Posts

SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM

Image
SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM . Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah. Pung pang pung pang kat social media.. boikot tu boikot ni.. Alih alih lepak starbuck la.. makan kat kopitiam, membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Islam. Dia tak semak pun segala produk dia beli keluaran orang Islam ke dak.. Tapi kemain share lahai kempen memboikot ni. Tapi pantang sikit ada produk viral macam boba tea.. Ayam pedas 3 kali ganda.. Laju dia beli. Tak mau terlepas peluang merasa katanya. Saya bukan la nak ajak orang boikot apa apa atau sesapa tapi golongan acah acah macam ni bagi saya cuma sekadar nak mencetuskan provokasi. Dia tak buat tapi dia suruh orang lain buat. Tak salah pun kita nak support keluaran produk orang Islam untuk bantu tingkatkan ekonomi orang Islam tu sendiri. Dengan cara tu keuntungan mereka dapat di salurkan melalui zakat atau apa apa aktiviti amal yang boleh membantu orang lain....

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN

Image
HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN . Ada ke yang mula benci saya asyik tulis berkaitan produk ni? bukan review tapi entri yang berbentuk pendedahan & kesedaran tentang produk beracun. Yelah.. saya faham blogger blogger yang rasa menyampah tu mesti sebab depa tak nak stop ambil review produk produk macam tu atau overclaim kan? So buat buat la macam tak tahu.. Selamat sikit. Nanti boleh guna alasan tak tahu kan.. kekekeke. Alolo.. marah ke? Gurau je la.. Kalau ikut basic yang paling mudah.. Menjual sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain memang la berdosa & haram kan.. Tapi sejenis 'Ponder' ni suka la buat buat macam depa ni naif & tak tahu apa apa. Seolah olah macam tak pernah belajar agama tapi kalau bab menunggang agama depa la paling 'Jaguh'. Tapi tang bab hukum pasal menjual produk beracun terus jadi blur & blank. Macam terencat pula memasing kan. Yelah.. kita sedia maklum la kan.. Produk beracun terutama kosmetik ni memang agak laris di pasaran. Se...

TUALA WANITA VS MENSTRUAL CUP.. MANA PILIHAN ANDA?

Image
TUALA WANITA VS MENSTRUAL CUP.. MANA PILIHAN ANDA? Semalam terbaca seorang artis wanita mencadangkan kepada wanita menggunakan menstrual cup & tak perlu guna tuala wanita lagi bila datang bulan @ haid. Katanya untuk menjaga alam sekitar. Yelah kan.. Kalau pakai pad @ tuala wanita kita tak pakai lepas tu cuci & pakai balik. Kita pakai & buang je kecuali pad jenis kain yang boleh cuci & pakai semula tu. Menstrual cup ni pun fungsi dia lebih kurang macam pad kain juga cuma alat dia berbentuk 'cup' kecil. Memang sebelum ni saya tak pernah tahu kewujudan benda alah ni.. Bila tahu jadi macam erkk... Tak sanggup pulak aku nak guna. Geli pulak aku membayangkan darah period tu bertakung dalam cup tu kemudian perlu buang & cuci balik cup dia. Nak pasangkan dia pun perlu masukkan dalam kemluan. Allah.. ngeri pulak rasanya nak sumbat benda benda macam tu dalam bahagian sulit kita kan? Dah masukkan lepas tu nak keluarkan buang darah & cuci bersih bers...

AWAS! KULIT PUTIH PINK MUNGKIN PETANDA ANDA GUNA KOSMETIK MENGANDUNGI STEROID

Image
AWAS! KULIT PUTIH PINK MUNGKIN PETANDA ANDA GUNA KOSMETIK MENGANDUNGI STEROID . Takkan dan takkan pernah serik untuk saya terus menyampaikan kesedaran tentang produk produk berisiko & bahaya yang banyak di jual kat malaysia ni biarpun ada yang sinis, ada yang kata menyibuk & tak kurang juga yang cakap tak serik dengan apa yang berlaku. Kalau semua orang takut menyampaikan kebenaran.. Maka yang lemah, bodoh, kurang ilmu akan terus di tipu & di tindas oleh pengeluar produk tak bertanggungjawab. Kalau kau pernah berada dalam golongan di perbodohkan kau akan rasa betapa bermaknanya orang orang yang tak jemu terus bagi awareness ni. Bukan nak cakap den ni bermanafaat.. tapi den pun pernah berada dalam golongan bani bangang yang terguna produk kosmetik beracun sebab waktu tu kurang pendedahan. Selain merkuri, hidrokinon & tretinion yang selalu di kesan di campurpalsu dalam produk kosmetik.. Steroid juga adalah bahan terlarang yang di gunakan dalam sesetengah produk kosmetik...

CARA MASAK RENDANG ACHEH SEMUDAH 3 LANGKAH

Image
CARA MASAK RENDANG ACHEH SEMUDAH 3 LANGKAH . Kembali berasap segmen dapur melekat lekit katanya. Bukan la jarang share resepi bermakna tak masak langsung. Al Maklum la kita ni kan spesis manusia yang busy & body kita ni kan sentiasa di perlukan untuk buat kerja kerja lebih penting tu terabai sikit blog sekarang. Di tambah dengan adanya si hud brown ni. Kadang kadang cuci baju hari ni esok baru ampai hahahahaha.. Tu surirumah.. Bayangkan wanita bekerja ni. Mana nak urus rumahtangga, nak bekerja.. memang masa sangat sangat limited. Semua benda termasuk memasak kena cepat. Dia tak boleh nak masak odah style sangat.. sambil masak sambil merakam lepas tu mencarut tak henti henti hahahaha. Orang sibuk ni setiap minit dia sangat la berharga. Sebab tu la sekarang ada macam macam jenis produk di ciptkan untuk memudahkan urusan manusia termasuk la memasak. So hari ni atas keprihatinan saya nak share dengan hangpa yang memang hidup hari hari nak kentut pun tak dan katanya untuk dapat maka...

INILAH MITOS BILA PRODUK KOSMETIK DI HARAMKAN KKM

Image
INILAH MITOS BILA PRODUK KOSMETIK DI HARAMKAN KKM . Orang melayu dengan mitos/cerita dongeng ni memang tak boleh di pisahkan. Bukan berlaku di zaman dahulukala jer.. Sampai dah pertengahan tahun 2019 pun masih wujud mitos & yang pelik tu ramai sungguh percaya dengan mitos ni. Tahun depan dah 2020.. Gamaknya bila depa nak mulakan anjakan pardigma yer? Mitos ni di cipta manusia untuk sesuatu perkara yang depa rasa kalau di beritahu tentang kebenaran orang taknak ikut & takkan percaya jadi cara mudah nak orang ikut & percaya.. adalah mereka cerita yang tak ada tapi dengan cara yang nampak benar. Senang faham menipu la. Adoi.. apa susah sangat nak explain tak tau. Mitos adalah penipuan sebab Mitos tak ada fakta & bukti. Simple. Macam tu juga dengan fenomena yang berlaku dengan lambakan produk kosmetik jenama tempatan yang sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan atas taik lembu. Bukan main subur je.. sana sini semua jadi founder product dah. Budak sekolah pun sekarang dah a...

TIADA HAD LAJU DI TETAPKAN UNTUK AMBULAN KETIKA KECEMASAN

Image
TIADA HAD LAJU DI TETAPKAN UNTUK AMBULAN KETIKA KECEMASAN . Semenjak ada baby hud ni kan.. kadang kadang lambat sikit membawa isu isu terkini & viral kat sosial media. Orang nampak macam 24jam online padahal kadang2 bukan FB 5 minit update posting lepas tu menyibuk buat kerja lain. Hud pulak tengah fasa fasa nak membesar ni.. Demand nak layan.. nak dukung bagai la. Pepagi lepas budak shahila pergi sekolah memang saya ambil masa sekejab scroll social media baca berita berita terkini & viral. Pagi ni nampaknya isu ambulan tengah hot juga di perkatakan bila semalam sebuah ambulan yang membawa pesakit kemalangan & menyebabkan pemandu & pesakit tersebut meninggal dunia. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Macam biasa akan muncul komen komen sang kancil yang konon macam bijak mempertikaikan itu ini.. Salah satu komen mempertikaikan ambulan yang laju ketika membawa pesakit yang tak kritikal katanya. So kat sini dia macam nak salahka...