Posts

TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI

Image
TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI . Orang asia ni memang suka makan makanan pedas & bercili. Kat mana mana negara asia pun macam tu. Mungkin sebab turun temurun di dedahkan makanan pedas kan so lidah tu dah terbiasa. Ada orang kalau tak ada rasa pedas dalam menu dia makan dia jadi hilang selera makan. Dia mesti nak kena gigit juga cili bagi ada rasa pedas tu. Ada orang terlalu obses dengan makanan pedas sampai cili tu dia buat ulam cicah pulak dengan sambal. Tu memang spesis nak cari penyakit la makan macam tu.  Antara menu jenis masakan sambal yang ada kat malaysia ni salah satunya sambal hitam pahang. Memang antara sambal yang tengah In trend katanya. Lebih lebih lagi sekarang ni di jual secara online. Lagi mudah la sesiapa sahaja nak dapatkan. Kalau yang rajin boleh masak sendiri tapi nak masak sendiri ni walau penggunaan bahan bahan dia tak banyak tapi cara pembuatan dia amatnya renyah bak kata orang kedah. Maknanya agak susah & perlukan masa yang lama...

VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG

Image
VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG . Banyak negara terjejas ekonomi akibat pandemik virus covid19 ni termasuklah negara negara asia. Keterbatasan pergerakan membuatkan banyak aktiviti harian terjejas. Terutama aktiviti yang melibatkan pekerjaan. Ada juga di berhentikan perkhidmatan terpaksa mencari pekerjaan atau insentif lain untuk di jadikan sumber pendapatan. Ada yang mula berjinak jinak berniaga secara kecil kecilan menggunakan platform media sosial. Bila dah ramai pilih berniaga so persaingan pun banyak. So kena kreatif la buat marketing untuk pasarkan produk tu. Tak boleh dah market cara biasa. Kena cari kaedah yang mampu ketengahkan produk jualan tu. Maka macam macam la idea marketing dibuat. Ada yang menjijikan, ada yang memalukan, ada yang kreatif & ada yang kelakar. Tak kisahlah bagaimana cara anda nak pasarkan produk jualan anda tu tapi gunalah marketing yang baik & tidak mengundang kontroversi dan kecaman netizen. Tak perlu sampai menjual maruah semata mata ...

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

Image
AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen. Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value. Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu. Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia. Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyen...

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

Image
DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA . Pagi ni terbaca satu perkhabaran sedih. Pemergian seorang pelakon & pelawak vateran Dato Jamali Shadat telah pulang kerahmatullah. Innalillahhiwainnalillahhirojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Dato Jamali Shadat atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga roh beliau di ampuni dosa dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman & beramal soleh. Bagi generasi baru mungkin kurang mengenali penghibur terkenal satu masa dahulu ini. Sedikit tentang Dato Jamali Shadat Dato'  Jamali Shadat  atau nama penuhnya  Jamali bin Shadat , merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini. Malaysia kehilangan seorang lagi bintang yang sangat berharga. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah un...

DAH JADI JENAZAH PUN TETAP TAK BAGI

Image
DAH JADI JENAZAH PUN TETAP TAK BAGI . Minggu ni kecoh isu berkaitan seorang kanak kanak yang di panggil Amir meninggal dunia akibat lemas dalam tong air. Itu dakwaan pihak ibu kandung & bapa tiri arwah. Tapi di percayai ada unsur penderaan bila di lihat dari kesan kesan luka pada fizikal mangsa. Setakat ni masih dalam siasatan & keputusan bedah siasat pun belum keluar. So, kita tak perlu buat spekulasi apa apa dulu. 3 bulan lepas pernah viral satu video sedih yang memaparkan babak babak sedih adik amir yang terpaksa berpisah dengan keluarga angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan hingga 5 tahun. Selepas 3 bulan bersama ibu kandung & bapa tiri sekali lagi rakyat malaysia menerima khabar duka kematian adik amir yang di syaki di dera. Ibu kandung & bapa tiri adik amir sekarang masih di tahan untuk siasatan. Bayangkan perasaan keluarga angkat adik Amir terutama ibu angkatnya bila menerima perkhabaran macam tu. Hancur luluh hati. Tak kira la ibu angkat pun.. kalau kit...

RENTAS NEGERI PUNCA ZON HIJAU DI KENAKAN PKP

Image
RENTAS NEGERI PUNCA ZON HIJAU DI KENAKAN PKP . Assalammualaikum. Salam pagi minggu yang tak ada bezanya dengan hari hari biasa. Biasa la berada di negeri zon merah.. 24jam.. 7 hari seminggu hanya berkurung dalam rumah la dengan anak anak bila tak ada urusan penting untuk keluar. Sampaikan budak shahila sampai dah enjoy duduk dalam rumah. Dah tak minta nak keluar. Yang penting adakan barang barang yang dia minat untuk beraktiviti.  Melihat statistik kes yang masih empat angka.. sepanjang dua hari lepas masing masing dah melepasi angka lima ribu kes harian. Dah tak nampak bayang kes akan turun dalam masa sebulan dua ni. Kena buat persediaan yang mungkin kita akan lebih lama terpaksa had kan pergerakan. PdPR pun mungkin akan berlarutan dengan lebih panjang. So kalau ada bajet.. belilah gadget gadget untuk membolehkan anak anak kita meneruskan PdPR.  Semua berlaku bila kita di beri kelonggaran untuk bergerak. Sempadan negeri di buka maka berpusu pusu orang mengambil kesempatan unt...

PILIH SEDAP ATAU BMF?

Image
PILIH SEDAP ATAU BMF? Kecoh sejak  isu pasal susu jenam farm fresh kononnya kata netizen kantoi sebab sebenarnya bukan jenama milik syarikat melayu muslim. So ada yang rasa tertipu.. Walhal mungkin bukan tipu cuma salah faham masyarakat yang kurang pengetahuan atau sebelum ni kurang ambil tahu.  Den tak nak la komen pasal isu tu sebab tak sempat study lagi pasal tu. Cuma baca gitu gitu je yang viral yang media sosial. Cuma nak mengupas kupis & kopek isu pilih produk BMF atau produk yang sedap . Bila ia melibatkan produk makanan ni.. mestilah rasa tu main peranan penting untuk orang pilih membeli produk kita. Tapi sebagai seorang beragama Islam..selain rasa antara kriteria lain kita akan tengok adalah dari sudut kehalalan, kebersihan & keselamatan. Dah lulus tiga kriteria tu baru kita pilih rasa. Dan kalau empat empat perkara tu cemerlang baru kita beli. Ye dak? Kita takkan beli produk even 'BMF' (buy muslim first) kalau tak sedap apatah lagi kalau ada isu k...