Posts

CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT

Image
CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT . Ada yang tahu kewujudan gadget kecantikan ni & ada yang masih tak pernah dengar benda alah ni. Saya sebelum ni pun tak pernah tahu & ambil tahu sangat pasal dermaroller ni sebab saya tak suka jarum katanya. Hahahaha.. Tapi bila di beri peluang mencuba gadget kecantikan ni baru saya tau akan kehadirannya dalam dunia kecantikan manusia. Mula mula di tawarkan dermaroller ni.. Bila saya google info dia serius saya cuak nak cuba. Gila kau nak cucuk cucuk muka dengan jarum. Ada saya tengok sampai berdarah. So saya bagitahu la saya takut nak cuba benda benda macam ni. Saya tak berani nak roll muka dengan jarum jarum halus sampai berdarah tu. Tapi bila di terangkan baru saya faham. So saya minta Sebenarnya Dermaroller ni ada beberapa size jarum mengikut fungsi dia. Ada 3 size jarum iatu (rujuk pada gambar) Saya kalau berurusan dengan jarum ni memang seriau sikit so saya pilih yang paling kecik la siz...

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM

Image
CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM . Sekarang ni banyak doktor mula membuka klinik sendiri. Lambakkan klinik persendirian/swasta membuatkan kadang kadang kita tak tahu samada klinik @ doktor tersebut berdaftar dengan KKM atau tak. Risiko tau kalau klinik tu tidak berdaftar dengan KKM sebab kalau berlaku apa apa susah la korang. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Dari perkongsian Laman Facebook Dr Imelda Balchin dia bagi tutorial cara nak semak samada klinik tu sah atau tak. Siap tutorial bergambar. Boleh rujuk di bawah. Jika anda mempunyai account facebook boleh masuk terus ke posting dr Imelda. Kalau hangpa nak check sendiri, doktor yang bukak klinik sendiri ni doktor tipu kaa doktor betoi, sila ke link ini. ☛  http://appsmmc.moh.gov.my/searchmmc/main_search.php Type nama doktor saja pun cukup. Lepas tu click go. Lihat senarai yang keluar. Saya type Imelda saja. Keluar senarai tujuh orang doktor Imelda yang berdaftar denga...

NUH KE HUD?

Image
NUH KE HUD? Apadia pulak ni.. Nuh ke hud? Mesti ada yang terpinga pinga baca tajuk entri. Yang kita tau Nuh & hud tu nama nabi kan.. Yer.. Tapi kisahnya bukan nak share kisah kisah nabi. Kalau ada yang terbaca entri sebelum ni saya ada share tentang kelahiran anak kedua saya. Masa tu belum ada nama la.. Just share kisah kelahiran baby boy saya yang saya panggil hero masa tu. Alhamdulillah lepas sebulan akhirnya secara rasmi si hero dah di daftarkan namanya. Dah ada surat beranak & my kid. Tu dia.. lama kan baru register nama anak. Tak kena denda ke? ni pun antara soalan yang saya dapat juga.. lebih 14 hari katanya lewat daftar anak. Takpa la alang alang dah tulis.. meh nak habaq pi kat hangpa na.. Sekarang ni tempoh untuk daftar kelahiran @ nama anak di JPN adalah dalam masa 60 hari. Lebih kurang 2 bulan. Lebih dari 60 hari akan kena denda RM10 sebab lewat mendaftar. Selebihnya hangpa boleh check kat portal rasam JPN la. Google la.. tu pun malas. Mula mula... saya namak...

SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA

Image
SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA . Mengurut ni memang sinonim dengan masyarakat melayu.. erkk.. rasanya bukan orang melayu je. Kat malaysia ni rasa semua bangsa pun suka mengurut badan. Tu tak termasuk urutan yang bukan bukan. Lagi la kepelbagaian bangsa ada. Tapi bukan la saya nak cerita pasal servis urut yang bukan bukan tu. Tak nak la kita tanggung dosa.. Dosa yang ada pun banyak tak terampun lagi katanya. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google Urut atau omputih kata massage.. Memang ada kebaikkan dia. Terutama untuk ibu ibu lepas bersalin & orang yang terkena penyakit saraf macam strok ke. Urutan salah satu cara untuk merangsang balik bahagian bahagian anggota banda yang mengalami lumpuh sementara tu. Untuk ibu ibu lepas bersalin ni.. dengan mengurut boleh memberi kesegaran dan mengembalikan tenaga yang mungkin hilang semasa mengandung & proses kelahiran. Bagi sesetengah orang.. urut ni satu kemestian yang di buat. Kira rutin wajib tak kira la sebulan sekali atau berapa bu...

LAGU RAYA ARTIS 90AN DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP

Image
LAGU RAYA ARTIS 90AN DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP . Tu dia.. semua pakat dah on mood raya katanya. Yang mana belum buat preparation raya tu time ni confirm dah sibuk. Almaklum la cuti sekolah pun dah start ni kalau pergi mana2 Mall, pasaraya confirm bercium bontot la. Masing masing ambil peluang beli baju raya bagai kan. Stesen radio pun time ni dah meriah putar lagu raya tak kira lagu lama atau lagu baru. Tak ada lagu raya memang tak feel la kan nak sambut raya. Cuma yang tak best.. Tahun ni masih dapat baca berita berita orang putus jari la.. cedera parah sebab mercun. Gamaknya kalau tak main mercun, anak bulan tak nampak kot. Hangpa ni.. Main mercun pop pop sudah la. Bukan je tak bahaya orang sekeliling pun tak marah & tak bising. Janji mercun ye dak? Dok scroll FB tengok orang update pasal preparation raya bagai.. Ternampak satu posting dari vokalis band yang pernah popular tahun 90an dulu. Sapa yang kategori jiwang masa tu confirm tahu kumpulan budak kaca mata ni...

AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Image
AWAS! 12 PRODUK KOSMETIK DI KESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL . Lagi produk kosmetik tempatan di kesan mengandungi racun berjadual. Ni press release dari KKM untuk 23 Mei 2019 yer. Bermakna fresh from oven lagi la semasa entri ni di tulis. Kalau hangpa baca entri tahun 2020.. dah tak baru la. Seperti biasa banyak local skincare yang di senaraikan mengandungi racun berjadual seperti Merkuri, hidrokinon & tretinion. Penting kita sebagai pengguna kena alert sebelum membeli atau menggunakan sebarang produk kosmetik @ skincare ni. Saya sebagai blogger cuma mengambil tanggungjawab menyebarkan untuk kepentingan & keselamatan pengguna je. Selebihnya pilihan di tangan anda sendiri. 12 KOSMETIK MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 1. 3rd Serie...

PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN?

Image
PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN? Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Jika betul perkhabaran yang di terima salam takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat & saudara mara kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang di khabarkan telah meninggal dunia dia hatyai Thailand akibat kemalangan. Saya di tag seseorang bertanyakan kepastian tentang perkara ni.. Dan saya terbaca posting dari salah seorang kenalan di facebook tentang perkara ni. Kemudian di tag lagi pada satu posting dari seorang individu yang mengesahkan berita ni. Kalau betul memang satu berita yang mengejutkan kerana beliau seorang pengasas yang kita sedia maklum amat di kenali di Malaysia. Satu video yang di kongsikan anak beliau mengesahkan perkara tersebut. Boleh tonton video ni kat sini :  https://www.facebook.com/watch/?v=605928406574850 Tentang isu produk tu kita letak tepi dulu.. Kita kena ada kemanusiaan jugak kan? Atas perikemanusiaan sebab saya pun manusia bias...