Posts

PURA - PURA JUMPA BAYI.. WALHAL SENDIRI YANG BERANAK & BUANG

Image
JITRA: Helah seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berpura-pura konon menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di belakang dapur rumahnya di Taman Rasa Sayang, tidak menjadi apabila dia akhirnya mengaku membuang bayi itu ketika disoal siasat polis, kelmarin. Sebelum ini, remaja berusia 20 tahun itu mendakwa tidak sihat selain muka pucat dan tidak bermaya bergerak menyebabkan polis mengesyaki sesuatu mencurigakan sebelum dia akhirnya mengaku melahirkan bayi berkenaan. Suspek masih belajar semester ketiga di sebuah IPTA di Selangor itu dipercayai meletakkan bayi seberat 2.8 kilogram yang baru dilahirkannya di bahagian luar pintu dapur rumahnya sebelum masuk semula ke dalam rumah untuk mandi. Difahamkan, suspek melahirkan bayi berkenaan di rumah terbabit seorang diri sebelum mengambil keputusan meletakkan bayi itu di luar rumah bagi mengelak dikesan ahli keluarganya. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang kelmarin sebelum bayi itu ditemu...

ZAITON SAMEON MENGAKU PAKAI SUSUK

Image
Terkejut beruk kami mendengar pengakuan berani daripada Zaiton Sameon dalam rancangan Galaksi baru-baru nie. Rupa-rupanya kak Zaiton Sameon memakai susuk semasa zaman kepopularitian dia untuk mendapatkan lebih banyak show. Kalau tak silap pendengaran kami, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain. Rasanya inilah pertama kali ada artis Malaysia yang mengaku bab-bab pakai susuk nie. Memang jujur dan ikhlas pengakuan Zaiton Sameon nie. Harapan kami agar semua susuk-susuk yang dipakai oleh Zaiton nie telah dibuang. Jangan dibawa sehingga ajal menjemput nanti. Harap-harap kalau ada artis-artis lain yang pakai susuk atau apa-apa benda yang berkaitan untuk melariskan diri sendiri, jadikanlah kisah hidup kak Zaiton sebagai satu pengajaran. Memanglah time tue dapat show banyak dan duit melimpah-limpah masuk, tapi akhirnya tak ke mana juga. Takderlah kaya raya. Susah jugak hidup. Semoga ianya jadi pengajaran Tapi kami agak terkilan sebenarnya dengan wartawan TV9 yang...

BLUR & BLANK

Image
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...  NO IDEA TO UPDATE!    Dah bapa hari aku cuba cari something untuk di cerita ceriti or di umpat umpit kat sini tapi entah napa totally 0 idea . Tak banyak aktiviti sepanjang bulan puasa ni.. Kat opis aku dah malas nak amik pot sangat.. Apakah itu petanda aku mula bosan dengan hidup??? huhuhuhuhu... So, dangerous kalau bosan dengan hidup ni Mood raya pun takde.. Buktinya takde langsung preparation untuk raya. Rasa tak excited pun nak membeli belah untuk hari raya. Kenapa ekk?? What happen??  Entahlah.. di kelilingnya pelbagai persoalan hidup yang harus di jawab.. pelbagai perkara yang harus di beri perhatian & pelbagai.. pelbagai.. dan berbagai macam tuntutan hidup yang harus di laksanakan. Itulah tanggungjawab manusia. Dah takde idea nak menulis lagi... need a lot of rest cause I'm so tired, so depress.. and so.. so.. so.. apa aku merepek ni??? Gua chow dulu la beb!

WAH GAMBAR AKU JADI COVER ENTRY

Image
Macam biasa setiap kali buka blog aku akan check.. berita2 terkini or cerita2 terkitu kat blog2 yang ada dalam list aku & juga follower walau takde setiap hari follower aku bertambah pun. Sebulan sorang tu ada la.. Apa ko pk blog aku sehebat Azwan Ali nak hari2 berpuluh2 orang add sebagai follower??? Apapun aku sentiasa berterima pada yang add & sebagai balasan maka aku akan jenguk blog dorang & Add balik. Bleh gitiew...?? Aganya bapa tahun lagi la aku kena tunggu untuk dapat follower semeriah ni, kan??   Hari ni aku buka je ternampak la seorang hamba Allah yang mendapat hidayah ntah dari mana untuk add aku sebagai follower. Aku pun skodeng la blog Encik ini di blog http://padi-hijau.blogspot.com/ . Jenguk2 la entry dia.. Alamak??? Tersiput2 malu (tapi dalam hati kembang gak setaman) bila gambar hasil potong & cantum aku menjadi cover salah satu entry dia. Walaupun entry tu dah agak bersawang tapi den nak berterima kasih la sebab pic comot itiew sudi dijadikan ga...

BARU 10 BULAN DAH 20 KG... CAMNI KALAU 10 TAHUN.. ERMM

Image
Bayi 10 bulan seberat 20kg BEIJING - Seorang bayi di China yang berusia 10 bulan memiliki berat sama seperti seorang kanak-kanak normal berusia enam tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Berat bayi yang bernama Lei Lei itu mencecah 20 kilogram (kg) dan dia turut digelar Michelin Baby yang merujuk kepada maskot pengeluar tayar terbesar dunia dari Jerman yang bertubuh besar. Menurut ibu bayi itu, Cheng Qingyu, anaknya mempunyai berat badan normal ketika dilahirkan namun disebabkan selera makan yang tinggi berat badannya bertambah sejak dilahirkan. Lei Lei ketika ini berada di sebuah hospital di wilayah Hunan selatan China, yang merupakan tempat dia menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti punca beratnya bertambah.

MASAK MASAK RAMADHAN..

Image
Hari ni tajuk entry ala2 rancangan masakan lak yer... Bulan2 puasa ni bagi para isteri mesti akan pikir.. Nak masak apa berbuka nanti, kan?? Yelah.. salah satu cara menambat hati suami adalah dari masakan juga.. (walau den bukanya pandai masak sangat pun). So, setakat 3 hari berpuasa & bersahur bersama en hubby aku dah masak apa ekk... (nak refresh otak sat noh..) Sambil2 idupkan api kat dapur kayu ni bleh pk nak masak apa   Isnin... Tak silap aku tak masak pun. Beli juadah kat bazar ramadhan jer. Selasa aku masak ketam masak cili padahal en hubby request ketam masak lemak cili api.. Aku dengar macam ketam masak cili. Apapun tetap abis semua ketam2 itu di belasah en hubby sehingga keboroian sekejab malam tu. dan malam tu juga en hubby makan lebih banyak dari biasa. Lebih kurang camni la rupanya ketam masak cili aku   Rabu.. Masak juga. Aku masak ayam masak sambal dengan sup ayam serta sayur bayam. En. Hubby makan skit jer nasik dengan sup ayam sebab dia tak sihat. Kura...

TAHUKAH KAU RINGTONE KAU SANGAT MEMEKAK

Image
Tu dia.. tajuk entry pun orang tau alkisah yang nak di kisahkan. Bukan la nak mengumpat di bulan ramadhan yang mulia ni sekadar bercerita ceriti untuk di jadikan teladan. Senang cakap kita ke segmen mengumpat sambil belajar lah! Jom Uolls kita mulakan majlis.. Amik berkat.. Doa2 kan la jari puaka aku menjadi suci yer Tahu la enpon ko mahal.. communicator katanya. Takde rm3k jangan berangan la.. tapi 2nd hand bleh la dpt 6-7 ratus skang ni. Kalau ye pun enpon ko mahal ko tak reti2 ke rendahkan volume ringtone kau tu. Dah la full song ko set kat ringtone kau tu.. lagi ko tak jawab selagi tu la memekak. Tolong la respek orang lain sama. Ni opis bukan rumah hak milik peribadi. susah kan kalau orang jenis tak reti respek orang. Kang tego orang kata jeles.. Depa enpon bleh bukak katup.. cheq nye enpon tekan2 guna ibu jari jer   Bukan la niat nak mengumpat bagai tapi kalau dah hari2 camtu, nak2 pulak kadang enpon tu di biarkan jer bernyanyi kat situ lama - lama. Uolls sendiri pk la k...