Posts

NUH KE HUD?

Image
NUH KE HUD? Apadia pulak ni.. Nuh ke hud? Mesti ada yang terpinga pinga baca tajuk entri. Yang kita tau Nuh & hud tu nama nabi kan.. Yer.. Tapi kisahnya bukan nak share kisah kisah nabi. Kalau ada yang terbaca entri sebelum ni saya ada share tentang kelahiran anak kedua saya. Masa tu belum ada nama la.. Just share kisah kelahiran baby boy saya yang saya panggil hero masa tu. Alhamdulillah lepas sebulan akhirnya secara rasmi si hero dah di daftarkan namanya. Dah ada surat beranak & my kid. Tu dia.. lama kan baru register nama anak. Tak kena denda ke? ni pun antara soalan yang saya dapat juga.. lebih 14 hari katanya lewat daftar anak. Takpa la alang alang dah tulis.. meh nak habaq pi kat hangpa na.. Sekarang ni tempoh untuk daftar kelahiran @ nama anak di JPN adalah dalam masa 60 hari. Lebih kurang 2 bulan. Lebih dari 60 hari akan kena denda RM10 sebab lewat mendaftar. Selebihnya hangpa boleh check kat portal rasam JPN la. Google la.. tu pun malas. Mula mula... saya namak...

SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA

Image
SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA . Mengurut ni memang sinonim dengan masyarakat melayu.. erkk.. rasanya bukan orang melayu je. Kat malaysia ni rasa semua bangsa pun suka mengurut badan. Tu tak termasuk urutan yang bukan bukan. Lagi la kepelbagaian bangsa ada. Tapi bukan la saya nak cerita pasal servis urut yang bukan bukan tu. Tak nak la kita tanggung dosa.. Dosa yang ada pun banyak tak terampun lagi katanya. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google Urut atau omputih kata massage.. Memang ada kebaikkan dia. Terutama untuk ibu ibu lepas bersalin & orang yang terkena penyakit saraf macam strok ke. Urutan salah satu cara untuk merangsang balik bahagian bahagian anggota banda yang mengalami lumpuh sementara tu. Untuk ibu ibu lepas bersalin ni.. dengan mengurut boleh memberi kesegaran dan mengembalikan tenaga yang mungkin hilang semasa mengandung & proses kelahiran. Bagi sesetengah orang.. urut ni satu kemestian yang di buat. Kira rutin wajib tak kira la sebulan sekali atau berapa bu...

LAGU RAYA ARTIS 90AN DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP

Image
LAGU RAYA ARTIS 90AN DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP . Tu dia.. semua pakat dah on mood raya katanya. Yang mana belum buat preparation raya tu time ni confirm dah sibuk. Almaklum la cuti sekolah pun dah start ni kalau pergi mana2 Mall, pasaraya confirm bercium bontot la. Masing masing ambil peluang beli baju raya bagai kan. Stesen radio pun time ni dah meriah putar lagu raya tak kira lagu lama atau lagu baru. Tak ada lagu raya memang tak feel la kan nak sambut raya. Cuma yang tak best.. Tahun ni masih dapat baca berita berita orang putus jari la.. cedera parah sebab mercun. Gamaknya kalau tak main mercun, anak bulan tak nampak kot. Hangpa ni.. Main mercun pop pop sudah la. Bukan je tak bahaya orang sekeliling pun tak marah & tak bising. Janji mercun ye dak? Dok scroll FB tengok orang update pasal preparation raya bagai.. Ternampak satu posting dari vokalis band yang pernah popular tahun 90an dulu. Sapa yang kategori jiwang masa tu confirm tahu kumpulan budak kaca mata ni...

AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Image
AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL . Lagi produk kosmetik tempatan di kesan mengandungi racun berjadual. Ni press release dari KKM untuk 23 Mei 2019 yer. Bermakna fresh from oven lagi la semasa entri ni di tulis. Kalau hangpa baca entri tahun 2020.. dah tak baru la. Seperti biasa banyak local skincare yang di senaraikan mengandungi racun berjadual seperti Merkuri, hidrokinon & tretinion. Penting kita sebagai pengguna kena alert sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk kosmetik @ skincare ni. Saya sebagai blogger cuma mengambil tanggungjawab menyebarkan untuk kepentingan & keselamatan pengguna je. Selebihnya pilihan di tangan anda sendiri. 12 KOSMETIK MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 1. 3rd Serie...

PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN?

Image
PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN? Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Jika betul perkhabaran yang di terima salam takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat & saudara mara kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang di khabarkan telah meninggal dunia dia hatyai Thailand akibat kemalangan. Saya di tag seseorang bertanyakan kepastian tentang perkara ni.. Dan saya terbaca posting dari salah seorang kenalan di facebook tentang perkara ni. Kemudian di tag lagi pada satu posting dari seorang individu yang mengesahkan berita ni. Kalau betul memang satu berita yang mengejutkan kerana beliau seorang pengasas yang kita sedia maklum amat di kenali di Malaysia. Satu video yang di kongsikan anak beliau mengesahkan perkara tersebut. Boleh tonton video ni kat sini :  https://www.facebook.com/watch/?v=605928406574850 Tentang isu produk tu kita letak tepi dulu.. Kita kena ada kemanusiaan jugak kan? Atas perikemanusiaan sebab saya pun manusia bias...

BILA DI UJI DENGAN SUAMI KAKI PEREMPUAN

Image
BILA DI UJI DENGAN SUAMI KAKI PEREMPUAN . Wanita yang malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. Seorang pakar motivasi pernah berkongsi kata kata tu yang bagi saya mampu membuatkan perempuan yang di uji dengan suami yang perangai maha nirrojim ni akan rasa down & rasa diri dia terlalu malang. Bagi mereka yang di rezekikan suami yang baik, bertanggungjawab penuh dengan ciri ciri suami idaman kaki sondol.. Yelah lelaki yang baik perempuan mana tak mengidam nak buat laki kan? Kaki sondol pun dia nak juga alang alang menyondol laki orang biarlah dapat yang terbaik ye dak. Yang bernasib baik dapat suami serba serbi sempurna sampai tak nampak celah mana kekurangan dia.. memang la mendabik jari suka la dengan caption macam tu. Sebab dia rasa diri dia bertuah dapat suami yang baik.. bukan macam kau malang.. sedih hidup kau sebab kau tak pandai pilih laki, katanya. So, saya sangat tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan malang tu. Bagi saya wanita yang di uji dengan perangai...

ASAM JAWA DAPAT BANTU MASALAH KULIT WAJAH

Image
ASAM JAWA DAPAT BANTU MASALAH KULIT WAJAH . Asam jawa biasanya kita guna dalam masakan sebab penambah perisa atau ada juga masakan yang guna asam jawa sebagai bahan utama rasa masakan tersebut contoh macam masak asam. Of course la rasa asam tu sebagai rasa utama & bahan utama untuk menjadikan rasa asam tu adalah asam jawa. Tapi tak ramai yang tahu Asam jawa ni bukan saja boleh di gunakan dalam masakan malah boleh di jadikan bahan untuk kecantikan kulit. memang tak sia sia barang barang kat dapur tu kan? Ada je kegunaan dia selain memasak. Antara kebaikan Asam jawa untuk kecantikan kulit ni adalah 1. Mencerahkan kulit. 2. Memudarkan selulit. 3. Mengangkat sel sel kulit mati. 4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah. 5. Mengurangkan tanda penuaan. 6. Memudarkan kesan hitam pada leher. 7. Melembabkan kulit. 8. Mengurangkan jerawat dan jeragat. Ni masalah biasa kulit manusia. Jadi hangpa boleh la try guna asam jawa sebagai skincare untuk masalah kulit yang an...