozen dalam peti ais. Sejak 2 hari lepas kecoh pulak.. screenshot dari perbualan whatsapp seorang pengasuh pedo yang spesis lesbian share & iklan nak cari gambar kemaluan kanak kanak. Kebabonan apakah manusia akhir zaman ni wei!! Kau dah la lesbian bernafsu dengan bayi & kanak kanak pulak. Ya Allah.. petanda kiamat ke semua ni?? Allahu.. tak habis dengan Isu si sapi'e tu dok mencabar hukum agama.. timbul pulak isu pengasih lesbian/pedo ni. Dalam screenshot tu.. Di kongsikan gambar kemaluan seorang bayi maybe kanak kanak dengan caption berunsur iklan yang mencari gambar2 macam tu untuk koleksi. jadahnya lahai kau! Or...

ESSENCE EYESHADOW MURAH, SELAMAT, BERKUALITI & PIGMEN

Image
ESSENCE EYESHADOW MURAH, SELAMAT, BERKUALITI & PIGMEN . Ok kat blog lekatlekit.com ni nak tambah lagi satu siri iatu siri drugstore produk. Dimana segmen Drugstore produk ni akan review produk2 dari drugstore jer.. Boleh gitu.. Kau gigih sangat nak bersegmen bagai dah kenapa. kau nak review tu review je la kan. Alahai.. nak feeling blog den macam telebesen (television) sekejab tak boleh ker? Ok back to the topic.. Kalau ada sesapa yang follow group TPOM kat fb tu mesti pernah nampak posting atau komen dari wanita wanita yang suka bermakeup tentang isu fake produk atau rebrand produk. Ada yang bagi alasan guna fake product sebab tak mampu nak beli yang original mahal katanya dalam pada yang sama depa pun nak cantik macam orang lain juga. Sedih kan.. Tapi kenapa hakak sanggup beli makeup fake.. makeup jual kat kedai2 serbaneka longgok2 dalam bakul je kak? Bukan soal class ke tak class hakak Ooi.. Takut produk2 tu dah di campurpalsu dengan bahan merbahaya & kulit akak dapat ...