Posts

CIKGU SHIDA SUDAH BERUBAH..

Image
Dulu... Kini Beliau bangga jadi cikgu tapi tak suka di panggil cikgu kecuali di sekolah jer. Semoga peminat cikgu shida maklum akan perkara ni yer.. Sekian terima kasih! P/s : Apa yang Sang Lekit faham kalau kita bangga dengan kerjaya kita, mestilah kita rasa bangga juga dengan gelaran yang di beri walau di mana juga kita berada. Di Berita harian online seseorang telah menulis di ruangan surat tentang cikgu shida.  Sepatutnya Cikgu Shida memikirkan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak muridnya, atau mencungkil bakat anak muridnya melalui penganjuran program kesenian. Bukan tujuan saya menidakkan bakat kreatif Cikgu Shida, tetapi di mana integriti anda sebagai seorang penjawat awam yang bergelar pendidik, yang kita tahu satu tugas yang amat mulia, mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang manusia berguna pada masa hadapan? Melihat aksi beliau dalam videonya pada laman web Youtube, saya begitu jelak dan hairan melihat seorang guru wanita, berpakaian seperti ...

SETAHUN SUDAH

Image
Diam tak diam.. pejam celik.. duduk, bangun, baring dah setahun rupanya. Setahun apa tu?? Setahun jagung ker?? Oh.. bukan.. Hari ni 28 April 2011 genap setahun Sang Lekit bergelar isteri kepada en hubby. Hari ni merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Rasa sekejab jer.. zaman bujang, zaman gadis, zaman anak dara, zaman gedik - gedik tu berlalu. Alhamdulillah jodoh kami masih di panjangkan sehingga hari ni & moga ia berkekalan hingga ke akhir hayat. Setahun lalu... Dalam melayari alam rumahtangga selama setahun ni.. di akui tidak hanya yang manis - manis jer datang menyenguk. Seperti suami isteri yang lain, dugaan & ujian dalam rumahtangga tu tetap ada. Berkat sabar & cuba memperbaiki kelemahan masing - masing alhamdulillah ia masih mampu bertahan sehingga hari ni. Setahun kemudian..   Genap setahun usia perkahwinan kami, maka genap jugak la setahun pemergian arwah ayah pada 24 april 2011 yang lalu. Kehilangan Ayah masih Sang Lekit rasai sampai hari ni...

PENGANTIN SARUNG CINCIN GUNA KAKI

Image
Kompang berbunyi, bau nasik minyak.. Tanda apa Uolls. Bukan majlis berkhatan yer.. Ni majlis nikah salah seorang abang yang sang Lekit kenali masa zaman aktif call radio dulu. Tu zaman belasan tahun. Masih kat sekolah menengah lagi. Sabtu lepas abang rahmat telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan si dara manis dari perak. Tahniah buat abang rahmat & isteri. Lepas ni dah bertambah tanggungjawab abang. Moga gembira melewati alam rumahtangga. Jangan delay2.. Tahun depan pastikan ada orang baru dah, ok. Apa kena mengena dengan tajuk entri dengan kisah orang kawen ni?? Kejab lagi Sang Lekit tunjukkan aksi istimewa yang orang lain takkan boleh buat melainkan abang rahmat jer. Tanpa berlengah lagi jom kita tengok gambar - gambar pernikahan abang rahmat yang Sang Lekit culik di FB beliau. Moga abang rahmat tak marah yer... Debaran di teruna. Hanya sekali lafaz jer.. Cayalah bang!  Acara wajib setelah sah sebagai suami isteri. Abang Rahmat special case so dia boleh buat macam...

KESILAPAN STATUS FB. S.W.T jadi S.A.W

Image
Bukan la nak mengaibkan sesapa atau mengutuk atau ketawakan dia just terfikir jer tahukah dia singkatan dari apa yang dia tulis tu?? Atau dia tak sengaja?? Nak tau apa benda?? Meh kita tengok attachment ni... Antara dua sebab jer berlaku kesilapan macam ni.. pertama, mungkin dia tak paham antara maksud S.A.W & S.W.T tu. Kedua mungkin dia tak sengaja... Apapun ini entri sekadar entri selingan jer, Tak berniat nak mengaibkan sesiapa sebab tu Sang Lekit tak paparkan identiti si penulis status ni.

MUSIM SAKIT

Maybe sekarang musim anak bulu - bulu sakit kot.. Baca kat blog kucing terbiar dot com pun banyak kucing2 papa tu sakit. Sedih bila baca kucing yang namanya Adik dah meninggal dunia. Adik kucing yang cacat penglihatan. Kisah adik ni memang sedih. Menurut apa yang Sang Lekit baca dari blog kucing terbiar dot com adik adalah mangsa kekejaman manusia juga. Matanya di ambil oleh tuan kucing lain untuk di gantikan pada kucing beliau mungkin mengalami masalah penglihatan juga. Kemudian adik di buang macam tu sahaja. Mujur Papa Hero jumpa & selamatkan dia & kemudian serah kat Papa kucing terbiar dot com. Kalau tak silap Sang Lekit macam tu la ceritanya. Apapun penderitaan si adik dah berakhir. Sebelum akhir hidupnya dia dah temui kehidupan yang bahagia bersama insan mulia yang menyelamatkan sekaligus memberi pelindungan & dan kasih sayang padanya. Tidak lah akhir ceritanya hidupnya berakhir di jalanan kan?? sekurang - kurangnya perginya berkubur. Anak - anak bulu Sang Lekit pu...

KRIS DAYANTI TAK MALU HAMIL ANAK LUAR NIKAH

Wah dahsyat kan zaman sekarang?? Kalau kita hamil luar nikah ni kalau boleh taknak sesapa pun tau lebih2 lagi masyarakat. Dah tentu jadi buat mulut orang berlainan pula artis seberang sorang ni yang tidak rasa benda tu mengaibkan & kononnya mahu bersikap jujur walau bayi yang di kandungnya adalah hasil hubungan luar nikah. Alkisahnya kris dayanti yang kini hamil empat bulan walau baru bernikah dua bulan lalu. Kata beliau.. Itu rezeki & tidak mahu menyembunyikan kandungannya. Kononnya mahu bersikap jujur walaupun dia tahu bakal menjadi umpatan orang. Nak puji ker nak apa ni?? Apa yang boleh di puji sikap jujur & berterus terangnya. Lagipun dia bertanggungjawab atas kesilapannya tidak membuang kandungan tersebut walau kalau dia nak buat pun boleh. Kan?? Apa yang tak boleh di jadikan contoh kita semua sedia maklum. Jangan la terlalu terbuka sangat sampai dah takde sifat malu dalam diri. Sampai hamil luar nikah pun macam perkara biasa yang tidak menjatuhkan maruah lagi. R...

MARAH ANAK, MAK BAPAK DI KEJI & MARAH MAK BAPAK ANAK DI CACI

Tertarik pula nak kopek isu ni setelah membaca di blog woofer strom berkenan dengan topik Best main nama bapa. Walau ia berlaku dalam kehidupan seharian & sudah di anggap satu perkara biasa tapi kadang - kadang kita terlepas pandang something yang sebenarnya bermoralkan tidak baik. Kanak - kanak, remaja & tak kurang juga yang dewasa masih mengamalkan cara macam tu. Cara macam mana tu sang Lekit?? Contohnya.. Meon gaduh dengan Ani.. Meon cakap Anie katek, Ani nak kutuk meon melalui fizikalnya di lihatnya semuanya perfect.. tinggi lampai, hensem, badan sasa.. So, Ani pun tercari cari la sesuatu yang boleh di kutuk supaya Meon pun sakit hati. Tiba - tiba Si Ani teringat yang bapak Meon ni boroi, gigi jonggang & kulit hitam legam.. Maka di Ani gunakan kekurangan yang ada pada bapak Meon untuk mengutuk balas Si Meon. Tu contoh dari cerita kan.. Apa yang sang lekit nak bangkitkan kat sini kenapa pula gaduh dengan anak, ko keji bapak dia sedangkan dia cuma mengata kau tak meng...