Posts

PUCUK PAKU 3 IKAT RM5

Image
PUCUK PAKU 3 IKAT RM5 . Kalau dulu kita kat kampung ni zaman budak budak dulu jumpa pokok paku ni kadang kutip buat main. Daun kaduk & banyak daun daun yang di buat sayur atau ulaman yang tumbuh meliar kita buat main masak masak je kan? Sebab banyak. Dulu nak buat nasi ulam pergi jer kutip daun ulam ulaman. Tak susah pun semua ada di sekeliling. Sekarang ni jangankan nak kutip.. Nak beli pun susah kadang kadang nak dapat daun sayuran atau ulaman yang dulu tumbuh meliar jer. Zaman dah berubah itulah harga yang perlu di bayar untuk sebuah pembangunan. Hutan hutan di tarah, bukit bukau di gondol jadi tumbuhan macam tu semakin hari semakin kurang populasinya.  Bila jumpa orang jual daun atau sayuran yang dah kategori kayangan nak makan sekarang ni dengan harga murah, kondisi yang segar & baik rasa macam tak percaya pulak. Lebih lebih lagi kita tinggal di tengah hutan konkrit ni.  Ceritanya semalam suami aku balik bawa pucuk paku 3 ikat. Cantik cantik daun dia. Hijau segar ...

CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR

Image
CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR . 28 mei 2025 rabu yang lepas adalah tarikh hari ulangtahun suami aku yang ke.. Tak payah la tau. Agama dah ajar kita 3 perkara yang perlu di rahsiakan. 1. Umur 2. Hal keluarga & 3. Harta & kerjaya. Tak ada keperluan tak payah nak cerita atau tunjuk sangat mungkin boleh jadi fitnah & aib kan. Cukup la hangpa tau tarikh tu hari ulangtahun suami aku yang hensem di mata ku. Alah normal la isteri akan pandang suami dia ensem kan?  Macam biasa la sambutan hari jadi anak ke, bini ke atau suami sendiri cara kami meraikan adalah keluar jalan jalan & makan makan sahaja. Kalau anak anak tu bawa la pergi beli barang apa yang depa nak. Tak ada la majlis apa apa. Tu cara kami meraikan. Suami la belanja. Birthday pun tetap dia kena belanja kami anak beranak. Tapi aku tetap la belikan hadiah. Hadiah tu nanti next entri aku akan review. Sabaq ok!  Suami bawa kami pergi lepak lepak kat satu cafe dalam hutan. Putri D rimba cafe. Cafe ni c...

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR?

Image
HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR? Masih hangat di media sosial isu kisah housemate pocong di salah sebuah rumah sewa jalan kebun shah alam tu. Ada yang percaya dan ada yang pertikaikan kesahihan cerita tu. Masing masing mula berhujah dengan pendapat sendiri. Begitulah kehidupan di media sosial ni kan tak pernah sunyi dengan isu isu hangat.  Aku pun ada baca dan kongsi kisah tu di blog ni. Kalau dah lama ikuti blog aku memang aku antara blogger yang suka & minat dengan cerita cerita seram ni. Tak kira filem je, kisah kisah di ceritakan dari mulut ke mulut ke aku suka baca & tonton. Aku pun ada koleksi dvd filem seram yang sampai hari ni aku simpan. Anak anak pun  tak boleh sentuh tau. Ada sebakul aku simpan semua original bukan pasar malam. Kat situ pun boleh nampak minat aku pada cerita cerita seram ni.  Taksubkah aku dengan dunia mistik ni? Tak juga. Aku bukan pentaksub dengan perkara perkara macam tu. Aku cuma suka membaca, menonton & mendengar lebih kep...

HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM

Image
HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM . Kecoh kat threads sekarang kisah seseorang yang tak sedar teman serumah sewanya rupanya pocong. Ada yang cakap cerita lama yang di viralkan semula. Tapi aku tak pernah terdengar atau terbaca jadi boleh la kita share di blog lekatlekit ni kan Alkisahnya seorang wanita ni yang di namakan sebagai Nina baru menyewa sebuah rumah di jalan kebun shah alam selepas mendapat tawaran kerja kat area situ. Sebelum masuk menyewa kat situ dia dah di maklumkan oleh tuan rumah berapa orang akan tinggal bersama dia kat rumah tu. Tuan rumah bagitahu cuma ada seorang je menyewa kat situ setakat ini tapi waktu tu katanya penyewa tu balik kampung. Tapi katanya lagi 2 hari akan masuk lagi seorang penyewa baru. Jadi mereka akan bertiga la di rumah tu.  Lepas tuan rumah dah jelaskan, esoknya Nina ambil kunci & berpindah masuk la kerumah tu. Masa dia sampai kerumah tu tiada apa yang pelik & aneh. Semuanya nampak normal & baik baik sahaja. R...

DUA HARI LAGI RAMAI IBU IBU BERTUKAR HIJAU

Image
DUA HARI LAGI RAMAI IBU IBU BERTUKAR HIJAU . Dah ready ke ibu ibu? 2 hari je lagi kita semua kena siap sedia untuk bertempur di medan perang tak bersenjata. Walaupun medan perang yang tidak berlaku pembunuhan tapi tetap akan ada sesuatu yang teruji. Harap kita semua dah ready lah yer untuk mantapkan vocal. Sebab dua hari lagi kita mungkin akan secara tak sengaja akan mengeluarkan bunyi high note.  Yer betul lagi dua hari akan bermula cuti sekolah. Cuti penggal pertama termasuk cuti raya haji. Sementara nak tunggu hari nak balik kampung tu kena dulu hadap hutan batu bata ni bersama anak anak di rumah. Aku ni anak dua jer.. Jarak 8 tahun tapi tetap la rasa macam anak berderet yang beranak selang setahun. Yang suka menyakat si adik bukan kakak. Kakak biasa tenang tenang buat aktiviti dia adik ni la terlebih akal sikit. Biasa si adik la akan buat havoc. Dia tak sakat kakak dia kalau kalau kakak dia tidur jer sebab tu setiap malam aku suruh si kakak tidur dulu sebelum aku suruh si adik ...

BANYAK BETUL KEDAI KOPI KAT JANDA BAIK

Image
BANYAK BETUL KEDAI KOPI KAT JANDA BAIK . Hari minggu saja bawa anak anak keluar. Tapi memandangkan cuaca panas sekarang aku minta la suami bawa je kemana mana tempat sejuk. Tapi aku sendiri tak tahu kemana haja tuju dan tak bertanya. Tengok jalan mula mula ingat nak ke genting rupanya ke janda baik. Tak singgah kemana mana pun cuma round dalam kereta tengok permandangan. Lagipun janda baik ni kami dah selalu datang bukan pertama kali. Biasa jalan jalan balik hari je la.  Apa yang aku perasaan janda baik ni banyak betul kedai kopi. Kopi ladang, kopikraf dan banyak lagi la sepanjang jalan aku nampak kedai, cafe atau restoran yang guna nama berkonsepkan kopi ni. Kopi ladang tu aku pernah makan kat situ tapi biasa biasa je bagi aku. Tak adalah special sangat pun. Ok la sesiapa nak datang merasai pengalaman sendiri. Tempat tempat makan lain kat janda baik ni aku tak berapa sangat bila aku tak focus pada tempat tu.  Janda baik ni tempat untuk healing atau buat family day sesuai la...

RASA NAK ULAS ISU TENGAH VIRAL TAPI..

Image
RASA NAK ULAS ISU TENGAH VIRAL TAPI.. Banyak sangat isu isu panas sekarang. Terkini isu influencer di tuduh buat gangguan 'seggsual' pada budak bawah umur. Nak ulas dalam blog? Mula mula rasa nak juga mengulas isu isu viral di blog lekat lekit ni dah siap draft lepas tu rasa tak perlu la. Zaman tu biarlah jadi sejarah. Zaman menjadi outspoken blogger tu rasa macam tak nak ulangi dah. Biarlah ulasan isu isu viral ni seladar hit & run. Blog ni macam diari jadi akan tersimpan kemas cerita tu. Jadi aku kalau boleh dah tak nak simpan cerita cerita macam tu.  Semua orang akan lalui fasa buat silap dalam hidup termasuk aku. Yang salah di hukum yang belum di hukum tak semestinya sentiasa betul. Hidup ini macam tu la.. Kadang kadang kita buat kesilapan yang sama cuma kita bernasib baik tidak di hukum di dunia jadi kita merasa kita lebih baik dari orang yang sedang menerima pembalasan dari kesalahan dia.  Aku pernah berada di fasa di mana orang padan kan muka aku kena saman konon l...