Posts

BERKAHWIN DENGAN IBLIS UNTUK SEMBUHKAN ANAK

Image
BERKAHWIN DENGAN IBLIS UNTUK SEMBUHKAN ANAK . Ada masa aku memang suka layan filem filem seram di neflix. Nak follow drama drama berespisod sekarang ni macam tak ada masa sangat. Drama wok kat unifi tv tu pun masih tak habis lagi aku tengok. Mujur la siaran tv berbayar ni kita boleh tengok drama berepisod ni ikut hati kita je. Tak payah nak follow timetable station tv tu. Tu pun susah juga nak follow apa apa drama berepisod sekarang ni. Tak menyabar nak tahu ending. Hahahaha Jadi aku lebih suka layan movie je la. Of course la aku lebih tertarik pada genre seram. Aku memang kipas susah mati filem seram kan? Jadi semalam aku sempat habiskan sesi menonton filem seram Pengantin Iblis. Dua tiga hari lepas sempat tengok separuh jadi semalam sambung balik tengok sampai habis. Kalau starting tu menarik bagi aku untuk di tonton biasa aku akan tonton sampai habis. Kalau starting pun boring.. Biasanya aku skip cari cerita lain je. Kalau dah tonton sampai habis tu baru aku review la.  Filem ni...

RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI

Image
RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI . Masih tak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang masih setia membaca blog lekatlekit. Raya korban tahun ni tak balik kampung memandangkan cuti sekolah dah hujung hujung sangat. Kalau dekat boleh la balik sebab jauh, jarak & masa tu kena ambil kira. Perjalanan jauh lepas tu nak kena hadap jam dan raya & tarikh sekolah di buka semula tu terlalu singkat takut anak anak penat dengan perjalanan jauh tak sempat rehat nak kena pergi sekolah jadi buat keputusan raya sendiri je la kat sini. Lagipun sambutan aidiladha kat kedah biasa tak meriah sangat pun.  Bila dah tak balik kampung tu bermakna raya kami adalah pergi berjalan jalan. Sebab cuaca malaysia haritu panas kami pilih tempat sejuk. Jalan jalan la kat bukit tinggi. Jalan jalan je bukan bermalam pun. Pergi balik hari raya. Lagipun tak la jauh sangat bagi aku. Setakat bukit tinggi, fraser hill atau genting highland tempat tempat yang bagi kami setakat nak ambil a...

GELOMBANG HABA, PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA

Image
GELOMBANG HABA, PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA . Gelombang haba datang lagi. Menurut Jabatan meteorologi Malaysia akan berlarutan hingga september. Berkipas la memasing sekarang ni. Bersedialah menghadapi kenaikan bil elektrik terutama yang guna aircon di rumah. Bagi yang tak ada aircon pun confirm kipas tak tutup 24jam sehari.  Kedah antara negeri yang sekarang panas berada di tahap 1 iatu tahap berjaga jaga bila suhu melebihi 37°c. Selain kedah Perak & kelantan juga mengalami suhu panas di tahap berjaga jaga juga.  Kipas tangan ni ada offer kat shopee sekarang kalau berminat boleh dapatkan di 👉 Shopee Lagi berapa hari nak sambut raya aidiladha dengan cuaca panas. Kampung pula di kedah.. Bertabahlah. Aku mungkin tak balik kot raya haji memandangkan cuti pendek di tambah cuaca kedah sekarang terlalu panas. Anak anak mungkin akan demam. Lepas tu nak buka sekolah. Tak buat keputusan lagi macam mana. Rasa balik bulan september je la untuk majlis nikah adik aku nanti. ...

LAPTOP OH LAPTOP

Image
LAPTOP OH LAPTOP . Bila semangat kembali nak aktif menulis di blog time tu juga la laptop nak sakit bagai. Puas dah godek.. Install, uninstall, format, reset, semua bagai tetap juga tak dapat nak fix maka kenalah membawa dia berjumpa dengan pakarnya. Kena check apa masalah. Rasa bukan masalah setting atau software mungkin ada part yang rosak. Di syaki ssd la. Tapi untuk lebih kepastian kena juga hantar ke specialist laptop ni. Kita tak ada peralatan atau pengetahuan untuk membedah laptop jangan di cuba cuba la sangat buat.  Dah survey tempat nak hantar. Bekas client blog lekatlekit ni juga. Dulu dia banyak ambil slot review di blog lekatlekit. Lagipun kat google review pun memang kedai dia dapat positive feedback dari pelanggan. Pemiliknya juga bumiputera. Tak salah la kita support orang kita kan. Tapi itulah tak tau lagi bila si suami free nak kesana.  Sebelum ni kita review sebagai blogger je kalau ada rezeki berurusan dengan mereka nanti aku review balik sebagai pelanggan....

PUCUK PAKU 3 IKAT RM5

Image
PUCUK PAKU 3 IKAT RM5 . Kalau dulu kita kat kampung ni zaman budak budak dulu jumpa pokok paku ni kadang kutip buat main. Daun kaduk & banyak daun daun yang di buat sayur atau ulaman yang tumbuh meliar kita buat main masak masak je kan? Sebab banyak. Dulu nak buat nasi ulam pergi jer kutip daun ulam ulaman. Tak susah pun semua ada di sekeliling. Sekarang ni jangankan nak kutip.. Nak beli pun susah kadang kadang nak dapat daun sayuran atau ulaman yang dulu tumbuh meliar jer. Zaman dah berubah itulah harga yang perlu di bayar untuk sebuah pembangunan. Hutan hutan di tarah, bukit bukau di gondol jadi tumbuhan macam tu semakin hari semakin kurang populasinya.  Bila jumpa orang jual daun atau sayuran yang dah kategori kayangan nak makan sekarang ni dengan harga murah, kondisi yang segar & baik rasa macam tak percaya pulak. Lebih lebih lagi kita tinggal di tengah hutan konkrit ni.  Ceritanya semalam suami aku balik bawa pucuk paku 3 ikat. Cantik cantik daun dia. Hijau segar ...

CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR

Image
CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR . 28 mei 2025 rabu yang lepas adalah tarikh hari ulangtahun suami aku yang ke.. Tak payah la tau. Agama dah ajar kita 3 perkara yang perlu di rahsiakan. 1. Umur 2. Hal keluarga & 3. Harta & kerjaya. Tak ada keperluan tak payah nak cerita atau tunjuk sangat mungkin boleh jadi fitnah & aib kan. Cukup la hangpa tau tarikh tu hari ulangtahun suami aku yang hensem di mata ku. Alah normal la isteri akan pandang suami dia ensem kan?  Macam biasa la sambutan hari jadi anak ke, bini ke atau suami sendiri cara kami meraikan adalah keluar jalan jalan & makan makan sahaja. Kalau anak anak tu bawa la pergi beli barang apa yang depa nak. Tak ada la majlis apa apa. Tu cara kami meraikan. Suami la belanja. Birthday pun tetap dia kena belanja kami anak beranak. Tapi aku tetap la belikan hadiah. Hadiah tu nanti next entri aku akan review. Sabaq ok!  Suami bawa kami pergi lepak lepak kat satu cafe dalam hutan. Putri D rimba cafe. Cafe ni c...

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR?

Image
HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR? Masih hangat di media sosial isu kisah housemate pocong di salah sebuah rumah sewa jalan kebun shah alam tu. Ada yang percaya dan ada yang pertikaikan kesahihan cerita tu. Masing masing mula berhujah dengan pendapat sendiri. Begitulah kehidupan di media sosial ni kan tak pernah sunyi dengan isu isu hangat.  Aku pun ada baca dan kongsi kisah tu di blog ni. Kalau dah lama ikuti blog aku memang aku antara blogger yang suka & minat dengan cerita cerita seram ni. Tak kira filem je, kisah kisah di ceritakan dari mulut ke mulut ke aku suka baca & tonton. Aku pun ada koleksi dvd filem seram yang sampai hari ni aku simpan. Anak anak pun  tak boleh sentuh tau. Ada sebakul aku simpan semua original bukan pasar malam. Kat situ pun boleh nampak minat aku pada cerita cerita seram ni.  Taksubkah aku dengan dunia mistik ni? Tak juga. Aku bukan pentaksub dengan perkara perkara macam tu. Aku cuma suka membaca, menonton & mendengar lebih kep...