Posts

Wanita 66 tahun lahir anak kembar 3

Image
INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin. BHATERI dan tiga anak kembarnya.  Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak. “Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya. Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi. - Agensi

NILAI SEORANG KAWAN BAPA RINGGIT EKK??

Image
Petang yang akan damai & mengantuk kat opis.. Dah takde manusia kat opis bleh la mengUpdate blog aku ni. Lengang.. Bleh melenggang perut tanpa was - was Hari ni cerita ceriti aku berkisahkan seorang kawan. Kawan yang masa susah, kejab2 call. Minta tolong.. Tak aku cakap semua permintaan dia aku dapat tolong tapi setakat mana aku bleh tolong aku akan tolong. Kira ada juga la budi aku yang aku harap dapat mengekakalkan hubungan per"kawan"an antara aku dengan dia ni. Ayo..yo.. Tanggecik! tolong la saya ada manyak masalah ni..   Nak di jadikan story.. Ada satu ketika dimana aku terpaksa mendiamkan diri seketika dari semua orang. Tak lama sekejab jer.. Tapi bermula dari episod tu nampaknya dia seolah2 blame aku dalam kebisuan. Aku tegur pun dah tak layan kan?? Aku ingat dia merajuk giler dengan aku sebab ada sebelum ni dia ajak aku kuar tapi aku tak boleh. Waktu tu macam2 masalah datang dalam hidup aku. Aku rasa dia paham... Bila aku amati betul - betul kesombongan sebata...

BACK TO WORK.. (pen aku ilang)

Image
1st day masuk keja.. wah punya la malas. Nak2 lagi sampai kl semalam dah dekat pukul 12 tgh malam... Apapun tak bleh skip lagi keja. Dah seminggu berhorai kat kampung tiba masanya menjenguk meja ku di opis. Yehaa... we already married. Abis ilang semua pen2 aku. Standard la.. Aku pun pelik. Dari awal aku keja, benda yang paling di gemari ramai adalah pen. Sales2 advisor kat sini kalau datang kat meja aku guna pen.. jarang sangat la pulang balik. Yang selalu dorang buat, bawak balik pulang. Macam barang2 kat meja aku ni wakaf untuk dorang jer. Bukan takat pen.. macam2 lagi la harta benda aku kalau dorang pinjam mesti susah nak pulang balik. Jarang sangat pencil box aku kat opis sesempurna ini.. slalunya beli satu barang, esoknya ilang Masuk kerja hari ni pening2 lalat skit & rasa mual jer.. Masuk je keja, macam artis lak. Semua wish "selamat pengantin baru". Malu2 siput sedut gak.. Tapi buat macam biasa je seolah2 bukan kali pertama kawen. Bleh gitiew. Bila dah pe...

SEKADAR UPDATE

Image
Wah.. agak berhabuk blog aku. Rasa lama sangat tinggalkan dia kesepian. Sekarang tiba masanya untuk aktifkan jari semula. Majlis semua dah selesai.. Umah semua pun dah kemas. No more raja sehari.. Time memulakan rutin harian sebagai bini orang. Pun begitu aku masih lagi menikmati sisa2 cuti sebelum balik melihat meja aku yang confirm berselerak dengan file2. File2 yang bersepah kat meja aku tu bukanlah kiasan kepada betapa banyaknya keja menanti kepulangan aku kat opis tapi.. Manusia itu yang kalau guna or cari apa2 kat meja aku memang akan sepah. Kalau takde respek harta benda orang memang camtu. Tapi meja dia pun dah macam sarang tikus.. maybe dia jenis selesa bekerja dalam keadaan bersepah kot. Bila bercuti panjang camni.. mula la virus2 malas nak masuk keja menguasi tubuh. Rasa tenang je kat kampung walau semua adik beradik aku dah balik & start keja. Macam kata pepatah.. "hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri." Maca...

Budak dua tahun merokok dipujuk ibu

Image
PALEMBANG - Seorang ibu di Indonesia yang cuma mahu dikenali sebagai Diana mengakui dia sudah berputus asa bagi memaksa anaknya berusia dua tahun berhenti merokok 40 batang sehari, lapor sebuah akhbar semalam. Anak wanita itu, Ardi mendapat perhatian penduduk dunia pada minggu lalu selepas imejnya menghisap rokok disiarkan di beberapa laman web. Bapa budak itu dilaporkan memberikan anaknya itu sebatang rokok untuk dihisap semasa dia berumur 18 bulan. "Saya merokok semasa hamil tetapi selepas saya melahirkan anak, saya berhenti merokok," kata ibu Ardi itu kepada stesen televisyen CNN . "Saya tidak mengingati bila (anaknya mula menghisap rokok) tetapi kami pergi ke pasar dan tiba-tiba sebatang rokok berada dalam genggaman tangannya. "Malah, semasa dia masih bayi, apabila menghidu bau rokok, dia akan berasa gembira," tambahnya. Menurutnya, Ardi kerap muntah dan menghentak kepalanya ke dinding semasa marah kerana tidak diberikan rokok. Ardi kini me...

MENGULAR KAT OFIS

Image
Sengalnya badan... Rasa tak selesa badan hari ni. Untuk kelegaan selamanya.. meh massage guna jentolak Semalam off day.. Off record sebab2 off day. huhuhu.. Harini datang ofis ada insan yang buat muka taik.. Biasa la aku cuti semalam tak inform apa2. Ahh.. lantak la. Gaji bln Mei pun banyak yang kena potong. Aku pun tak ingat bapa hari aku cuti. payslip pun 6 bulan skali baru nak bagi. Ntah apa di peram payslip tu pun tak tau la. Lebih comel makhluk ini berbanding rupa insan itiew Tu la management kat sini. Baik la aku keja kat ofis lama. Teratur jer.. dapat gaji dapat payslip. Ni company bleh tahan. Branch banyak tapi.. Yang dorang tau kerah orang keja. Memang la gaji di bayar sebab untuk orang yang keja tapi kebajikan pekerja kena la jaga gak kan?? kan Malaysia ada undang -undang. Korang tak pelik ke kerja setahun belum confirm. Kalau tak layak kerja.. bagitau jer. Ni sampai setahun tak confirm. Selagi tak confirm kwsp tak di bayar. Wah.. sangat unik prosuder company ni kan! ...

SERABUT

Image
Tahap pening mula melampaui batas... sakit kepala den. Terasa macam nak nyanyi lagu anak itik tokwi untuk lupakan seketika kepeningan ni. Doc.. please help me... fening la beb Minggu ni office hours 9 -6.30 pm, sebab minggu sabtu off day. Lagipun aku last keja hari khamis lepas tu cuti panjang jab untuk majlis kawin aku 6.6.10. Majlis yang buat kepala aku kembali berputar putar macam roda impian. Kalaulah aku boleh skip.. hurmm.. skip tak boleh la lak. Okies.. okies.. kalau aku boleh postpone.. Wang besar.. Wang Besar.. Uwarghhhhhhhhh Wang! Wang! Wang! Apapun, yang akan berlaku Insyaallah akan berlaku. Hurmm... Go with the flow. huh.. what to do.. Kat ofis tenang jer kan skang. Tadi ada si akak **tettttttttt** datang ofis siapkan keja dia. Dia nak buka story kat aku sapa yang slama ni menjadi talam 2 muka kat ofis & suka laga2 kan orang. Padahal aku dah tahu sebelum kewujudan dorang lagi kat sini. Dah basi... takde suprisenya pun. Cuma aku diam & malas nak campur. Bagu...