Posts

PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM

Image
PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH  MALAM . tengah kecoh kat beberapa buah negeri di ganggu dengan misteri pintu rumah di ketuk waktu tengah malam. Ada terbaca di facebook, rakan dalam friendlist den pun ada terkena. Bagi yang belum terkena mungkin boleh dok troll atau buat lawak lagi tapi bagi yang dah melalui pengalaman tu dah tak lawak dah. Ketuk macam nak roboh pintu alih alih tak ada orang. Mau tak merinding rinding Ooi bulu roma ku katanya. Sampai sekarang misteri ketuk pintu tu tak terungkai. Tapi banyak juga spekulasi yang mengaitkan dengan wujud unsur aktiviti khurafat sehingga menyebabkan gangguan mistik ni. Cuma tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi sebelum viral kes ketuk ketuk pintu ni den pun pernah ada pengalaman yang sama. Erkk.. bukan ada ada kan cerita tapi memang pernah berlaku. Cerita ni berlaku nak kata lama sangat tak la. Dalam tahun ni juga tapi sebelum kecoh pasal gangguan ketuk ketuk ni. Berlaku waktu tengah malam. Time tu kami sekeluarga memang dah t...

KENAPA TAK BOLEH TEBUS FREE SHIPPING DI SHOPEE WALAU DAH CLAIM VOUCHER?

Image
KENAPA TAK BOLEH TEBUS FREE SHIPPING DI SHOPEE WALAU DAH CLAIM VOUCHER?   Pening juga aku nak cari tajuk untuk entri ni. Sebab penulisan kat blog den seperti semua sedia maklum memang tak formal so kena cari ayat yang boleh buat semua orang faham. Yelah.. tak semua orang mudah faham dengan bahasa formal kadang kadang kena guna penulisan santai untuk bagi penjelasan supaya golongan macam ni lebih faham. Tapi tu la.. masalahnya kadang susah juga nak tulis dalam cara santai even selalunya senang. kekekeke Selalu den terbaca pertanyaan atau persoalan customer/buyer shopee di group group FB.. Tanya kenapa tak boleh redeem free shipping even dah claim voucher. Bukan salah shopee pun sebenarnya. Tapi benda ni berlaku adalah dari salah faham dari pihak pembeli yang mungkin baru berjinak jinak dengan pembelian online sejak negara menyambut hari PKP/PKPP/PKPB/PKPD. Ikut saranan Majlis keselamatan negara (MKN) untuk duduk rumah jika tiada keperluan penting untuk keluar & membeli secara at...

1 DISEMBER 2020 DATO SITI NURHALIZA UMUM HAMIL LAGI

Image
  1 DISEMBER 2020 DATO SITI NURHALIZA UMUM HAMIL LAGI . ada juga terbaca spekulasi sebelum ni katanya nampak dalam gambar yang di kongsikan penyanyi nombor 1 Malaysia dato situ nurhaliza nampak baby bump. Tapi tiada kenyataan atau pengakuan dari Dato siti sebelum ni samada dia hamil atau apa kan? Den ni baca je la. Nak kata excited sangat nak tahu samada Dato Siti mengandung atau tak.. Tak la sangat. Tapi hari ni terbaca kat Fanpage FB Dato siti yang membuat kenyataan bahawa memang dia sedang hamil 4 Bulan.. eh eh tetiba aku pulak jadi excited nak tulis kan blog. Dasar blogger bawang kan? Apapun Tahniah Dato Siti Nurhaliza atas kehamilan anak kedua. Semoga di beri kesihatan yang baik.. sepanjang kehamilan sehinggalah di lahirkan. Semoga semuanya selamat yer Dato siti. Si cilik Aafiyah tak lama lagi dah naik pangkat. Dapat title kakak la kan.. Dato Siti even dah cecah usia 40an.. Masih ada rezeki untuk mengandung hangpa yang masih muda tu jangan berputus asa yer. Dato siti pun dulu ...

SIAPA YANG PERLU BAYAR ATAU TIDAK BILA BUAT UJIAN COVID-19 DI HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN.

Image
SIAPA YANG PERLU BAYAR ATAU TIDAK BILA BUAT UJIAN COVID-19 DI HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN .. Pepagi terbaca posting di facebook Page kementerian kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan bayaran yang di kenakan untuk ujian pengesahan covid-19 di fasiliti kerajaan. Baca komen.. Allahu banyak maknosia yang tak faham. Mula la depa dengan teori harga yahoodi, konspirasi nak kaut untung bla.. bla... etc.. Ada sejenis manusia yang malas baca terus jatuh hukum. Ada manusia dia baca tapi dia tak faham dia buat kesimpulan sendiri. Ada yang baca tapi dia susah nak faham bahasa formal ni.. Pun dia faham dengan cara dia sendiri dan menyebabkan berlakulah salah faham. Fungsi blog lekatlekit ni adalah menulis semula fakta yang orang maybe tak faham bila di sampaikan dalam bahasa formal/rasmi ni. Memang ada yang mudah faham bila kita menulis santai, bahasa pasar.. So kena ada juga individu yang jadi translator macam den. Kuikuikui.. Bukan semua individu yang nak buat test covid-19 ni di kenakan bayaran. Ada i...

MISTERI GAMBAR HILANG SELEPAS SELFIE DALAM TANDAS, ANTARA KISAH SERAM WARGANET

Image
MISTERI GAMBAR HILANG SELEPAS SELFIE DALAM TANDAS, ANTARA KISAH SERAM WARGANET . Rindu ke tu nak di momokan dengan kisah seram kat blog lekatlekit? Mesti rindu kan... Haters pun rindu juga tu nak kritik penulisan cerita seram kat blog lekat lekit ni tapi tu la tak ada pula koleksi baru depa nak di kecam kan? Bila la gamaknya blogger lekat lekit nak bagi bahan baru untuk di kecam ni. Yer.. jangan sesedih. Ada dah ni bahan seram untuk korang baca tak kira baca untuk hiburan atau nak kecam. Almaklum la den sangat prihatin tak kira followers ataupun haters. Semua den sayang. Den bahagi kasih seadilnya gitu. Semalam saja buat survey.. erk.. buat post minta friends kat FB share apa kisah seram yang pernah berlaku dalam hidup mereka berkaitan gangguan mistik & makhluk halus ni. Macam biasa macam macam cerita dok ada. Yang loyar pun ramai jugak. Takpa.. Biasa la kengkawan kan. Macam tu la perangai. Susah nak serius. Cuba jadi pontianak sikit jarang buat lawak even dia gelak pun tetap seriu...

CARA UNTUK REPORT VIDEO TAK SENONOH DI APLIKASI TIKTOK

Image
  CARA UNTUK REPORT VIDEO TAK SENONOH DI APLIKASI TIKTOK . Tiktok antara aplikasi yang tengah trending sekarang. Tapi beberapa negara dah mula menyekat aplikasi. Yelah.. banyak keburukan dari kebaikan kat Tiktok ni. Silap pilih apa yang anda tonton mungkin boleh mempengaruhi anda melakukan benda tak bermoral. Pun begitu banyak juga benda bermanafaat di kongsikan di Tiktok.. sebab tu den pun ada account tiktok tapi account den setakat ni private. Tidak menerima sebarang permintaan untuk di follow. Saja nak guna aplikasi tu untuk edit video je sebab effect dia best best & mudah nak guna. Bila kita dah ada benda tu secara tak langsung kita akan tertengok juga video video yang kurang bermoral atau senang cakap tak senonoh. Sebab akan keluar pada FYP even kita tak follow pun. Mana mana video tengah trending tak kira yang kurang bermoral akan keluar juga kat feeds kita. Memang sakit mata juga la kan.. Kau maki pun jenis manusia macam tu dia cuma nak viral. Memang apa dia buat nak men...

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN..

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN. . Kecoh pasal seorang youtuber yang berjaya meraih kutipan yang memberangsangkan untuk filem pertama dia. Actually saya tak tengok filem tu sebab saya tak melanggan astro. Kalau saya langgan astro pun saya tak pasti saya akan beli filem tu untuk menonton. Kat youtube pun saya tak follow drama drama spontan dari video yang di hasilkan bersama 2 pelakon dari golongan istimewa. Tak juga saya memandang rendah pada kemampuan golongan istimewa berlakon sedangkan saya pun ada anak istimewa juga. Dulu saya banyak buat review filem filem seram yang saya beli sendiri DVD (original) & Tonton. Kalau yang selalu baca review filem di blog saya mesti perasan saya banyak kritik filem metrowealth. Totally memang jenis filem asal siap. Pelaris dia biasa la pelakon cantik & hensem even macam tiang letrik baca dialog pun tak apa. Sebab David Teo ni orang bisnes. So apa di hasilkan semua mesti untuk keuntungan. Berbeza dengan orang seni. Depa hasilkan seni. Contoh m...