Posts

TERPILIH UNTUK 100 BLOGGERS TO ADVERTISE DARI EXABYTES TAPI TAK TAHU NAK BAGI QUATATION LAK

Pada mula Sang Lekit tak rasa nak buat entri pasal ni. Kang orang cakap nak menunjuk pula tapi memandangkan sang lekit memang perlukan bantuan pernafasan dengan segera so rasanya tak salah kot niat tu. Cuma inginkan bantuan dari mereka2 yang dah pun terjebak dengan exabytes ni. Okies ceritanya bermula bila sang lekit terbaca entri kat blog sapa entah pasal exabytes mencari 100 blog untuk menyewa ruang iklan mereka. So, sang lekit like la kat fanpage exabytes ni untuk tahu butiran lanjut. Memang mula - mula tak mimpi pun nak dapat sebabnya yang di cari cuma 100 blog tapi kita sedia maklum kan blog sekarang berlambak - lambak. Bila tak di harap tu datang pula bergolek. Dan dapat la sang lekit email bertulis sedemikian rupa... Hi Sir/Madam, Thank you for your statistic. I would like to confirm with you again, your average traffic a day is roughly 310. We are interested to advertise at the top part of your sidebar, 160x300 or 728x90 below your blog banner. Kindly quote us y...

PERBEZAAN ANTARA TOMBOY, PENGKID, LESBIAN & GAY PENGKID

Image
Kalau zaman sekarang dah macam satu budaya & bukan sesuatu yang pelik lagi kalau kita dengar, nampak & terbaca kisah golongan ni. Kadang - kadang kita keliru perbezaan antara ketiga - tiga spesis ni yang kita anggap sama. berpewatakkan seperti lelaki & bernafsu pada golongan sejenis. Meh kita kenali dengan lebih dekat perbezaan antara 3 spesis yang semakin membiak di kalangan masyarakat kita ni. TOMBOY - ialah perempuan berpakaian seperti lelaki, tetapi mereka masih mempunyai naluri seks terhadap lelaki. Ini bermaksud, golongan ini dari segi sifat kewanitaannya masih normal. PENGKID - diertikan sebagai perempuan yang cuba sedaya upaya berkelakuan, bercakap dan berpakaian seperti lelaki. Dari segi naluri kejantinaan, mereka menyukai kaum sejenis, iaitu perempuan. LESBIAN -  perempuan yang pada fizikalnya kelihatan jelas normal, tetapi pada naluri kejantinaan, mereka meminati kaum sejenisnya.  GAY PENGKID  -  Dalam komuniti pengkid ...

ROTI 60SEN HADIAH UTAMA PERTANDINGAN KARAOKE

Image
Kelakar pula baca. Memang sedih la pemenang pertandingan karaoke bila hanya menerima sebungkus roti 60sen dan baucer bertulis tangan serta ucapan tahniah. Aduhai.. kalau pertandingan nyanyi - nyanyi macam sang lekit selalu main masa zaman budak - budak dulu tu tak pelik la. hadiah sebungkus jajan, gula - gula, biskut & roti. Ni pertandingan karaoke yang diadakan di sebuah pasaraya dapat hadiah sebungkus roti. Gambar sekadar hiasan Tapi bukan la hadiah ni di janjikan pada pemenang sebenarnya. Ni kes tipah tertipu la ni. Hadiah yang di janjikan pada pemenang pertama wang tunai RM300, RM200 dan RM100 bagi pemenang di tempat kedua dan ketiga. Apa yang lebih istimewa lagi dari pemenang pertama sehingga la saguhati semua dapat hadiah roti. Takpe baik untuk kesihatan tu. Kekekekeke Alasan pihak penganjur pula cek belum di tunaikan, boleh gitu?? Macam mana la perancangan awal dorang nak anjurkan sesuatu pertandingan kalau takde persediaan rapi sampai jadi kes macam ni. Lepas janji pul...

NAK BERTUNANG SAMPAI TERPAKSA MINTA WANG TEBUSAN

Duit ni buat manusia hilang akal kadang - kadang. Biarpun bertunang cuma salah satu adat tapi mungkin kerana ketegasan dari pihak perempuan yang tak nak skip adat bertunang ni buat seorang lelaki terpaksa mencari helah untuk mendapatkan wang bagi kegunaan perbelanjaan untuk bertunang dengan kekasih hati. Alkisahnya seorang pemuda memperdayakan bakal tunangnya, mendakwa kononnya beliau di culik & penculik meminta wang tebusan sebanyak RM42K & kereta milik bakal tunangnya. Si gadis yang mengelabah ni nasib baik la masih waras & membuat laporan polis sehingga terbongkar la rahsia bahawa penculikan ni cuma satu sandiwara dari lelaki yang bakal bertunang dengannya tahun ni. Sebab nak bertunang punya pasal dah jadi kes jenayah.. Kalau di sabitkan kesalahan bakal di kenakan hukuman hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan. Berbaloi ke? Kenapa agaknya lelaki ni sampai bertindak sedemikian rupa kalaupun kesempitan wang untuk perbelajaan pertunan...

PELAJAR UITM DUNGUN INSAF SELEPAS MURTAD

Seorang penuntut sebuah universiti yang masih muda remaja mengakui pernah menukar agama kepada kristian dan kini telah insaf dan kembali kepada agama islam. Fariz Ilham Mohd Zulkifli penuntut berusia 19 tahun & menuntut di Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu dalam jurusan Diploma Seni Kulinari. Mujur la kau cepat sedar. Tak tahu apa punca remaja lelaki tersebut menukar agama asalnya dulu kepada kristian tapi apa yang lebih penting adalah keinsafan & kembali pada agama Islam. Moga ia menjadi pengajaran pada kita semua. Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia sudah insaf dan kembali memeluk Islam. Untuk berita sepenuhnya sila clik KOSMO  

SIAPA YANG MAKAN CILI TU?

Kadang - kadang rasa lucu.. Kadang - kadang rasa pelik & kadang - kadang rasa biasa la tu. Hidup ni banyak kebetulan.. Kadang - kadang apa yang kita cakap tu bukan la di tujukan buat sipolan namun contoh cerita yang kita ambil adalah dari sipolan yang lain tapi dah kebetulan sama pula kejadian maka sipolan yang lagi satu terasa kita bercakap pasal dia. Apa kes pulak sang Lekit ni?? Jom Sang Lekit nak kopek isu siapa makan cili dia la rasa pedasnya. Susulan dari entri canang kisah cinta yang pernah sang lekit tulis dalam blog tadi sang lekit sempat jenguk satu ruangan sembang ni. Selalunya enter jer lepas tu entah kemana - mana sang lekit bawa jari ni merayap ke page lain. Sekali sekala jer jenguk & berbual. Nak di jadikan cerita, mungkin jodoh la kot tetiba asyik dok membaca sepasang manusia ni berbual terperasan sesuatu dari perbualan mereka. Dari ayat - ayat dorang seperti menyindir sang lekit sebab ada di antaranya ayat yang tertulis dalam entri canang kisah cinta tu. Wa...

HARUSKAH KITA JADIKAN MEREKA BAHAN KETAWA, GURAUAN & EJEKKAN?

Mereka pun manusia. Mereka pun ada perasaan biarpun mereka kurang normal dari segi akal & fikiran namun bukan bermakna mereka tak punya rasa. Mereka juga rasa gembira, rasa sedih, rasa lapar, rasa haus & rasa semua yang kita rasa walaupun perasaan & fikiran mereka tidak sesempurna kita atau secerdik, sematang atau sebijak kita. Haruskah mereka di jadikan bahan gurauan & ejekkan yang memalukan seolah2 mereka tidak punya perasaan. Bukan pilihan juga kehendak mereka di lahirkan terencat akal, kurang cerdik atau lurus bendul dan bukan pilihan mereka juga kalau lahirnya mereka normal tapi di pertengahan jalan mereka jadi kurang siuman atas sebab - sebab tertentu. Kenapa masyarakat selalu menjadikan mereka contoh untuk di ejek, di ketawa & di jadikan bahan gurauan?? Sang Lekit pun pernah juga terjebak dalam perkara - perkara demikian dulu.. Tapi entah kenapa semalam terdetik di hati kalaulah aku di tempat mereka, apa yang aku rasa? Bila golongan macam tu.. kita sewena...