Posts

SHILA AMZAH DI TUDUH GATAL NAK BERLAKI

Image
SHILA AMZAH DI TUDUH GATAL NAK BERLAKI . Dalam banyak banyak isu yang sedang hangaf kat media sosial sekarang aku pilih nak tulis pasal Shila Amzah juga yer. Tak nak ke ulas isu sol, sarah, ira tu? Atau isu minah kopek jual air buah? Malas la nak tulis isu depa kat blog. Komen kat page page hiburan & berita kat facebook sudah la kan.. Tapi kenapa Shila Amzah?  Bukan apa aku kesian bila Shila Amzah menyatakan dia dah bersedia untuk berpasangan semula selepas bercerai. Katanya dia tak boleh hidup sorang sorang. Nak kena ada teman. Jadi dia memang dah bersedia untuk berkahwin lagi. Ramai netizen kecam dia. Cakap dia gatal apa bagai. Sampai aku jadi pelik. Kenapa perlu kecam dia bila dia nyatakan keinginan dia untuk berkahwin lagi? Apa salahnya? Fitrah manusia kot hidup nak berpasangan. Bagus la dia tak di hantui lagi dengan kekecewaan lalu, dah move on dan bersedia untuk berkahwin sekiranya ada jodoh. Apa yang hangpa harap dia buat sebenarnya? Nak suruh dia...

MAK KO IJAU ANTARA PERKATAAN ATAU SLANGA YANG DI LARANG DIGUNAKAN OLEH MCMC

Image
MAK KO IJAU ANTARA PERKATAAN ATAU SLANGA YANG DI LARANG DIGUNAKAN OLEH MCMC . Bila media sosial menjadi trend atau budaya masakini ramai tidak memilih untuk menggunakan media sosial untuk berhubung dan bersosial. Dengan perkembangan teknologi semua sedia maklum media sosial menjadi tempat ramai orang berkomunikasi dan berinteraksi. Jadi penggunaan bahasa tidak rasmi atau bahasa pasar ni memang tidak asing lagi. Tak ramai yang menulis atau membuat konten video di media sosial menggunakan bahasa rasmi ni sebab kebiasannya ia kurang menarik dan kurang mendapat perhatian sangat. Pakar pakar yang membuat perkongsian berilmiah sekarang ni pun banyak menggunakan pendekatan yang berbentuk santai dan tidak rasmi untuk menarik minat pengguna media sosial terutama golongan muda untuk membaca atau menonton konten konten mereka. Jadi penggunaan bahas atau perkataan tak rasmi ni memang berleluasa la sekarang. Di campur lagi dengan loghat/slang negeri masing masing. Perkata perkata hipster Gen Y pun...

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR

Image
SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sekali lagi Insustri hiburan tanah air di kejutkan dengan pemergian seorang bintang serba boleh Adibah Noor selepas kita kehilangan seorang bintang veteran Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Baru sebentar tadi berita pemergian Adibah Noor menular di media sosial. Menurut apa yang saya baca Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Sedikit pengenalan tentang Allahyarhamah.. Adibah Noor binti Mohamed Omar  (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi  Malaysia . Beliau pernah menjadi guru  Bahasa Inggeris  selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya.  Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru  Bahasa Inggeris  sebagai lulusan Bahasa Kedua dari  Universiti Kebangsaan Malaysia . Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana bel...

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI..

Image
PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Membaca perkhabaran tentang pemergian Bintang Vateran Tanahair Pak Hamid Gurkha yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya awal petang tadi pasti menjadi satu berita sedih buat semua penggiat dan peminat industri seni tempatan.  Allahyarham Pak Hamid di khabarkan telah meninggal dunia jam 2.11 petang tadi. Sebelum ini pak Hamid sememangnya dalam keadaan uzur kerana faktor usia. Tapi masih sihat dan masih mampu berinteraksi dengan baik. Namun sudah sampai waktu ajalnya..Arwah pergi buat selamanya. Sedikit info berkaitan Allahyarham.. Abdul Hamid Bin Abdul Rahman  atau lebih dikenali sebagai  Hamid Gurkha  (lahir 22 Ogos 1933) merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki  Malaysia . Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982. Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada ...

BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN

Image
BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN . Isu yang tengah hangat di perkatakan sekarang adalah sambutan Festival @ Perayaan Bon Odori. Ada berpendapat bon odori adalah festival kebudayaan orang jepun yang tak salah untuk umat Islam menyertai bagi tujuan mengenali budaya bangsa lain tapi Jabatan  Agama Islam (JAKIM) mengesahkan Ia perayaan keagamaan. Jadi yang mana betul? Ia Perayaan yang ada unsur keagamaan atau hanya kebudayaan. Marilah kita tanya apa kata Google.. Hasil dari pembacaan saya dari Wikepedia  Bon atau Obon bermaksud perayaan dan Odori bermaksud Tarian. Obon atau Bon ialah suatu adat Buddha Jepun untuk menghormati  roh nenek moyang . Adat Buddha– Konfusius  ini telah berkembang menjadi suatu perayaan cuti keluarga, dengan orang ramai pulang ke kampung halaman serta membersihkan perkuburan moyang-moyang mereka, ketika roh-roh mereka dikatakan melawat semula altar-altar milik rumah tangga ( butsudan ). Adat ini telah dia...

ROADTAX PERCUMA BAGI IBU BAPA YANG ADA ANAK BERSTATUS OKU

Image
ROADTAX PERCUMA BAGI IBU BAPA YANG ADA ANAK BERSTATUS OKU . Mungkin ramai yang masih belum tahu perkara ni tapi mesti ramai yang akan suka bila tahu perkara ni. Dengar je percuma sapa tak suka, ye dak? Nak nak lagi sekarang ni semuanya barang naik harga bagaikan klcc tingginya. Yang turun cuma hujan. Jika ada perkara yang di kecualikan pembayaran ni siapa tak suka, ye dak? Lebih lebih lagi bagi golongan yang kurang upaya atau mempunyai tanggungan ahli keluarga yang kurang upaya. Menjaga golongan kurang upaya ni kadang kadang kos memang lebih besar dari individu normal jadi bila ada pengecualian pembayaran atau diskaun pembayaran untuk golongan ni sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Ramai yang tak tahu.. pihak kementerian pengangkutan turut mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU). Pengecualian cukai tersebut tertakluk kepada mana-mana kenderaan yang diubahsuai khas untuk kegunaan OKU, atau kenderaan motor yang tidak diubahsuai ...

JOHNNY DEPP MENANG SAMAN 15 JUTA USD BUKTIKAN LELAKI TAK SELALUNYA SALAH

Image
JOHNNY DEPP MENANG SAMAN 15 JUTA USD BUKTIKAN LELAKI TAK SELALUNYA SALAH . Rasanya ramai yang mengikuti kes saman antara pelakon hollywood Johnny Depp dengan bekas isterinya Amber Heard. Tak payah nak ulas pasal kronologi kes sebab kalau hangpa search atau google boleh baca apa yang berlaku antara mereka sehingga membawa ke Mahkamah. Biasa kita selalu dengar sindiran perempuan tak pernah salah walau bersalah. Kiranya apa perempuan buat samada salah atau betul.. dia tetap jadi tak salah. Apatah lagi macam kes Johnny depp ni.. Memang permulaannya ramai berpihak kepada Amber Heard konon di aniaya dan di dera tanpa terfikir pun walau lelaki ni di lihat sebagai seorang yang lebih kuat dan berkuasa, tak mustahil mereka juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga.  Macam kes Johnny Depp ni dia tak melawan bukan sebab takut atau tak boleh tapi atas sebab sebab lain. Bila seseorang yang hidup dalam keluarga berpecah belah mungkin dia tak nak ulangi apa yang pernah berlaku d...