Posts

CARA UNTUK PACKING MAKANAN SUPAYA TIDAK BASI UNTUK MANGSA BANJIR

Image
CARA UNTUK PACKING MAKANAN SUPAYA TIDAK BASI  UNTUK MANGSA BANJIR . Sejak empat hari lalu banjir teruk melanda beberapa kawasan di selangor dan kuala lumpur terutama di shah alam dan klang. Dan sekarang beberapa tempat di negeri pahang pula di landa banjir besar. Banjir untuk kali ni banyak mengorbankan nyawa, bukan setakat kehilangan harta benda.  Setiap hari saya tak lepas ikuti perkembangan banjir. Tapi tidak menunjukan perubahan positif sangat biarpun kawasan yang teruk terjejas terutama di seri muda shah alam katanya dah mula surut.  Selain cerita cerita sedih di sebalik musibah banjir kali ni ada juga cerita cerita yang rasa patut semua penyumbang tak kira individu ataupun NGO untuk ambil perhatian terutama tentang sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Saya terbaca update dari media sosial katanya lambakan bantuan makanan sehingga berlebihan menyebabkan pembaziran berlaku bila makanan tersebut basi.  Ramai sedia maklum banyak aktivis a...

EX BOYFRIEND DATO SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA

EX BOYFRIEND DATO SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA . Di sebabkan blog den ni dah cukup stok sawang.. sedang elok la kita buat sedikit majlis kat sini bagi menghalau segala entiti malas yang menghantui tuan punya blog setelah sekian lama. bukan la tak nak aktif macam dulu tapi apa yang berlaku terus terang memang sedikit memberi kesan pada saya. Di tambah lagi komitmen yang semakin bertambah, so nak cari balik momentum untuk aktif menulis macam dulu kena ambil masa sikit. Tapi jiwa seorang blogger ni masih kuat ok. Lama tak menulis isu isu hiburan apa salahnya sekali sekala kita meriahkan blog dengan selitan kisah dunia hiburan tanah air kan. Tak semestinya bila sebut cerita artis je.. semua ada stigma buruk. Jangan begitu wahai sahabat.. Bukan apa tadi masa dok layan tiktok tertonton satu konten temubual rozita che wan bersama artis jemputan, Zamani slam. Jadi dengar la apa yang dibualkan tu sekejab. Terkejut juga bila Tahu rupanya Zamani slam tu bekas teman lelaki Dato Siti Nurhaliza. Ta...

BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD

Image
BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD . Sebagai pengenalan, HDD adalah singkatan daripada Hard Disk Drive dan SSD adalah singkatan Solid State Drive. Kedua dua drive ini mempunyai fungsi yang sama , iaitu sebagai media penyimpanan data untuk peranti elektronik seperti komputer dan laptop. Biarpun kedua kedua pemacu ini mempunyai fungsi yang sama tapi ada beberapa perbezaan yang menjadikan salah satunya kenapa perlu menjadi pilihan pengguna. Sebab itu bagi mereka yang menggunakan laptop atau komputer/desktop penting untuk tahu kenapa SSD lebih baik berbanding HDD.  Bak kata pepatah sama tapi tidak serupa. Jika di lihat perbezaan melalui bentuk fizikal, HDD menggunakan sistem mekanikal , manakala SSD menggunakan sebuah chip elektronik untuk menyimpan dan menghantar data. Ini  membuatkan SSD menjadi lapan kali lebih pantas daripada HDD. Antara perbezaan lain HDD dan SSD  Hard Disk Drive biasanya menjadi media p...

GHOST WIFE, NANG NAK VERSI REMAJA TERLANJUR

Image
GHOST WIFE, NANG NAK VERSI REMAJA TERLANJUR . Mesti ramai dah tahu bermula 1 oktober 2021 Disney dah menutup 18 siaran mereka di Asia. Maka seluruh penduduk malaysia dah tak dapat tengok channel mereka. Memang terkesan juga sebab salah satu channel yang dah kena remove adalah channel fox. Den ni dah la penonton channel foxmovies & foxActionMovies.  Nak marah tak boleh terpaksa membiasakan diri dengan 12 channel yang menjadi ganti pada channel yang dah kena tarik balik tu. Sedih juga channel movie yang di gantikan tak se best channel fox. Banyak tayang filem lama..  Di sebabkan bosan cuba juga berkenalan dengan channel channel baru yang ada di unifitv. Tu yang tertengok filem seram Thailand kat channel Celestial Movie. Best juga filem ni tapi filem ni jalan cerita tak berat sangat. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kenapa saya kata Filem Ghost wife ni NangNak versi remaja terlanjur. Sebab filem ni macam lebih kurang filem nangnak di mana dah jadi hantu pun dia tak boleh...

INI CARA DAPAT DUIT SEMULA SELEPAS MEMBELI BELAH.

Image
INI CARA DAPAT DUIT SEMULA SELEPAS MEMBELI BELAH . Kita masih di fasa pandemic di mana masih perlu mengamalkan norma baharu, masih perlu ikut SOP dan masih di galakkan untuk menghadkan atau mengawal pergerakkan untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan covid. Di tambah lagi virus bermutasi dan muncul varian varian baru yang lebih cepat menjangkiti, antara sebab kita masih di jajah virus covid19 . Di sebabkan itu pembelian secara atas talian masih rancak berlaku. Tak menang tangan syarikat courier nak hantar barang sampai berlaku overload di gudang penyimpanan barang mereka. Terutama jika ada berlangsung sale. Maka makin meriah masyarakat membuat pembelian di atas talian melalui platform seperti shopee , lazada dan sebagainya. Bukan sahaja barang barang tidak basi seperti pakaian, peralatan rumah dan lain lain di jual atas talian, malah produk makanan seperti menu harian pun boleh di pesan melalui atas talian. Contoh foodpanda , grabfood , lalamove ..mereka menyediakan perkhidmatan...

SEBELUM BAGI RATING RENDAH PADA SELLER, INI YANG PERLU ANDA TAHU DULU

Image
SEBELUM BAGI RATING RENDAH PADA SELLER, INI YANG PERLU ANDA TAHU DULU . Dah menjadi gaya hidup masakini, membuat pembelian secara atas talian (online) melalui platform seperti shopee, lazada dan sebagainya. Di tambah lagi waktu pandemik, dimana ada keterbatasan pergerakan membuatkan pembelian secara online menjadi semakin popular. Bila kita membeli secara online melalui platform seperti shopee atau lazada..pembeli yang sudah menerima barang yang di beli di beri peluang untuk membuat ulasan dan penilaian berkaitan pengalaman membeli dan kualiti barang juga khidmat pelanggan yang di berikan oleh penjual.Tapi masih ramai yang tidak faham tentang satu perkara ni bila membuat pembelian secara online menyebabkan pihak penjual (seller) mendapat rating dan ulasan (review) yang buruk. Antara perkara yang selalu menjadi rungutan dan rintihan penjual online adalah masalah mendapat rating rendah kerana kelewatan pihak penghantar (courier) menghantar barang kepada pelanggan mereka sedangkan masala...

GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID

Image
GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID . Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid. Bagi seorang pesakit kronik, sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri. Itulah yang berlaku pada Allahyarhamah Nur Sharena @ cipis. Akhirnya.. beliau menjadi salah seorang mangsa korban covid. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Nur Sharena atas pemergiaan insan tersayang. Pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergiaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Allahyarhamah di masukan ke hukm pada Jumaat lepas kerana mengalami gangguan pernafasan akibat jangkitan covid. Beliau juga sedang mengandung 7 bulan & pembedahan terpaksa di lakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Beliau di tidurkan.. dan pagi ini beliau telah pergi buat selamanya meninggalkan empat orang cahayamata termasuk si kecil yang baru di lahirkan. Berita berita kematian macam ni.. s...