Posts

GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID

Image
GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID . Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid. Bagi seorang pesakit kronik, sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri. Itulah yang berlaku pada Allahyarhamah Nur Sharena @ cipis. Akhirnya.. beliau menjadi salah seorang mangsa korban covid. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Nur Sharena atas pemergiaan insan tersayang. Pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergiaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Allahyarhamah di masukan ke hukm pada Jumaat lepas kerana mengalami gangguan pernafasan akibat jangkitan covid. Beliau juga sedang mengandung 7 bulan & pembedahan terpaksa di lakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Beliau di tidurkan.. dan pagi ini beliau telah pergi buat selamanya meninggalkan empat orang cahayamata termasuk si kecil yang baru di lahirkan. Berita berita kematian macam ni.. s...

VIRAL! SIHIR 7 KETURUNAN PATAH BALIK PADA PENGHANTAR

Image
VIRAL! SIHIR 7 KETURUNAN PATAH BALIK PADA PENGHANTAR . Sejak semalam di Tiktok viral tentang kisah satu keluarga di sihir. Sebenarnya kisah anak anak seorang wanita ni di sihir dah lama juga viral kat tiktok. Sebulan ke dua bulan lepas aku tak berapa ingat tapi ada la tengok. Cuma cerita sebelah pihak kononnnya ia di sihir oleh saudara kandung sendiri.               Gambar sekadar hiasan Dari pembacaan aku, Versi mula kisah sihir ni memang katanya anak anak dia di sihir. Jadi si sipolan ni viralkan dengan tujuan untuk meminta bantuan. Bila dah viral tu.. Ada la hamba Allah sudi membantu untuk merawat sihir yang terkena pada keluarga ni. Disitulah bermulanya plot twist yang tidak di sangka sangka. Apa yang aku baca.. sipolan ni pada mulanya katanya terkena sihir tapi tidak la seserius mana meminta bantuan seorang ustaz pelesu untuk membantu. Si ustaz pelesu ni pulak menuduh konon adik kandung sipolan itu sendiri yang menghantar sihir. Mungki...

INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG PRODUK ROSELLE SKINSPA

Image
INI SEBAB KENAPA ANDA PERLU TAHU TENTANG PRODUK ROSELLE SKINSPA . Lambakkan produk beracun dari pengasas tempatan terutama yang berbangsa melayu di Malaysia ni buat pengguna mula ada stigma. Asal sebut local product terus semua fikir timbag kilo @ beracun. Mereka jadi was was untuk menggunakan produk tersebut. Dalam hal ni saya tak salahkan pengguna yang makin hilang kepercayaan kepada produk yang di keluarkan oleh orang melayu. Kalau semak di website NPRA (KKM) terlalu banyak produk rebrand yang di keluarkan oleh pengasas pengasas melayu ni di kesan mengandungi bahan terlarang cuma kita tak boleh pukul rata semua local product tu timbang kilo. Kena bagi peluang pada produk produk tempatan yang selamat & berkualiti walau masih tidak di jual di farmasi. Antara produk tempatan yang saya nak ajak anda semua cuba adalah produk roselle skinspa. Sebelum saya mencuba produk ni pun saya dah tengok semua dokumen dokumen & labeling produk ni. Setakat ni semua kriteria yang perlu ada unt...

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH

Image
AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH . Semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang sedang berlaku sekarang. Covid19 yang melanda dunia memberi kesan yang amat besar. Lebih lebih lagi kita terhadap menghadap perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan membuatkan ramai yang terjejas dari sudut ekonomi.  Bersyukur yang masih cukup makan pakai waktu ni sedangkan ramai yang terputus bekalan makanan, hilang sumber pendapatan & ada yang hilang tempat tinggal akibat tidak mampu membayar sewa rumah. Situasi semakin buruk bila semakin banyak kes bunuh diri akibat tekanan yang di hadapi. Setiap hari banyak berita, cerita & khabar yang menyedihkan kita dengar, tonton & baca akibat dari virus kita kita tak nampak dengan mata kasar. Sejak semalam mula nampak kempen mengibarkan bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan. Sebab bukan semua orang petah untuk kesana sini mencari bantuan bagi meneruskan hidup di waktu sekarang. Ada yang rasa malu untuk meminta mint...

DAH BOLEH BELI BARANG DI SHOPEE SECARA BERHUTANG

Image
DAH BOLEH BELI BARANG DI SHOPEE SECARA BERHUTANG . Siapa kat sini adalah pembeli atau pelanggan shopee tegar? Mesti ramai kan? Termasuklah saya. Yelah.. kat shopee senang nak cari apa apa barang pun.  Di tambah waktu pandemik ni kita di sarankan untuk kurangkan pergerakan dan elak mengunjungi tempat tumpuan ramai. Yang menakutkan bila muncul mutasi mutasi baru yang lebih agresif dan cepat berjangkit. Menjadikan statistik kes harian covid 19 semakin naik dengan mendadak. Paling sedih kebanyakan kluster baru yamg muncul adalah dari ketidapatuhan individu individu tertentu pada SOP. Jadi membeli belah secara atas talian ni salah satu cara untuk kita kurangkan pergerakan dan mengelak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai. Saya walau tak ada nak membeli apa apa pun memang suka window shopping kat shopee sambil sambil kumpul daily couns rewards tu. Benda free ambil je la kan.nanti nak membeli boleh tebus. Hari ni ternampak satu tawaran baru dari shopee iatu SPayLater.  A...

AKHIRNYA.. DATO SITI NURHALIZA DEDAHKAN WAJAH DAN NAMA ANAK KEDUA

Image
AKHIRNYA.. DATO SITI NURHALIZA DEDAHKAN WAJAH DAN NAMA ANAK KEDUA . Seperti seluruh rakyat Malaysia sedia maklum.. Penyanyi nombor satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza telah pun selamat melahirkan anak kedua mereka iatu seorang bayi lelaki yang sihat & comel. Walaupun terpalit kontroversi dengan beberapa isu selepas kelahiran anak kedua ni..nampak dato siti macam biasa masih tenang. Bukan pasal kontroversi tu yang nak den kongsikan tapi masa dok scroll facebook ternampak posting dari page rasmi siti nurhaliza yang berkongsi gambar dan nama anak kedua beliau. Mesti ramai peminat nak tahu.  Akhirnya segala tanda tanya peminat dato siti terjawab.. nama anak kedua mereka adalah.. Pendek, ringkas, mudan di sebut cantik maknanya.. Muhammad Afwa. Tak adalah tergeliat lidah orang melayu nak sebut nama anak Dato Siti ni kan. Tak ada lah salah panggil nanti. Alhamdulillah..comel baby Dato Siti. putih melepak macam mak ayah dia juga. Semoga membesar menjad...

KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH

Image
KISAH SERAM HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH.  Assalammualaikum.. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang hari ini dah mula berpuasa. Harap masing masing teguhkan iman.. Jangan join geng undertaker bawa beg plastik hitam. Dah tua tua memasing bawak bawak la insof sikit. Bukan lama pun nak menahan lapar dan dahaga tu. Sekarang ni pun waktu berlalu sangat singkat. Tup tup dah pukul 7 petang. Rugi tau kalau tak ada sebab musabab tak berpuasa hangpa ponteng puasa. Jadi berpuasalah anda sebelum anda di puasakan. Hari pertama puasa dah buka gelanggang cerita seram katanya. Kau dah kenapa?? Yelah.. rasa macam lama segmen seram serik lekatlekit tak menghiasi blog ni. Mesti ramai rindu kan? Cerita seram yang di tulis menjadi tak seram untuk bacaan peminat cerita seram tapi penakut. Memang dari awal den terjebak menulis kisah seram kat blog ni kisah seram yang den tulis lebih berkonsepkan seram santai.  Dok layan tiktok tetiba ternampak satu c...