Posts

MISTERI POKOK BESAR MALAM HARI

Masa kecik - kecik pokok besar, pokok pisang atau pokok kekabu selalu je di kaitan dengan benda - benda menyeramkan. Macam kalau Lekit kecik dulu.. kalau pokok2 besar ni kononnya ada penunggu, kalau pokok pisang biasanya hantu toyol & kalau pokok kekabu selalu orang cerita nampak langsuir bergayut. Siang - siang hari keseraman tu takde menyerlah sangat. Takat 2 3 4 puluh kali lalu lalang depan pokok tu pun takde la terkencing dalam seluar. Tapi malam jer.. yang sangat - sangat popular time hantu merayap... bermula kisah seram yang pelbagai versi. Ini kisah pasal pokok cempedak besar tepi jalan. Masa kecik - kecik.. Sang Lekit mengaji kat kelas. Ada satu dewan yang di jadikan kelas berbayar untuk bebudak mengaji. So nak ke tempat ngaji tu tak jauh sangat dari rumah, then jalan kaki jer dengan kawan - kawan. Masa pergi lepas maghrib.. takde la takut. Almaklum malam masih muda kan. Lagipun takde lalu jalan hutan bakau or rimba belantara bagai. Lalu jalan tar jugak. Tapi yang menja...

9 ANAK DI TELAN IBU HIDUP - HIDUP

Cuak juga bagi sesapa yang menyaksikan kejadian ni depan mata. Mana tidaknya.. 9 anak yang masih bernyawa di telan Si Ibu hidup - hidup. Panik! Alkisahnya.. Tengah menyapu.. kat halaman sangkar anak - anak tikus aku tu (hamster) then terpandang something pelik di buat Si Lanun. Macam sesuatu je dia sorokkan. Aku pun check la dalam sangkar. Rupanya Lanun bersalin lagi kembar 9 pulak kali ni. Aduhai.. Sibuk la pindahkan dia ke case lain. Nasib baik memang ada 1 case yang  free. So, seperti biasa sumbat la si Lanun bersama 9 anak dia yang baru lahir tu. Merah2 lagi tu. Apa lagi macam pengalaman sebelum ni Si Lanun kalau bertukar case je meroyan la jadinya. Di panjat sana sini.. sambil kendong anak dia. Aku biarkan jer. Kejab lagi dia ok la tu.. Lepas menyapu aku usya balik sangkar Si Lanun.. Tinggal 3 je anak dia. Panik jugak. Lanun makan anak ker?? Aku usya anak yang di kendong dalam mulut. Rupanya bukan dia kendong dia sedang berusaha menelan anak dia. Aku tengok dua2 belah pipi...

ANEH! ULAR BERKEPALA KELI

Image
Makin tua bumi ni makin banyak benda pelik muncul. Bukan setakat UFO yang khabarnya dalam kosmo hari ni berlegar2 di kawasan bandar Brazil, malah dalam negara kita pun tak habis - habis dengan penemuan aneh. Haritu pokok petai menangis.. Maybe dia sedih kot tengok makhlu akhir zaman.. Dan hari ni satu lagi penemuan aneh & pelik di temui. Alkisahnya.. Seekor ular pelik yang mempunyai kepala seolah-olah seekor ikan keli ditemui berenang di dalam Sungai Kelantan mengemparkan penduduk Sungai Nyior Palekbang. badan ular berkenaan lembik, kulitnya pula kendur namun mengerutu seperti kulit biawak, berkepala seperti ikan keli, dan kulit berwarna keperangan itu mempunyai corak batik seperti ular sawa. ular tersebut sepanjang dua meter dan mempunyai berat tiga kilogram bagaimanapun masih belum diketahui spesiesnya. Maybe ular ni hasil percintaan Ikan keli & Ular sawa kot... kekekekekeke... Op's jangan percaya. Tu cuma gurauan melekit jer. Rujukan (Sinar Harian) : Gempar tangka...

DALAM BERBLOG TAKDE ISTILAH KAWAN ATAU LAWAN

Rancak tengok blogger bergaduh... Sana sini cuba menegakkan pendapat masing - masing. Lekit ni jenis bz body jugak.. kalau ada isu kontroversi je cepat - cepat nak ambil tahu. Nak tau juga apa kes?? Taknak rasa ketinggalan. Tapi Dalam pergaduhan blogger ni terus terang Lekit takde angkat sepanduk untuk mana - mana pihak samada menentang atau menyokong cuma mencari positif & negatif terhadap sesuatu isu tu. Sebab tu dalam berblog Lekit taknak gariskan siapa kawan siapa lawan. Apa yang baik Lekit jadikan contoh yang buruk kalau berkemampuan menegur sama - sama kita tegur untuk kebaikan & keuntungan bersama. Bukan la menegur atau mengkritik itu bermakna benci & dengki. Tapi sekadar memberi pandangan & pendapat untuk kebaikan bersama. Nak terima or tak terpulang. Takde paksaan. Dan menyokong itu tidak juga bermakna membodek atau mengampu. Bergantung apa yang di lakukan. Kalau memang ia mendatangkan kebaikan & keuntungan tak salah kita menyokong untuk sama - sama men...

PEMBERIAN MASA BERCINTA, IKHLAS KE MEMBERI??

Masa bercinta.. Semua nak bagi. Tak payah tunggu hari lahir tiap - tiap bulan ada saja gift yang di bagi. Katanya ikhlas, tanda cinta, tanda sayang, tanda kasih. Ikhlas masa bercinta.. Berapa peratus sangat la kan?? Berdasar pengalaman sendiri & pembacaan kisah - kisah orang lain.. Sang Lekit nak kopek sikit pasal isu ni. Lekit sejak umur belasan tahun memang la banyak dapat hadiah.. Tak kira la dari kawan mahupun ex-bf kan?? Kalau kad tu.. tak kira la kad raya or birthday berlagu - lagu. Besarnya sampai tak muat peti pos kat umah tu posmen nak sumbat. Hadiah ni tak tau nak cakap.. Macam - macam la. Dari sekecil2 kuman sampai sebesar2 alam.. Op's takde la besar alam. CD la.. VCD la.. Handphone la.. T-shirt, tudung, baju, rantai emas.. aduhai.. tak ingat dah. Kalau di simpan tu penuh jugak la bilik stor. Tapi ada yang ntah kemana dah. Nak - nak lagi dah berhijrah dari desa ke kota ni. Dari kawan - kawan kebanyakkan lelaki la suka memberi.. Memang takde la dorang minta balik....

NAK BELI BUMI SEDIAKAN RM14,844 trilion

Image
Sesapa yang rasa terkaya kat dunia ni nak beli bumi sila sediakan RM14,844 trilion yer... Macam mana Lekit tau ni harga planet bumi. Deal dengan sapa ni nak beli bumi?? Alkisahnya... Seorang saintis telah mencipta formula untuk menilai harga planet Bumi dan dia menetapkan Bumi berharga 3,000 trilion (RM14,844 trilion). Beliau membuat pengiraan itu berdasarkan faktor usia Bumi, saiz, suhu jisim dan beberapa statistik penting yang lain.Dia mendapati Bumi adalah planet termahal berbanding planet-planet lain di cakerawala. Menurutnya, terdapat sekitar 1,235 planet di alam semesta dengan Marikh bernilai sekitar £10,000 (RM49,500), Zuhrah pula cuma 1 penny (RM0.04). Manalah tau tabung Nuffnang korang mencecah RM 14,844 trilion boleh la beli bumi. kekekekekekekeke. Apapun kita hanya menumpang di bumi Tuhan ni.. So, tak payah la berangan kita mampu memiliki even kita ada duit sebanyak tu pun. Dah menumpang tu buat la cara menumpang. Kan??? Rujukan (kosmo) : Bumi berharga RM14,844 trilio...

WANG & POPULARITI MENGHUMBAN BLOGGER KE LEMBAH PELACURAN

Wah tajuk!! Hot & spicy gitu. Ramai dah dok kecoh - kecoh pasal blogger pelacur.. Ingatkan ada pelacur buat blog then mempromosikan aktiviti pelacuran rupanya tak?? Abis tu Lekit mendanya. Okies.. sekali lagi mencetuskan kontroversi di dalam dunia blog, Lensarosak membuat kupasan pasal pelacur blogger. Panas! Pedas! Perit! Lekit nak ambil sikit statement dari entri panas lensarosak ni yer sebelum mengopek dengan pandangan peribadi melekit pula Mengubah justifikasi blog akan menyebabkan dunia blog menjadi tunggang-langgang dan carca marba. Pada masa hadapan nanti, jika ia tidak di bendung. Dunia blog akan menjadi jijik dalam mata manusia kerana rakusnya para blogger mengejar dua hasil kapitalisma dunia iaitu ; wang dan populariti. Apakah itu pelacur blogger? Pelacur bloger boleh di definasikan sebagai seorang blogger yang mempunyai sikap untuk melacurkan pemikiran dan tindakannya dalam dunia blog di mana ia bertentangan dengan terma justifikasi blog demi mengejar wang dan po...