Posts

AWAS! SANTAN PEKAT MUNGKIN DI CAMPUR AIR PAIP & TEPUNG

Ni lagi kes mengambil kesempatan atas kesempitan.. Soal sumber rezeki ni amat la berkait rapat dengan halal & haram namun berapa kerat la sangat yang menitik beratkan soal halal & haram kan?? Bukan la makan babi jer haram.. Makan riba pun haram.. Makan hasil tipu pun haram.. kan?? Kan?? Kan?? Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah segar. taktik itu dibongkar selepas pihak Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin. Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna. salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis...

KITAB AL-QURAN BERUSIA 500 TAHUN

Image
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpan di Perpustakaan John Rylands. Untuk berita sepenuhnya sila clik :  Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet Rujukan Kosmo.

1 HARI TAK UPDATE DAPAT 2 BE

Image
Kesihatan kurang memuaskan.. Tu yang bercuti juga 1 hari semalam tanpa update. Kebetulan lak time tu Broadband pun kena bar.. Ok sangat la. Sebab memang totally semalam 1 hari.. aku tido jer. Kurang selera makan buat badan jadi lemah & semakin letih. Perut lak sakit. Hari ni on je blog.. check tabung nuffnang.. Dapat lagi 2 BE di samping 4 BE yang still running kat blog. Alhamdulillah tu pun rezeki dari Allah. Tak dapat tiket free dapat 2 BE, ok la tu kan?? Rezeki setiap orang tak sama, kan?? Thanks pada yang sudi jenguk blog melekit ni even sejak 2 menjak ni kesihatan kurang memuaskan buat aku kurang jejak sangat kawan - kawan dari blog lain. Insyaallah kunjungan akan tiba juga bila semuanya ok. Thanks Nuffnang

ANDAI LUCKY DI BUANG SEMULA.. ADAKAH DIA AKAN BERTEMU DENGAN LUCK LAGI??

Kisah ni adalah kisah dari kesinambungan entri deqdeq berkenaan seekor anak kucing yang terjatuh dalam tasik & di selamatkan deqdeq namun atas sebab - sebab deqdeq menyewa bilik di rumah flat menyukarkan dia untuk memelihara lucky yang tidak sempurna seperti kucing - kucing lain. Deqdeq pernah membuat satu entri apa yang perlu dia lakukan kerana dia tidak terdaya untuk meneruskan niat membela lucky & deqdeq pernah juga terfikir nak buangkan semula lucky namun dari cerita deqdeq, aku dapat membayangkan Lucky takkan mampu hidup berdikari macam kucing terbiar lain. Kecacatan yang di alami Lucky jangankan nak mencari makan sendiri.. nak selamatkan diri dari ancaman musuh pun dia tak mampu. Walau ada blogger memberi kata - kata sokongan pada deqdeq.. Supaya membuang semula lucky, dan berdoa semoga Allah melindungi Lucky aku memang menegah deqdeq buat macam tu even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama sekiranya nak adopt lucky. Then aku cadangkan deqdeq tanya pada PAPA kucin...

KELANTAN TIDAK SEKAT PREMIS ARAK

Kerajaan Pas Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam. langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai ”China Town Maybe lesen di keluarkan untuk keperluan bagi non-muslim tapi kesempatan ini maybe di ambil oleh orang muslim yang ketagih arak juga. Kita sedia maklum kan.. Zaman sekarang yang minum arak bukan non-muslim jer.. Yang muslim pun dah takde segan silu teguk arak di tempat awam apatah lagi dalam club. Malah sesetengah artis2 kita di kalangan muslim pun nampaknya menjadikan benda ni satu budaya dah. Nak buat camna.. Hidup berbilang kaum, kan?? Nak haramkan.. bangsa lain pula rasa macam teraniaya, nak di keluarkan lesen dengan s...

KENAPA CIKGU SHIDA SUKA MENIDAKKAN HUKUM??

Image
Semakin di kenali.. Semakin di minati.. Semakin mengecap populariti.. Cikgu Shida nampaknya semakin jahil, kan?? Statement2 yang di keluarkan dari hari ke hari semakin tidak berpandukan akal langsung. Lebih senang cakap.. main sedap jari dia jer menaip. Apakah kerana nikmat yang Allah bagi pada dia sekarang membutakan hati cikgu shida ni. Tolong la cikgu shida.. Kamu semakin di kenali. Tolong keluarkan hujah2 yang bijak & mampu buat orang lain hormat pada kamu. Jangan la mempersendakan hukum lagi dengan statement2 kamu tu.. Tolong jangan menidakkan apa yang salah untuk membetulkan apa yang kamu sedang buat yer cikgu shida. Aku pun bukan baik tapi rasa sedih jugak bila cikgu shida seakan tidak berfikir bila bercakap soal hukum & agama. Korang sendiri nilai kata - kata cikgu shida ni yer... Kalo kata berlakon, menyanyi, menari tu berdosa, buat ape Allah bagi anugerah atau bakat tu kat kita? Kerana Allah mahu hamba-hambaNye mencari rezeki yang halal, yang tidak menyusahkan ...

SELEPAS KEMENANGAN JADI KONTROVERSI

Bestnya dengar Deqdeq dapat invite dari nuffnang lagi untuk premier screening Green Hornet tu.. Alahai Lekit Gagal dengan jayanya lagi. kekekekekekekeke.. Tapi memang la aku perasan lepas berjaya meragut 2 tiket untuk Rapunzel Premier Screening dulu tu.. Lepas tu jadi pula kontroversi kat blog sorang minah yang tak puas hati dengan pemilihan pemenang.. Katanya entri aku tak kreatif tapi still dapat tiket.. Lepas tu apa jer contest yang aku cuba join.. kebanyakkan tiket free dari nuffnang la tak lagi berjaya dapat. Maybe Nuffnang dah jadi selected lepas isu tu kot?? Or dah takut nak bagi Lekit tiket wayang lagi.. kekekekekekekeke Apapun tu rezeki masing - masing. Sekadar mencuba.. Dah takde rezeki maka tak dapat la so buat apa la nak pertikaikan orang yang dapat tiket. Yang penting next time kalau ada lagi contest tiket free nuffnang.. cuba & cuba lagi. Mana tau ada rezeki. Apapun tahniah la pada Deqdeq.. Tuah datang berganti - ganti gitu! Kalau dapat boleh la bersuai kenal deng...