Posts

PERLUKAN ANJING JAGA KEBUN, LADANG & TEMPAT PENTERNAKAN HUBUNGI ABANG KUCING

Image
PERLUKAN ANJING JAGA KEBUN, LADANG & TEMPAT PENTERNAKAN HUBUNGI ABANG KUCING . Panjang tajuk entri tu. Bukan apa orang sekarang suka baca tajuk je. Kalau boleh den nak tulis entri terus kat tajuk baru orang jelas isu yang di sampaikan. Untuk elak timbul spekulasi & fitnah. Tapi tu la.. ruangan tajuk tu kalau tulis panjang panjang pun satgi yang keluar pendek je. Dua tiga hari ni dok baca isu pemindahan pusat perlindungan haiwan (anjing & kucing) Pak Mie Shelter yang menjadi kontroversi bila pihak penduduk setempat tidak bersetuju tempat yang di sewakan oleh ustaz ebit liew untuk di jadikan penempatan baru Pak Mie shelter.  Tak nak la komen apa apa sangat isu tu. Jadi serba salah. Bila ada shelter persendirian macam Pak Mie Shelter yang niatnya kita tahu baik. Memberi perlindungan pada haiwan terbiar. Tapi tu la.. Haiwan terbiar ni akan semakin bertambah & berapa banyak pun shelter di tubuhkan akan sentiasa penuh. Semua berlaku adalah di sebabkan perangai...

INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL

Image
INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL . Dua hari ni viral satu berita berkenaan seorang wanita yang bekerja di Australia meninggal dunia akibat kemalangan. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhammah. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.  Bila viral isu isu macam ni banyak perkara kita dapat belajar antara sunnah mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal walaupun bukan di tempat kelahirannya. Ikut tuntutan sunah Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan. Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu,...

TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI

Image
TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI . Orang asia ni memang suka makan makanan pedas & bercili. Kat mana mana negara asia pun macam tu. Mungkin sebab turun temurun di dedahkan makanan pedas kan so lidah tu dah terbiasa. Ada orang kalau tak ada rasa pedas dalam menu dia makan dia jadi hilang selera makan. Dia mesti nak kena gigit juga cili bagi ada rasa pedas tu. Ada orang terlalu obses dengan makanan pedas sampai cili tu dia buat ulam cicah pulak dengan sambal. Tu memang spesis nak cari penyakit la makan macam tu.  Antara menu jenis masakan sambal yang ada kat malaysia ni salah satunya sambal hitam pahang. Memang antara sambal yang tengah In trend katanya. Lebih lebih lagi sekarang ni di jual secara online. Lagi mudah la sesiapa sahaja nak dapatkan. Kalau yang rajin boleh masak sendiri tapi nak masak sendiri ni walau penggunaan bahan bahan dia tak banyak tapi cara pembuatan dia amatnya renyah bak kata orang kedah. Maknanya agak susah & perlukan masa yang lama...

VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG

Image
VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG . Banyak negara terjejas ekonomi akibat pandemik virus covid19 ni termasuklah negara negara asia. Keterbatasan pergerakan membuatkan banyak aktiviti harian terjejas. Terutama aktiviti yang melibatkan pekerjaan. Ada juga di berhentikan perkhidmatan terpaksa mencari pekerjaan atau insentif lain untuk di jadikan sumber pendapatan. Ada yang mula berjinak jinak berniaga secara kecil kecilan menggunakan platform media sosial. Bila dah ramai pilih berniaga so persaingan pun banyak. So kena kreatif la buat marketing untuk pasarkan produk tu. Tak boleh dah market cara biasa. Kena cari kaedah yang mampu ketengahkan produk jualan tu. Maka macam macam la idea marketing dibuat. Ada yang menjijikan, ada yang memalukan, ada yang kreatif & ada yang kelakar. Tak kisahlah bagaimana cara anda nak pasarkan produk jualan anda tu tapi gunalah marketing yang baik & tidak mengundang kontroversi dan kecaman netizen. Tak perlu sampai menjual maruah semata mata ...

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

Image
AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen. Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value. Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu. Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia. Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyen...

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

Image
DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA . Pagi ni terbaca satu perkhabaran sedih. Pemergian seorang pelakon & pelawak vateran Dato Jamali Shadat telah pulang kerahmatullah. Innalillahhiwainnalillahhirojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Dato Jamali Shadat atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga roh beliau di ampuni dosa dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman & beramal soleh. Bagi generasi baru mungkin kurang mengenali penghibur terkenal satu masa dahulu ini. Sedikit tentang Dato Jamali Shadat Dato'  Jamali Shadat  atau nama penuhnya  Jamali bin Shadat , merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini. Malaysia kehilangan seorang lagi bintang yang sangat berharga. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah un...

DAH JADI JENAZAH PUN TETAP TAK BAGI

Image
DAH JADI JENAZAH PUN TETAP TAK BAGI . Minggu ni kecoh isu berkaitan seorang kanak kanak yang di panggil Amir meninggal dunia akibat lemas dalam tong air. Itu dakwaan pihak ibu kandung & bapa tiri arwah. Tapi di percayai ada unsur penderaan bila di lihat dari kesan kesan luka pada fizikal mangsa. Setakat ni masih dalam siasatan & keputusan bedah siasat pun belum keluar. So, kita tak perlu buat spekulasi apa apa dulu. 3 bulan lepas pernah viral satu video sedih yang memaparkan babak babak sedih adik amir yang terpaksa berpisah dengan keluarga angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan hingga 5 tahun. Selepas 3 bulan bersama ibu kandung & bapa tiri sekali lagi rakyat malaysia menerima khabar duka kematian adik amir yang di syaki di dera. Ibu kandung & bapa tiri adik amir sekarang masih di tahan untuk siasatan. Bayangkan perasaan keluarga angkat adik Amir terutama ibu angkatnya bila menerima perkhabaran macam tu. Hancur luluh hati. Tak kira la ibu angkat pun.. kalau kit...