Posts

DISEBALIK NAMA SAJJAD..

Image
DISEBALIK NAMA SAJJAD.. Setiap anak yang di lahirkan pasti ibu bapa la paling teruja untuk memberi nama kepada zuriat mereka. Ada yang mengabungkan nama suami isteri lalu di abadikan dalam nama anak, ada yang memberi nama yang membawa maksud tertentu dan ada juga pilih nama ikut sedap tekak je.  Tak kisah apapun nama yang di pilih dari bahasa atau kaum apa asalkan ia membawa makna yang baik supaya setiap kali di sebut moga menjadi doa yang baik keatas pemilik nama tersebut. Kat Malaysia sekarang tengan panas isu berkaitan individu yang bernama Muhammad Sajjad. Walaupun popular di Malaysia dengan isu isu panas tapi jarang dengar ibu bapa menamakan anak mereka bersempena nama sajjad kan? Berbanding Aafiyah anak Dato Siti Nurhaliza agak trending juga bila ramai mula menamakan anak anak masing masing dengan nama yang sama. Tapi kenapa nama Sajjad yang popular tak pula di jadikan inspirasi untuk mana mana ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama Sajjad yer? Walaupun individu tersebut...

BENARKAH PEMBAYARAN MELALUI SHOPEEPAY SALAH SATU TAKTIK SUPAYA PELANGGAN SENTIASA MEMBELI KERANA TIDAK BOLEH KELUARAN BAKI?

Image
BENARKAH PEMBAYARAN MELALUI SHOPEEPAY SALAH SATU TAKTIK SUPAYA PELANGGAN SENTIASA MEMBELI KERANA TIDAK BOLEH KELUARAN BAKI? Ni salah satu entri pening untuk saya mencari tajuk yang ringkas, sesuai & di fahami. Nak kena masuk kelas penulisan untuk tingkatkan kemahiran & idea menulis dah lepas ni gamaknya. Makin hari makin tepu pulak. Tak macam dulu..Ada topik je laju je boleh menaip panjang lebar. Bukan apa terbaca satu komen di group yang bertanyakan kenapa kebanyakan voucher free shipping di shopee hanya untuk pembayaran melalui shopeepay. Terjumpa la komen yang bagi saya spekulasi dia semata mata. Komen dia seperti di bawah.. tak payah la nak taip semula kan. Kita ss sahaja. Saya rasa pendapat dia salah. Sebab saya antara pembeli tegar di shopee yang menggunakan kaedah pembayaran melalui shopeepay untuk mendapat kelebihan macam free shipping tu la. Biasanya saya akan topup cukup cukup jumlah yang perlu saya bayar je. Jarang sangat la saya nak tambah n...

PERLUKAN ANJING JAGA KEBUN, LADANG & TEMPAT PENTERNAKAN HUBUNGI ABANG KUCING

Image
PERLUKAN ANJING JAGA KEBUN, LADANG & TEMPAT PENTERNAKAN HUBUNGI ABANG KUCING . Panjang tajuk entri tu. Bukan apa orang sekarang suka baca tajuk je. Kalau boleh den nak tulis entri terus kat tajuk baru orang jelas isu yang di sampaikan. Untuk elak timbul spekulasi & fitnah. Tapi tu la.. ruangan tajuk tu kalau tulis panjang panjang pun satgi yang keluar pendek je. Dua tiga hari ni dok baca isu pemindahan pusat perlindungan haiwan (anjing & kucing) Pak Mie Shelter yang menjadi kontroversi bila pihak penduduk setempat tidak bersetuju tempat yang di sewakan oleh ustaz ebit liew untuk di jadikan penempatan baru Pak Mie shelter.  Tak nak la komen apa apa sangat isu tu. Jadi serba salah. Bila ada shelter persendirian macam Pak Mie Shelter yang niatnya kita tahu baik. Memberi perlindungan pada haiwan terbiar. Tapi tu la.. Haiwan terbiar ni akan semakin bertambah & berapa banyak pun shelter di tubuhkan akan sentiasa penuh. Semua berlaku adalah di sebabkan perangai...

INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL

Image
INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL . Dua hari ni viral satu berita berkenaan seorang wanita yang bekerja di Australia meninggal dunia akibat kemalangan. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhammah. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.  Bila viral isu isu macam ni banyak perkara kita dapat belajar antara sunnah mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal walaupun bukan di tempat kelahirannya. Ikut tuntutan sunah Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan. Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu,...

TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI

Image
TUMBUK TUMBUK JADI SAMBAL PAHANG OSHMI . Orang asia ni memang suka makan makanan pedas & bercili. Kat mana mana negara asia pun macam tu. Mungkin sebab turun temurun di dedahkan makanan pedas kan so lidah tu dah terbiasa. Ada orang kalau tak ada rasa pedas dalam menu dia makan dia jadi hilang selera makan. Dia mesti nak kena gigit juga cili bagi ada rasa pedas tu. Ada orang terlalu obses dengan makanan pedas sampai cili tu dia buat ulam cicah pulak dengan sambal. Tu memang spesis nak cari penyakit la makan macam tu.  Antara menu jenis masakan sambal yang ada kat malaysia ni salah satunya sambal hitam pahang. Memang antara sambal yang tengah In trend katanya. Lebih lebih lagi sekarang ni di jual secara online. Lagi mudah la sesiapa sahaja nak dapatkan. Kalau yang rajin boleh masak sendiri tapi nak masak sendiri ni walau penggunaan bahan bahan dia tak banyak tapi cara pembuatan dia amatnya renyah bak kata orang kedah. Maknanya agak susah & perlukan masa yang lama...

VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG

Image
VIDEO HANTU PENANGGAL JUAL BEG . Banyak negara terjejas ekonomi akibat pandemik virus covid19 ni termasuklah negara negara asia. Keterbatasan pergerakan membuatkan banyak aktiviti harian terjejas. Terutama aktiviti yang melibatkan pekerjaan. Ada juga di berhentikan perkhidmatan terpaksa mencari pekerjaan atau insentif lain untuk di jadikan sumber pendapatan. Ada yang mula berjinak jinak berniaga secara kecil kecilan menggunakan platform media sosial. Bila dah ramai pilih berniaga so persaingan pun banyak. So kena kreatif la buat marketing untuk pasarkan produk tu. Tak boleh dah market cara biasa. Kena cari kaedah yang mampu ketengahkan produk jualan tu. Maka macam macam la idea marketing dibuat. Ada yang menjijikan, ada yang memalukan, ada yang kreatif & ada yang kelakar. Tak kisahlah bagaimana cara anda nak pasarkan produk jualan anda tu tapi gunalah marketing yang baik & tidak mengundang kontroversi dan kecaman netizen. Tak perlu sampai menjual maruah semata mata ...

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

Image
AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen. Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value. Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu. Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia. Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyen...