Posts

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR

Image
SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sekali lagi Insustri hiburan tanah air di kejutkan dengan pemergian seorang bintang serba boleh Adibah Noor selepas kita kehilangan seorang bintang veteran Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Baru sebentar tadi berita pemergian Adibah Noor menular di media sosial. Menurut apa yang saya baca Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Sedikit pengenalan tentang Allahyarhamah.. Adibah Noor binti Mohamed Omar  (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi  Malaysia . Beliau pernah menjadi guru  Bahasa Inggeris  selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya.  Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru  Bahasa Inggeris  sebagai lulusan Bahasa Kedua dari  Universiti Kebangsaan Malaysia . Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana bel...

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI..

Image
PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Membaca perkhabaran tentang pemergian Bintang Vateran Tanahair Pak Hamid Gurkha yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya awal petang tadi pasti menjadi satu berita sedih buat semua penggiat dan peminat industri seni tempatan.  Allahyarham Pak Hamid di khabarkan telah meninggal dunia jam 2.11 petang tadi. Sebelum ini pak Hamid sememangnya dalam keadaan uzur kerana faktor usia. Tapi masih sihat dan masih mampu berinteraksi dengan baik. Namun sudah sampai waktu ajalnya..Arwah pergi buat selamanya. Sedikit info berkaitan Allahyarham.. Abdul Hamid Bin Abdul Rahman  atau lebih dikenali sebagai  Hamid Gurkha  (lahir 22 Ogos 1933) merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki  Malaysia . Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982. Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada ...

BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN

Image
BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN . Isu yang tengah hangat di perkatakan sekarang adalah sambutan Festival @ Perayaan Bon Odori. Ada berpendapat bon odori adalah festival kebudayaan orang jepun yang tak salah untuk umat Islam menyertai bagi tujuan mengenali budaya bangsa lain tapi Jabatan  Agama Islam (JAKIM) mengesahkan Ia perayaan keagamaan. Jadi yang mana betul? Ia Perayaan yang ada unsur keagamaan atau hanya kebudayaan. Marilah kita tanya apa kata Google.. Hasil dari pembacaan saya dari Wikepedia  Bon atau Obon bermaksud perayaan dan Odori bermaksud Tarian. Obon atau Bon ialah suatu adat Buddha Jepun untuk menghormati  roh nenek moyang . Adat Buddha– Konfusius  ini telah berkembang menjadi suatu perayaan cuti keluarga, dengan orang ramai pulang ke kampung halaman serta membersihkan perkuburan moyang-moyang mereka, ketika roh-roh mereka dikatakan melawat semula altar-altar milik rumah tangga ( butsudan ). Adat ini telah dia...

ROADTAX PERCUMA BAGI IBU BAPA YANG ADA ANAK BERSTATUS OKU

Image
ROADTAX PERCUMA BAGI IBU BAPA YANG ADA ANAK BERSTATUS OKU . Mungkin ramai yang masih belum tahu perkara ni tapi mesti ramai yang akan suka bila tahu perkara ni. Dengar je percuma sapa tak suka, ye dak? Nak nak lagi sekarang ni semuanya barang naik harga bagaikan klcc tingginya. Yang turun cuma hujan. Jika ada perkara yang di kecualikan pembayaran ni siapa tak suka, ye dak? Lebih lebih lagi bagi golongan yang kurang upaya atau mempunyai tanggungan ahli keluarga yang kurang upaya. Menjaga golongan kurang upaya ni kadang kadang kos memang lebih besar dari individu normal jadi bila ada pengecualian pembayaran atau diskaun pembayaran untuk golongan ni sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Ramai yang tak tahu.. pihak kementerian pengangkutan turut mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU). Pengecualian cukai tersebut tertakluk kepada mana-mana kenderaan yang diubahsuai khas untuk kegunaan OKU, atau kenderaan motor yang tidak diubahsuai ...

JOHNNY DEPP MENANG SAMAN 15 JUTA USD BUKTIKAN LELAKI TAK SELALUNYA SALAH

Image
JOHNNY DEPP MENANG SAMAN 15 JUTA USD BUKTIKAN LELAKI TAK SELALUNYA SALAH . Rasanya ramai yang mengikuti kes saman antara pelakon hollywood Johnny Depp dengan bekas isterinya Amber Heard. Tak payah nak ulas pasal kronologi kes sebab kalau hangpa search atau google boleh baca apa yang berlaku antara mereka sehingga membawa ke Mahkamah. Biasa kita selalu dengar sindiran perempuan tak pernah salah walau bersalah. Kiranya apa perempuan buat samada salah atau betul.. dia tetap jadi tak salah. Apatah lagi macam kes Johnny depp ni.. Memang permulaannya ramai berpihak kepada Amber Heard konon di aniaya dan di dera tanpa terfikir pun walau lelaki ni di lihat sebagai seorang yang lebih kuat dan berkuasa, tak mustahil mereka juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga.  Macam kes Johnny Depp ni dia tak melawan bukan sebab takut atau tak boleh tapi atas sebab sebab lain. Bila seseorang yang hidup dalam keluarga berpecah belah mungkin dia tak nak ulangi apa yang pernah berlaku d...

PELAKON ARIPAH DAMANHURI MENINGGAL DUNIA

Image
PELAKON ARIPAH DAMANHURI MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelakon veteran Aripah Damanhuri yang telah pulang kerahmatullah pagi tadi.  Pada 23 April lalu, Allahyarham Aripah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru hingga terpaksa ditidurkan. Hampir sebulan mendapatkan rawatan, Allahyarhamah pergi meninggalkan kita semua. Sedikit info Allahyarham merupakan kakak kepada normah Damanhuri juga seorang pelakon. Salah satu drama lakonan Nirmah damanhuri adalah misteri wan peah. Allahyarham juga ibu saudara kepada founder kontroversi kak KM. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980-an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem. Antara lakonan hebat Allahyarhamah adalah drama bersiri tentang Dhia. Dan banyak lagi drama drama tv yang di lakonkan semasa hayatnya. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarhamah dan semoga di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN

Image
INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN . Rakyat malaysia ni kalau baca je tajuk berunsurkan seram & mistik laju je kan clik tapi bila artikel yang berilmiah ni depa kurang sikit berminat. Takpa hangpa baca blog lekatlekit ni macam macam ada. Memandang segmen seram serik lekat lekit ni dah lama tak bersiaran elok juga la kita menyambung episodnya. Bukan apa tadi dok scrooll konten konten yang fyp kat tiktok tertengok konten seorang Influencer ni. Tak boleh sebut nama dia sebab cerita ni mungkin melibatkan perniagaan dan reputasi orang lain jadi kita cerita secara general sahaja tanpa menyebut nama sesiapa. Al kisahnya Influencer ni dapat satu offer untuk review sebuah restoran ni. Paid review bukan free review yer. Pada hari kejadian tu dia pergi la ke restoran tersebut untuk cuba makanan kat situ bersama ibu dan anak saudara dia yang masih budak. Katanya masa sampai ke kedai tu tak ada apa yang pelik. Kedai pun ramai pelanggan. Tak ada apa apa ...