Posts

GEMPAR! KUCING CURI BARANG DARI RUMAH JIRAN

Image
Aksi seekor kucing yang mencuri lebih 600 barang dari kediaman jiran-jirannya di sebuah bandar di California dirakam kamera pengawasan sejak tiga tahun lalu. kucing tersebut mengambil barang daripada span mandi dan mainan dinosaur hingga kepada pakaian renang,Tuala, sarung tangan, kasut, stokin dan permainan kanak-kanak antara barang yang dibawa kucing tersebut.Rakaman video menunjukkan kucing tersebut membawa beberapa barangan yang dicuri di mulut, termasuk satu pakaian labuh hingga membelit kakinya dan menyebabkan ia terincut-incut mengheret pakaian itu. Bukan makanan yang di curi tapi berupa barang & pakaian. Kenapa ekk dia mencuri benda - benda tu?? Agak kelakar tapi penuh misteri. Kalau si hero , kucing yang di potong kedua belah kaki depannya kerana mencuri ikan maybe sebab lapar, agaknya kalau kucing ni curi barang manusia kejam yang buat Hero jadi macam tu.. Rasanya hilang nyawa dah. Hero yang di kejami manusia Apapun dia hanya seekor kucing yang tak berakal. Haru...

APA ITU IKLAN CPC, BE & CPA NUFFNANG?

Bila Sang Lekit sebut BE, CPA.. ramai juga blogger yang tanya macam mana iklan BE, CPA tu.. Apa tu BE? Apa tu CPA?? Lekit dah mula faham.. CPC, BE & CPA ni hasil pembacaan kat blog - blog orang lain tapi bila nak karang entri pasal ni jadi blur lak. Okies.. Hasil rujukan dari apa yang Lekit search, Lekit share bersama Backlink ke blog tersebut. Yelah.. Just pinjam jer... Bukan niat nak plagiat artikel orang kan?? Tu pun sebab ramai sangat yang tanya setiap kali Lekit sebut pasal ni kat blog.. Jom Kita berkenalan dengan iklan - iklan nuffnang... CPC ( Cost per click ) Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak… CPM ( Buffered earnings (BE) ) Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan u...

SAAT TENGAH MALAM.. IKLAN BE MULA MENARI NARI

Meriah tengok blog sendiri. Rasa anggun, ayu & menawan gitu.. Kekekekeke Bukannya apa bila tengok iklan BE yang sedang rancak berjoget - joget.. Sejuk mata memandang apalagi hati mengenang, kan?? Sekarang ni jarang nak update or online midnite so bila skali skala dapat midnite online, nak2 lagi tengok iklan BE macam pesta muda mudi kat blog lagi la bertambah semangat berblogging. Apalah guna ada BE kalau iklan CPA jer yang dok keluar, kan?? So, Bila ada BE dari siang sampai tengah malam aktif jer dia kat blog, amatlah buat mana - mana hati blogger suka. Betul tak?? Tapi sekarang ni memang perasan kat blog aku... sentiasa aktif dengan iklan BE tak kira siang malam berbanding dulu tengah malam je baru nampak keaktifan dia. Apapun thanks Nuffnang sebab sudi penuhkan tabung saya.

SITI CALL

Wah.. korang ada Siti call?? Takde kan?? Harus la Sang Lekit berbangga sebab dapat call dari Siti. Teruja kan kalau dapat call dari Siti?? Siti mana ni Lekit Ooii.. Boleh tak jangan propa lebih - lebih?? Okies.. Lekit tak propa. Memang Siti Call tadi. Sebelum Siti call adik Lekit terlebih dahulu call minta izin nak bagi number aku kat Siti. So, lepas bagi keizinan tak sampai 5 minit siti call. Masalahnya Siti Mana?? Siti Nurhaliza ker?? Alahai... Lekit bukan cikgu shida yang popular sampai Dato Siti Nurhaliza nak call. Sapalah blogger tepian longkang ni yang tak semena - mena nak dapat call dari Dato Ct tu kan?? Siti ni adalah kawan baik aku sejak dari kecik lagi. Kiranya sebelum kenal ABC, aku kenal dia dulu la. Kira membesar sama - sama la hingga ke sekolah menengah. Menikmati zaman remaja yang penuh siku liku bersama - sama. Terpisah bila mak bapak dia bercerai. Tapi time still ada contact. Lost contact sejak 2 3 tahun ni jer... Dia kawen pun aku tak balik kampung, aku kawen pun...

BILA BERAS CURI LEBIH BERHARGA DARI NYAWA

Image
Sorotan dari kemalangan sebuah treler yang membawa beras semalam.. Hari ni dalam kosmo pemandu treler tu meluahkan perasaan kecewanya bila orang ramai lebih ghairah mencuri beras dari membantu mangsa kemalangan yang cedera. Mereka di biarkan selama satu jam tanpa di hiraukan rayuan mangsa meminta di hubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori. Dalam kejadian tu kelidan lori tersebut meninggal dunia. Aduhai orang - orang yang mencuri beras.. Kalau treler tu tak accident gamaknya anak bini korang kat umah mati kebulur kot sampai bersikap kejam macam tu. Dah la korang curi beras, bawak balik bagi family makan benda haram, sangat la bagus yer! Agaknya nilai beras tu lebih berharga dari nyawa kot sampai korang sanggup buat tak tau kat dorang. Sungguh keji la perangai pencuri - pencuri beras ni. Nak kata yang dok kutip beras - beras tumpah kat jalan tu orang - orang miskin yang tak cukup makan rasanya tak kot. Tak tau nak cakap macam mana spesis - spesis manusia macam ni t...

MONOLOG MELEKAT HARI INI

Bukan benci Namun jangan di ganggu Seperti aku.. Tak pula mencari kamu Memaut kehidupan aku dengan kamu dan kamu Kenapa kamu dan kamu itu Tak Malu? Kenapa harus ada lagi? Antara Kami? Kamu punya tak pernah aku tanya khabar berita Aku punya ada saja kamu cipta tanya Kamu dan Kamu itu Tolong jangan ada dalam kehidupan aku Sungguh aku tak suka Tolong jangan mengada ngada!

BILA OTAK BEKU.. HATI MULA CAIR

Sob.. sob.. Otak den harini membeku je. Nak update entri pun tak tau nak tulis apa. Tadi tergoda juga dengan segmen BA, Tuan Derector tu.. dah masukkan watak semua tapi tak tau nak buat cerita apa. Save dalam draff dulu ingat petang2 skit idea datang tapi sampai sekarang takde. Hati ini mula la menjadi cair.. kesedihan. Kenapa hari ni blur sangat. Tapi... Itulah manusia. ada hari jatuh & bangun. Ada hari penuh dengan idea.. ada hari yang macam lemau. Taknak push otak ni lebih - lebih. Kang dari suka - suka jadi duka lak. Kalau takde idea takpe la.. Rehat dulu. Maybe bukan rezeki nak join segmen BA tu. Baca paper hari ni pun takde apa artikel yang menarik minat nak kupas kupis. Sebab tu diamkan saja jari ni sepanjang hari. Maybe malam kot - kot ada something nak share. So ini cuma entri takde pengisian. Maaf ler kalau membosankan.