Posts

PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
  PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN . Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad (tuala wanita) yang ada kesan darah kotor (haid). Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak. Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka. Aku pun tak terkecuali juga bagi pendapat kat posting kak diana tu. Topik menarik jadi apa salahnya kita into the scene. Ada yang setuju dengan kak diana tak perlu basuh sebab memang tuala wanita di ciptakan untuk pakai dan buang. Basuh akan menyebabkan tandas atau bilik air yang di gunakan membasuh tu menjadi tidak bersih. Ada yang kata perlu basuh untuk elakkan perkara perkara tak d ingini seperti sihir. Macam dalan filen siccin tu. Kedua dua pendapat tu aku terima la. Boleh pakai juga tapi dari segi hukum macam mana pula?  Jadi aku portal rasmi mufti wilayah persekutuan untuk mencari jawapan. Jadi aku screenshot yang penting saja. Untuk jawapan penuh hangpa b...

KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU

Image
KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU . Hari ni kan khamis, malam jumaat. Orang kata nak ambil rasa seram tu elok la baca kisah seram pada hari khamis malam jumaat. Almaklum la kita dari kecil di momokan dengan cerita khamis malam jumaat hantu akan keluar kan. Jadi budak budak semua kena tidur awal. Kalau tidur lambat, hantu datang pegang kaki kalau rasa masih panas dia tahu belum tidur nanti dia datang tunjuk rupa.. Tu kisah dogeng seram mak munah (makcik aku) pernah momokan kat aku masa kecil dulu. Masa tu sumpah aku percaya. Ok kita teruskan ke segmen seram serik lekatlekit hari ni dengan kisah seram yang pernah berlaku di sebuan rel keretapi rembau  Tersebutlah kisah.. pada zaman tak berapa dahulu. Dalam tahun 2009, tahun di mana blog lekatlekit.com ni di lahirkan. Erkk.. bukan bukan kisah seorang budak Ijat ni baru mula kerja. Waktu tu syarikat dia baru nak melakukan kerja pembersihan kawasan jadi majikan dia tubuhkan satu team untuk buat kerja kerja pembersihan kawasan bermula dari...

SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM?

Image
SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM? Isu hangat minggu ni berkaitan dengan stesen radio Suria.fm. Aku baca gitu gitu je la pasal kontroversi yang berlaku antara dj suriafm Tyzo vs pihak pengurusan di mana Dj lin antara yang di sebut dalam kontroversi tu. Sebagai netizen aku tak ada berkomen isu ni sangat. Aku ambil pendekatan tunggu kenyataan dari pihak pengurusan Suriafm. Cuma pagi ni terbaca kat blog hiburan isu berkaitan berapa sebenarnya umur Dj Tyzo ni? Ada kata dah lewat 50an.. ada kata lewat 40an walau ramai kata rupa dia macam 30an.  Jadi aku cuba google kot kot ada biodata lengkap pasal tyzo ni kan? Lain di cari lain pulak yang jumpa wei.. nak gelak pun ada tapi tak baik tau hangpa edit edit kat wikipedia gitu..  Netizen Malaysia ni memang bab menganjing orang A++ gitu. Memang bab cyberbully netizen malaysia antara top la. Cuma cyberbully ni ada situasi memang di perlukan ada situasi tak baik juga. Contoh cyberbully semua media media sosial Israhell.. memang be...

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?

Image
GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer.  Ternampak seorang tiktokers yang mengaku sebagai guru pendidikan khas di mana arwah adik zayn pernah bersekolah di situ. Ramai yang tahu kes pembunuh kanak kanak autisme 6 tahun di damansara damai. Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu pelaku yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap seorang anak istimewa seperti zayn. Aku masih ikuti kes zayn tapi tidak la rasa sampai hati nak ambil kesempatan perkara tu untuk viral. Tapi aku macam tak puas hati juga tengok tindakan katanya bekas ...

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

Image
TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?   Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu. Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih.  Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak...

KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU?

Image
KISAH SERAM.. MILIK SIAPAKAH SUARA BERDEHEM ITU? Di kesunyian malam ini.. Ku datang menghampiri.. Diri mu yang telah berjanji.. Sehidup dan semati..  Ha.. Tu dia mukadimah lagu OST perjanjian syaitan gitu. Bukan apa hari jumaat ni aku nak share dengan hangpa sebuah kisah seram untuk masa depan katanya. Nak kata seram sampai merinding oh bulu roma ku bila hangpa baca mungkin tidak la sebab hangpa baca ja. Tapi bagi aku yang pernah lalui peristiwa tu waktu tu memang 'berdengup jantung ku.. Bila ku dengar nama mu ah.. ah.. ' gitu.  Kisah ni memang kisah lama la sebab sekarang perangai lebih hantu dari hantu mungkin sebab tu jarang la ada gangguan syaiton nirrojim ni. Kisahnya masa tu aku masih tinggal kat kampung. Belum lagi berhijrah apa lagi kahwin jauh sekali ada anak macam sekarang. Masih muda, cantik, tertarik kau memang da'bomb macam sekarang juga. Tak ada beza pun. Kecantikan tu kekal sehingga hari ini..  Di jadikan kisah adik aku dapat sambung belajar kat politeknik...

TERIMA KASIH FOLLOWERS SETIA SEJAK 2009

Image
Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis.  Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!!  Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah....