Posts

MAKSUD GELARAN 'NEGRO' SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU

Image
MAKSUD GELARAN 'NEGRO' SEBENAR YANG RAMAI TIDAK TAHU Assalammualaikum.. salam sejahtera.. salam satu Malaysia. Gitu.. ala kak ton katanya. Apakehelnya tetiba mukadimah lain macam. Tebiat nak meninggal ke? Idok ler.. sesaja la bertukar angin sikit. Bukan apa nak bagi banyak patah perkataan boleh tulis dalam entri ni. Idok ler senapas je kome bac udah habis ceritanya. Panjang sikit karangan lama sikit la mike melepek dalam blog teman ni,ye dak? Kita kembali ke topik yang nak di kupas kupis & kopek hari ini iatu gelaran/istilah/perkataan Negro. Kita biasa je sebut negro bila nampak orang berkulit hitam tak kira dari negara mana pun. Tapi biasanya dari afrika la kan. Dah macam satu istilah biasa kita sebut untuk mengambarkan orang afrika.Contoh ayat.. Tu orang negro.  Selama ni mungkin kita faham Negro tu membawa maksud orang afrika atau orang berkulit hitam tapi sebenarnya sangkaan kita tu meleset sampai melecet. Tak betul yer... Kita je rasa macam betul. Jadi mari kita betul...

APA ITU KRIM ABAL ABAL

Image
APA ITU KRIM ABAL ABAL . Sesejak suka melepak di aplikasi sosial tiktok ni ada saja la benda baru den belajar. Sebab tiktok ni dia tak sama macam facebook, instagram atau twitter. Biasanya kita akan nampak posting atau content di kalangan kawan, kawan atau konten konten viral sahaja. Tapi di tiktok di fyp akan muncul macam macam content dari serata negara buat secara tak langsung kita akan ikuti juga walau kita follow pemilik akaun tersebut. Biasa la indonesia & malaysia ni kan jiran. Kadang kadang jadi teman bergaduh kat media sosial & kadang kadang dalam sesuatu isu masih sependapat & boleh bekerjasama. Adat berjiran katanya. Seperti ramai sedia maklum saya memang suka isu isu berkaitan produk. Kat tiktok Indonesia sekarang dah nampak golongan profesional kesihatan & kecantikan mula tampil memberi kesedaran tentang produk produk kosmetik yang bahaya di indonesia. Antara yang tengah trending selain Dr Richard lee.. ada juga dr Ika. Kedua dua adalah dari bidang Aesthet...

CARA KUMPUL & GUNA 'COINS' UNTUK BUAT PEMBELIAN DI SHOPEE

Image
CARA KUMPUL & GUNA 'COINS' UNTUK BUAT PEMBELIAN DI SHOPE E.  Banyak pula rasanya saya menulis tip membeli belah di shopee ni kan? Almaklum la sekarang kita masih dalam keadaan pandemic di mana statistik kes pun masih tinggi walau ada penurunan. Jadi kita masih perlu mengawal & mengurangkan pergerakan yang tidak penting. Lebih lebih lagi sekarang denda bagi individu yang melanggar SOP mencecah sehingga RM10,000. Dah ramai pun kena kompaun jadi untuk elak perkara perkara macam ni kurangkan beraktiviti di luar je la. Yelah.. kita manusia biasa, kadang kadang bukan niat nak ingkar arahan tapi terlupa pakai mask ke.. pun berisiko di kompaun juga. Jadi melakukan pembelian secara atas talian dapat membantu mengurangkan pergerakan & kesesakan di tempat tempat awam. Antara platform pembelian online yang memang menjadi pilihan ramai adalah shopee. Sebab shopee banyak voucher & tawaran yang menarik. seperti ada cashback di mana dengan pembelian yang kita buat berpeluang un...

RUPANYA INI MAKSUD 'GELAY' YANG DI UCAPKAN NISSA SABYAN

Image
RUPANYA INI MAKSUD 'GELAY' YANG DI UCAPKAN NISSA SABYAN . Walaupun isu ni dah nak basi tapi baru dapat hidayah nak kupas kupis & kopek. Almaklum la nak tulis apa apa isu kat blog ni dia kena ada mood. Kalau memang macam tak ada chemistry nak tulis sesuatu isu tu penulisan jadi macam tak ada jiwa walau ada cerita tapi tiada rasa. Yang ada kosong. Umpama berkahwin dengan orang yang hangpa tak cinta. Seperti yang hangpa tahu atau mungkin ada yang tak tahu atau ambil tahu isu artis dari negara seberang yang jadi kontroversi baru baru ni bila di katakan bercinta dengan suami orang yang juga merupakan rakan dalam band mereka sendiri. Sejauh mana kebenaran.. den pun tak jelas. Cuma ikuti gitu gitu je la sebab haritu kemain viral kat tiktok.  Masa viral isu Nissa Sabyan tu.. ramai tiktokers indonesia dok troll dia menggunakan salah satu rakaman video nissa. Dalam video tu dia ada cakap ngak mahu.. ngak suka gelay. Begitulah lebih kurang ayat dia. Lama juga den tertanya menatang apa...

TIP MEMBELI KASUT SECARA ONLINE SUPAYA TIDAK SALAH SIZE

Image
TIP MEMBELI KASUT SECARA ONLINE SUPAYA TIDAK SALAH SIZE . Dalam hidup saya perkara paling bermasalah saya nak beli adalah kasut. Dari kecil saya ada masalah nak beli kasut terutama kasut kasut tertentu. Teringat masa nak masuk darjah satu.. kasut sekolah masa tu bukan macam sekarang. Size dari sekecil kecil anak ada. Di sebabkan kaki saya ni size tak ikut standard umur jadi susah nak beli kasut. Masa masuk darjah satu terpaksa saya pakai kasut raya.. maksudnya kasut casual yang di pakai untuk berjalan jalan ke sekolah. Darjah 2 baru ada size kasut sekolah saya. Masa remaja pun sama.. susah saya nak dapat kasut kasut yang tengah in-trend remaja waktu tu sebab kaki saya ni kecil. Yang ada kasut budak. Kadang kadang terpaksa beli kasut besar & sumbat la apa apa dalam kasut tu bagi ketat sikit supaya tak tertanggal masa pakai. Dah beranak pinak pun masalah size kasut masih tak habis habis. Sebab tu saya tak banyak koleksi kasut. Jangan pelik kalau nampak saya pakai kasut ya...

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA

Image
HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA . Bagi yang ada akaun media sosial tiktok mungkin perasan tengah trending sekarang #MyHeritage. Boleh kata sekarang hari hari keluar kat #FYP tiktok saya content content video hasil dari aplikasi my heritage ni. Kebanyakan membuat sentuhan pada gambar ahli keluarga yang sudah tiada. Apa tu aplikasi My Heritage? Kena bagitahu dulu mungkin ada yang tak tahu walaupun aplikasi ni dah lama wujud cuma kembali popular di kalangan tiktokers seluruh negara termasuk Malaysia. My Heritage ni satu aplikasi yang berfungsi untuk mengedit gambar seperti hidup. Senang faham buat animasi pada gambar. Maksudnya gambar tu bergerak seperti mata berkedip & bibir tersenyum seolah olah hidup.  Maka ramai yang boleh menggunakan aplikasi ni untuk membuat editing pada gambar orang orang yang dah meninggal dunia. Sebagai salah satu contoh gambar.. boleh tengok pada video di bawah. Supaya anda lebih faham apa yang saya terangkan...

DISEBALIK NAMA SAJJAD..

Image
DISEBALIK NAMA SAJJAD.. Setiap anak yang di lahirkan pasti ibu bapa la paling teruja untuk memberi nama kepada zuriat mereka. Ada yang mengabungkan nama suami isteri lalu di abadikan dalam nama anak, ada yang memberi nama yang membawa maksud tertentu dan ada juga pilih nama ikut sedap tekak je.  Tak kisah apapun nama yang di pilih dari bahasa atau kaum apa asalkan ia membawa makna yang baik supaya setiap kali di sebut moga menjadi doa yang baik keatas pemilik nama tersebut. Kat Malaysia sekarang tengan panas isu berkaitan individu yang bernama Muhammad Sajjad. Walaupun popular di Malaysia dengan isu isu panas tapi jarang dengar ibu bapa menamakan anak mereka bersempena nama sajjad kan? Berbanding Aafiyah anak Dato Siti Nurhaliza agak trending juga bila ramai mula menamakan anak anak masing masing dengan nama yang sama. Tapi kenapa nama Sajjad yang popular tak pula di jadikan inspirasi untuk mana mana ibu bapa menamakan anak mereka dengan nama Sajjad yer? Walaupun individu tersebut...