Posts

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK

Image
AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK . Sebab lambakkan produk kosmetik terutama skincare ni di kesan mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sekarang ni segelintir pengeluar/ponder beralih arah dengan menggunakan taktik claim produk depa organik pulak. Yang paling tak tahan tu.. 100% organik kau! Yelah.. hang klepet (tipu) pi la macam mana confirm masih ada golongan yang akan percaya & terpedaya. Bukan kata tak ada produk organik.. Ada je cuma yang claim 100% organik tu nak percaya dengan tak percaya sama banyak je. Produk yang buat tuntutan organik ni kena di ada sijil organik. Kalau tak ada tak boleh nak claim produk depa organik. Tak ada bukti sokongan yang menyatakan produk mereka organik so kita kena ragui la. Zaman masing masing berlumba nak kaya raya ni dia bukan kisah dah rezeki dia halal ke, berkat ke tidak. Yang dia fikir.. apa saya marketing yang boleh menaikkan jualan produk dia.. kita belasah je. Dalam hal ni yang konon sifu...

KEJAM! PENJUAL SUPPLEMENT HANYA MELIHAT PESAKIT SEBAGAI LUBUK DUIT - USTAZ ABDULLAH BUKHARI

Image
KEJAM! PENJUAL SUPPLEMENT HANYA MELIHAT PESAKIT SEBAGAI LUBUK DUIT - USTAZ ABDULLAH BUKHARI . Dah 3 minggu rancangan diskusi Analisis TV Alhijrah mendapat sambutan hangat & viral di media sosial kerana membawa topik yang memang hangat menjadi pendepatan di sosial media. Semalam (Jumaat 1 March) membincangkan topik Manipulasi supplement. Tengok juga semalam selepas menonton bicara pengguna TV1 yang membincangkan topik Vaksin & difteria. Semua topik memang tengah hangat kat social media harus la tengok kalau ada kesempatan kan? Mengutip secebis ilmu yang di kongsikan oleh pakar bertauliah bukan pakar jadian yang guna gelaran freelance bagai tu. Yang nak terima atau menolak vaksin memang pilihan masing masing tapi make sure jika ada penyakit yang boleh di cegah dengan vaksin hinggap pada hangpa & anak anak hangpa yang tak vaksin tu jangan sampai menjangkiti orang & anak orang lain yer.. Berbalik kepada isu yang di bincangkan secara live di pentas Analisis semalam....

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM

Image
MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM .  jerawat ni bukan setakat remaja baru akil baligh je hadapi.. Mak mak dara yang umur senja nan merah macam saya ni pun tak pernah settle masalah jerawat. Dari anak dara sampai dah ada anak dara sendiri.. Jerawat setia mendampingi katanya. Dah macam saka pulak kan spesis jerawat ni. Tak boleh nak berjauhan langsung. Untunglah orang yang jenis kulit susah nak berjerawat even tak jaga sangat pun tetap kulit licin. Nyamuk hinggap pun boleh mengelungsur jatuh kebawah sebab tak ada tempat berbonggol nak berpaut katanya.. Lambakkan produk jerawat di pasaran ni kadang kadang tak tau nak pilih yang mana satu. Silap pilih terguna produk beracun pun susah juga kan? Walaupun produk yang selamat pun kadang kadang tak sesuai jadi semakin membiak pulak jerawat. Kat situ penting kita kenali jenis kulit, masalah kulit & keperluan kulit sebelum membeli apa2 produk skincare ni. Yang selalu jadi tak serasi sebab kita tak tahu apa keperluan k...

MEMBAWANG ISU KESIHATAN, SALAH KE?

Image
MEMBAWANG ISU KESIHATAN, SALAH KE? Sekarang ni semua dah guna istilah membawang.. Tak kira la membawang yang membawa maksud mengumpat atau perbincangan. Dah tak boleh judge membawang tu membawa maksud yang negatif je. Almaklum la.. tengah in trend perkataan membawang tu kan.. So, dalam apa situasi orang suka guna istilah membawang. Yang pasti isu membawang ni mesi buat ada hati yang pedih. Bawang kan.. Mesti la pedih. Kekekekeke Dekat news feed saya sekarang banyak isu kesihatan yang di bawangkan.. Ye circle saya bukan lagi blogger. Certain blogger maybe tak suka dengan saya. Dulu outspoken.. lepas kena saman katanya suka menyibuk konon nak bagi awareness kat orang. Tak serik serik lagi kena saman. Jaga periuk nasi sendiri sudah la.. Buat apa nak sibuk bagi kesedaran bagai kat orang lain. Takpe la.. setiap dari kita ada tanggungjawab masing masing. Saya pilih perkara ni sebab saya nak bagi kesedaran pada orang lain tentang produk produk bahaya di pasaran. Sebab saya pun antara ...

SENTAL MUKA DENGAN SIMPLE FACIAL SCRUB BERAS

Image
SENTAL MUKA DENGAN SIMPLE FACIAL SCRUB BERAS . Tu dia.. sental muka katanya. Kau umpamakan muka kau macam bontot kuali ke camna sampai kena sental sental ni? Bila tulis sental apa yang kita bayang tonyoh sekuat hati supaya keluar semua kotoran degil yang melekat kan? Macam tu la juga kena juga sental tapi tak la sental macam sental bontot kuali. Gila kau sental muka macam tu.. Mau terkoyak kulit muka kau nanti. Muka ni normally nak sental.. Kita kena scrub. Sebab selalu kalau sekadar guna cleanser dia tak deep clean sangat. Tak mampu membuang sel sel kulit mati & kotoran degil yang melekat pada kulit. Normally benda tu tak nampak la dengan mata kasar. Kita nampak lepas cuci dengan cleanser muka nampak macam bersih walhal sebenarnya tak bersih sangat. Kenapa kena scrub muka? Sebabnya scrub salah satu kaedah untuk membuang sel sel kulit mati untuk menghasilkan kulit baru, kotoran yang tersumbat dalam liang pori, bintik hitam, buang kotoran yang melekat pada kulit supaya kulit ...

CARA NAK KITAR SEMULA BAJU RAYA LAMA SUPAYA BERWAJAH BARU

Image
CARA NAK KITAR SEMULA BAJU RAYA LAMA SUPAYA BERWAJAH BARU . Dah pertengahan bulan Febuari. Tak lama lagi dah nak masuk march. Insya Allah.. Bulan Mei kita akan menyambut bulan ramadhan.. lepas ramdhan dah tentu syawal menjelma. Alah.. takkan tak paham kot kalau dah masuk syawal tu bermakna raya la kan? Nak sambut raya.. salah satu perkara yang kita kelam kabut nak sediakan selain kuih dan muih beraneka macam.. Mesti baju raya. Baju raya ni.. Kalau nak tempah kena start dari sekarang dah beli kain & hantar kat tailor ok! Tapi kalau yang bercadang nak pakai baju readymade.. dekat dekat nak raya nanti banyak offer cuma tu la kalau larat nak menghadap sesak dengan orang ramai ok la. Berbaloi la kan dapat beli baju raya dengan harga murah. Sinonim dengan baju raya.. semua berlumba lumba nak nampak cantik & bergaya di hari raya bukan macam den ni.. Den ni tiap2 tahun dari kecik sehingga sekarang umur je bertambah tapi tidak ketinggian kekal maintain dengan baju kurung je....

JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO

Image
JOM KENALI APA ITU KOSMETIK TIMBANG KILO . Tu dia walau jenuh dok bagi kesedaran pasal kosmetik/produk timbang kilo ni tapi masih ada yang tak khatam khatam lagi. Saya pun selalu dapat PM tanya produk ni kilo ke tak.. produk ni selamat ke tak.. produk ni ok tak dah macam aku ni pakar menganalisis produk yang ada makmal sendiri kat rumah pulak. Kita bukan pakar.. dengan tengok je kita dah boleh tahu produk ni selamat ke tak. Tapi di sebabkan lambakkan produk beracun @ produk kosmetik timbang kilo kita dah boleh kenalpasti melalui ciri ciri yang ada pada sesuatu produk tu samada selamat atau mencurigakan. Pagi ni sempat menonton rancangan Selamat pagi Malaysia.. sejak pakatan harapan menerajui kerajaan baru ni dapat pulak siaran TV1 kat rumah den ni (Ni pun bukan politik tapi kejadian yang benar benar berlaku) maka boleh la menonton TV1 dengan jelas tanpa polkadot. Almaklum la den ni rokyat marhaen yang tak melanggan esteruk atau apa2 siaran TV berdekoder tu. Cuma pakai TV guna area ...