Posts

PENGANTIN SARUNG CINCIN GUNA KAKI

Image
Kompang berbunyi, bau nasik minyak.. Tanda apa Uolls. Bukan majlis berkhatan yer.. Ni majlis nikah salah seorang abang yang sang Lekit kenali masa zaman aktif call radio dulu. Tu zaman belasan tahun. Masih kat sekolah menengah lagi. Sabtu lepas abang rahmat telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan si dara manis dari perak. Tahniah buat abang rahmat & isteri. Lepas ni dah bertambah tanggungjawab abang. Moga gembira melewati alam rumahtangga. Jangan delay2.. Tahun depan pastikan ada orang baru dah, ok. Apa kena mengena dengan tajuk entri dengan kisah orang kawen ni?? Kejab lagi Sang Lekit tunjukkan aksi istimewa yang orang lain takkan boleh buat melainkan abang rahmat jer. Tanpa berlengah lagi jom kita tengok gambar - gambar pernikahan abang rahmat yang Sang Lekit culik di FB beliau. Moga abang rahmat tak marah yer... Debaran di teruna. Hanya sekali lafaz jer.. Cayalah bang!  Acara wajib setelah sah sebagai suami isteri. Abang Rahmat special case so dia boleh buat macam...

KESILAPAN STATUS FB. S.W.T jadi S.A.W

Image
Bukan la nak mengaibkan sesapa atau mengutuk atau ketawakan dia just terfikir jer tahukah dia singkatan dari apa yang dia tulis tu?? Atau dia tak sengaja?? Nak tau apa benda?? Meh kita tengok attachment ni... Antara dua sebab jer berlaku kesilapan macam ni.. pertama, mungkin dia tak paham antara maksud S.A.W & S.W.T tu. Kedua mungkin dia tak sengaja... Apapun ini entri sekadar entri selingan jer, Tak berniat nak mengaibkan sesiapa sebab tu Sang Lekit tak paparkan identiti si penulis status ni.

MUSIM SAKIT

Maybe sekarang musim anak bulu - bulu sakit kot.. Baca kat blog kucing terbiar dot com pun banyak kucing2 papa tu sakit. Sedih bila baca kucing yang namanya Adik dah meninggal dunia. Adik kucing yang cacat penglihatan. Kisah adik ni memang sedih. Menurut apa yang Sang Lekit baca dari blog kucing terbiar dot com adik adalah mangsa kekejaman manusia juga. Matanya di ambil oleh tuan kucing lain untuk di gantikan pada kucing beliau mungkin mengalami masalah penglihatan juga. Kemudian adik di buang macam tu sahaja. Mujur Papa Hero jumpa & selamatkan dia & kemudian serah kat Papa kucing terbiar dot com. Kalau tak silap Sang Lekit macam tu la ceritanya. Apapun penderitaan si adik dah berakhir. Sebelum akhir hidupnya dia dah temui kehidupan yang bahagia bersama insan mulia yang menyelamatkan sekaligus memberi pelindungan & dan kasih sayang padanya. Tidak lah akhir ceritanya hidupnya berakhir di jalanan kan?? sekurang - kurangnya perginya berkubur. Anak - anak bulu Sang Lekit pu...

KRIS DAYANTI TAK MALU HAMIL ANAK LUAR NIKAH

Wah dahsyat kan zaman sekarang?? Kalau kita hamil luar nikah ni kalau boleh taknak sesapa pun tau lebih2 lagi masyarakat. Dah tentu jadi buat mulut orang berlainan pula artis seberang sorang ni yang tidak rasa benda tu mengaibkan & kononnya mahu bersikap jujur walau bayi yang di kandungnya adalah hasil hubungan luar nikah. Alkisahnya kris dayanti yang kini hamil empat bulan walau baru bernikah dua bulan lalu. Kata beliau.. Itu rezeki & tidak mahu menyembunyikan kandungannya. Kononnya mahu bersikap jujur walaupun dia tahu bakal menjadi umpatan orang. Nak puji ker nak apa ni?? Apa yang boleh di puji sikap jujur & berterus terangnya. Lagipun dia bertanggungjawab atas kesilapannya tidak membuang kandungan tersebut walau kalau dia nak buat pun boleh. Kan?? Apa yang tak boleh di jadikan contoh kita semua sedia maklum. Jangan la terlalu terbuka sangat sampai dah takde sifat malu dalam diri. Sampai hamil luar nikah pun macam perkara biasa yang tidak menjatuhkan maruah lagi. R...

MARAH ANAK, MAK BAPAK DI KEJI & MARAH MAK BAPAK ANAK DI CACI

Tertarik pula nak kopek isu ni setelah membaca di blog woofer strom berkenan dengan topik Best main nama bapa. Walau ia berlaku dalam kehidupan seharian & sudah di anggap satu perkara biasa tapi kadang - kadang kita terlepas pandang something yang sebenarnya bermoralkan tidak baik. Kanak - kanak, remaja & tak kurang juga yang dewasa masih mengamalkan cara macam tu. Cara macam mana tu sang Lekit?? Contohnya.. Meon gaduh dengan Ani.. Meon cakap Anie katek, Ani nak kutuk meon melalui fizikalnya di lihatnya semuanya perfect.. tinggi lampai, hensem, badan sasa.. So, Ani pun tercari cari la sesuatu yang boleh di kutuk supaya Meon pun sakit hati. Tiba - tiba Si Ani teringat yang bapak Meon ni boroi, gigi jonggang & kulit hitam legam.. Maka di Ani gunakan kekurangan yang ada pada bapak Meon untuk mengutuk balas Si Meon. Tu contoh dari cerita kan.. Apa yang sang lekit nak bangkitkan kat sini kenapa pula gaduh dengan anak, ko keji bapak dia sedangkan dia cuma mengata kau tak meng...

NAMA GELARAN YANG MEMALUKAN

Sebagai anak desa walau telah berhijrah ke kota tapi Sang Lekit masih tak lupa asal usul. Biarpun di lahir & di besarkan kat kampung.. Namun remaja sang lekit tidak banyak kisah sekitar kampung sebab masa tu dah pandai bergaul & bersosial di luar. Itu kisah budak - budak baru nak up kata orang. Bukan kisah tu yang di kopekkan tapi isu gelaran orang kampung pada seseorang. Kat kampung ni kalau sebut nama mat, mail, dollah, salleh memang kadang - kadang ramai. Sebab ramai orang yang mempunyai nama & nama panggilan yang sama maka wujudkan gelaran yang pelbagai. Kadang - kadang mengikut sifat, sikap & perawatakkan. Macam pendek, tinggi, gemuk & macam - macam la. Bagi gelaran yang biasa mengikut fizikal tu kadang - kadang boleh la terima tapi bagi gelaran yang kadang - kadang mengaibkan tu hingga jadi bahan ejekkan orang lain pada individu tu atau keluarganya bagi sang lekit agak melampau. Kat kampung sang lekit ni memang sangat popular la dengan nama gelaran.. Macam...

25 MINGGU?? RASA SEKEJAB JER

Hari ni takde takut - takut lagi. Selamba jer hulur tangan pada drakula.. Takde main tarik2 tangan lagi dengan akak baju putih. Bangganya aku!! Cerita apa ni sang lekit?? Alah kisah pasal perut boyot aku la. Hari ni appointment dengan klinik untuk pregnant check up. Takde lagi adengan suspen menanti giliran nak ambil darah. Masa ambil darah pun takde lagi takut - takut. Pengalaman pertama dah bagitau macam mana rasanya drakula halus itu menyedut darah ku. Alhamdulillah menurut nurse yang baik hati lagi sopan & lemah lembut tu Puan Mazlinda Binti Musa (beliau sedang hamil 8 bulan) usia kandungan lekit dah masuk 25 minggu bermakna dah 5 bulan ok! Bukan 4 bulan lagi. Bagus misi Mazlinda ni senang Sang Lekit nak bertanya or merujuk apa - apa. Dia tak banyak bebel tapi cukup ramah & baik menjawab & memberitahu maklumat yang Sang Lekit nak tahu. Tak macam misi Tua tunggu hari nak pencen last month  makcik azimah Bt Mat Aroff tu.. Yang di tanya nak tak nak jer dia jawab da...