Posts

JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

Image
JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR .Sapa tak suka makan? Semua orang suka makan. Sebab makan ni selain untuk hidup.. Kadang kadang jadi satu terapi kepada stress. Bila dapat makanan sedap kita jadi happy. Berbanding kalau lapar.. Moody, lemau.. semua ada la. Sebab tu kalau kita melancong atau melawat kemana mana tempat salah satu aktiviti yang kita akan buat adalah memburu makan sedap di tempat tu. Tipu la.. korang kemana mana tak cari port makanan sedap kan? Saya pun sama. Di tambah lagi ada pasangan yang memang suka la jadi food hunter. kadang kadang sanggup drive ber jam jam semata mata nak ke destinasi makanan yang di katakan sedap tu. Nak nak lagi kat Malaysia ni.. Antara salah satu negara yang boleh di kategorikan sebagai syurga makanan juga la. Nak makan apa semua boleh cari dalam Malaysia ni ok. Kalau kat area KL ni korang nak jalan jalan cari makan.. ada beberapa restoran & tempat makan yang agak best korang boleh try. Antaranya Restoran Murni Discovery ...

GOLDEN KANAFEH DENGAN CHEESE BOLEH TARIK SAMPAI KE HATI

Image
GOLDEN KANAFEH DENGAN CHEESE BOLEH TARIK SAMPAI KE HATI . Sejak mengandung anak kedua, saya dapati saya suka makan benda benda manis. Sampai la anak kedua saya sekarang dah umur setahun. Saya masih suka makan benda benda manis. Kalau dulu ice cream, kek  semua tu bukan la favorite saya walaupun saya makan juga tapi tak gemar sangat la. Mula mula ingat biasa la pregnant selera jadi berubah tapi ni produk dah keluar pun still masih suka. Termasuk la makanan ber cheese ni. Dulu bukan kata tak makan tapi kurang mengemari kalau yang jenis creamy bagai. Di sebabkan saya jadi craving dengan makanan manis ni.. Memang setiap hari ada je benda manis saya akan makan. Paling paling pun ice cream tak pun minum milo campur creamer pekat manis. Tetap kena ada yang manis manis setiap hari. Maybe faktor saya fully breastfeed kot. Saya pun tak tahu kenapa.. Dan tak payah fikir sangat la kan. Baru baru ni saya di beri peluang cuba manisan arab yang boleh kata tengah in trend sekarang ni. Sebelum ...

ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA

Image
ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA . Rasanya ramai yang kenal dengan makeup artist (MUA) Bella ni. Selalu buat live tutorial makeup dengan loghat utara dia yang pekat. Selain pandai bercoleteh & dapat bercakap berjam jam tanpa henti & kering idea.. Makeup makeup dari bella ni tak di nafikan semua cantik. Buat la look apapun menjadi saja. Di tambah dengan sifat dia yang peramah & low profile tu bertambah la populariti dia di media sosial. Baru baru ni Bella berkongsi kebahagian selepas melahirkan anak yang berapa tak pasti. Tapi Kira newborn dari bella la. Alhamdulillah Bella dapat baby boy yang putih gebu & bermata hazel (mengikut dari pandangan mata den nampak macam hazel. Kalau salah mohon betulkan. Apapun warna mata dia memang nampak cantik, unik & berbeza dari ibu ayah & adik beradik dia la). Walaupun mungkin jadi satu keunikan sebab maybe bella dengan suami bukan la memiliki warna mata seperti tu....

RESEPI KUIH CARA BERLAUK SAMBAL BILIS CRISPY MIZA

Image
RESEPI KUIH CARA BERLAUK SAMBAL BILIS CRISPY MIZA . Kuih cara ni salah satu kuih tradisional juga. Ada dua jenis kuih cara.. Cara manis dan cara berlauk. tak tau la kenapa nama dia kuih cara. Cara tu membawa maksud apa tak pasti. Tapi bukan tu yang den nak cerita. Biarlah kat mana atau macam mana asal usul nama kuih cara.. Nanti next entri kalau ada rezeki kita sembang sembang sejarah kuih cara yer. Entri ni saja la nak share resepi kuih muih yang mudah lagi di permudahkan katanya. Actually kuih cara ni memang kuih yang senang nak buat. Bahan bahan dia pun tak rumit & cara masak dia pun tak susah. Tapi Almaklum la kan.. Zaman sekarang semua orang kalau boleh nak cepat. Semua nak instant. Kalau makan pun pakai niat je terus ada dalam mulut. Kunyah kunyah telan je. Sebab gaya hidup orang sekarang semua nak cepat sedang elok la den share resepi ni. Totally sangat sangat mudah. Orang kata masak sambil berjoget pun boleh.  Jom kita buat kuih cara berlauk sambal bilis crispy ...

SUGU PAVITHRA AMBIL KEPUTUSAN BERSARA DARI YOUTUBE

Image
SUGU PAVITHRA AMBIL KEPUTUSAN BERSARA DARI YOUTUBE . Amboi! lama kan blog lekatlekit ni tak mengupas kupis & kopek dengan rakusnya isu isu semasa ni. Tapi bukan bermakna tak ikuti perkembangan yang berlaku. Of course la pengamal media sosial tegar tahu apa yang berlaku.. apa yang sedang viral cuma sekarang ni den ambil pendekatan untuk jadi cctv je bagi sesetengah isu. Tengok pada isu juga la kalau den rasa sesuai untuk den jadi pengulas tak bertauliah den buat la. Rasanya Isu youtuber masakan terkenal yang menggunakan nama komersial Sugu Pavithra ramai yang dah tahu. So malas la nak tulis apa yang bersifat mengaibkan tu. Biasa la dugaan bila di puncak kejayaan ni. macam macam yang datang. Lumrah berumahtangga ada pasang surutnya. Begitu juga berlaku kepada pasangan youtuber masakan ni. Bab masalah depa tu biarlah depa uruskan. Kita nak bagi pandangan lebih lebih pun kita hanya tahu apa yang di laporkan media. Selebihnya mereka lebih tahu. so biar mereka selesaikan dengan cara...

MUKA MERIAH DENGAN JERAWAT BOLEH CUBA HOOLA WATER CREAM

Image
MUKA MERIAH DENGAN JERAWAT BOLEH CUBA HOOLA WATER CREAM . Rasanya lama sangat tak tulis pasal skincare kan? Tak buat artikel pasal skincare tak bermakna tak guna apa apa skincare. gila apa tak guna skincare. mau berdaki la muka.. ye dak? nak nak jenis suka makeup memang skincare benda wajib kena guna. Selain memastikan kulit bersih.. Skincare ni bertujuan merawat masalah kulit atau mengekalkan kesihatan kulit. Jadi.. di sebabkan dah lama tak cerita ceriti pasal skincare ni.. jadi meh la kita membawang sepatah dua kata pasal satu local skincare ni. Almaklum la saya kan ada sejarah hitam dengan local skincare. tapi kerana sejarah hitam tu saya rasa bagai di beri satu hidayah untuk terus menulis awareness pasal produk ni. tak ada satu pun perkara yang sia sia. Allah menguji kita semua dalam kadar kemampuan kita. kadang kadang hikmah tu datang bersama Ujian yang berat. Even ada sejarah hitam dengan local skincare.. Saya tak berdendam atau bermusuh dengan local skincare yang bagus, sela...

MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI

Image
MISTERI HILANGNYA GANGGUAN BUNYI GULI, SERET PERABOT & TAPAK KAKI . Lama juga rasanya tak berseram serik lekatlekit kan? Mesti ramai yang rindu. Sorry la tak sempat nak memburu hantu sejak dua tiga tahun ni. Malas la nak sebut kenapa.. nanti di katanya cuba mengungkit kisah yang lalu. Biarlah kisah hitam itu jadi sejarah dalam hidup den ni. Tapi tu la.. sebab terlampau busy dengan masalah duniawi yang melanda hidup den sejak tiga empat tahun ni den macam tak perasan pulak sesuatu yang lama menghantui rumah den ni tiba tiba senyap sunyi sepi basi dah. Sejak bila pun tak perasan. Tup tup sedar sedar.. kemana semua bunyi bunyi misteri yang tiada jawapan selama ni hilang? Si pembuat bunyi tu dah kemana gamaknya? Alkisah sejak tinggal di rumah ni, actually saya tinggal dari bujang. Di sebabkan menyewa sorang sorang, kadar sewa yang murah selepas kawen kami decide terus tinggal kat sini sampai sekarang. Lagipun rumah sewa tak apa duduk rumah yang kadar sewa tak membebankan. Ada ...