Posts

HARAM MENDEDAHKAN AIB SENDIRI

Isu budak sekolah yang tanpa segan silu mendedahkan rahsia status dara & perlakuan seks luar nikah dia tu masih lagi hangat di perkatakan, sampai isu ni di bincangkan dalam MHI (menurut salah satu blog yang Sang Lekit baca la..). Tak nak sentuh pasal si adik yang masih mentah tu tapi sang lekit nak kongsi hukum kita mendedahkan aib sendiri. Walaupun ianya berkaitan dengan perilaku buruk kita sendiri tidak melibatkan orang lain tapi tetap haram bila kita mendedahkan seolah - olah bangga dengan perilaku buruk yang kita lakukan. Menunjukkan betapa hebatnya kita yang berani melakukan dosa. (Rujukan : GEDUNGiLMU.COM ) Jadi jangan la kita rasa betul & tidak salah bila kita kononnya hanya bercerita pasal diri sendiri walaupun sesuatu itu mengaibkan sebab ia tidak melibatkan orang lain. Jangan berbangga - bangga dengan dosa & perilaku buruk sendiri semata - mata untuk di pandang hebat. Dan jangan pula menggunakan alasan kononnya menjadi diri sendiri walaupun ianya jelas amat ke...

MAYAT KAMAL ATATURK TIDAK DI TERIMA BUMI

Image
 Hasil carian google. Sekadar hiasan Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasiqan Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya: 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat). 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara. 4. Menggalakkan minum arak 5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diu...

SERANG LANUN KAT THE CURVE

Image
Satu hari siang tadi asyik cerita pasal Mak Enon & Pak Meon (Anonymous) jer.. Macam bagi publisiti sia - sia pulak kan pada spesis tu. Apapun ada yang kantoi menyamar Anon untuk kutuk sang lekit kat blog ni dah senyap selepas dia tahu identiti & blog nya sang lekit dapat kesan. Bagus la dik.. Kalau rasa niat tu baik tak payah jadi Pak Meon yer nak tegur. Biasa la budak - budak, kita maafkan je. Okies tutup cerita pasal Mak Enon & Pak Meon tu.. Ni kes serang lanun kat the curve. Serang Lanun?? Ke kena serang dengan lanun?? Taklah.. memang serang lanun. Dahsyat kan sang lekit. Kekekekekekeke. Menyerang pawagam untuk menonton Pirates Of Caribbean (On Stranger Tides) apa nak dahsyatnya. Ramai yang join menyerang GSC The curve walau semalam bukan hari minggu pun. Banyak cerita2 best sedang di tayangkan kat pawagam bulan ni mesti la ramai taknak lepaskan peluang. Semua orang tahu dari episod pertama Filem Pirates Of Caribbean sampai la yang terbaru ni ceritanya memang tak me...

MENJAWAB FITNAH ANONYMOUS TENTANG MEWARNA RAMBUT

Image
Tudia komen Si Anon pada entri ANONYMOUS LEBIH BERMINAT KOMEN PASAL AURAT . Jelas terbukti fitnah & tiada bukti tuduhan si anon tu. Bila masa pula sang lekit warnakan rambut. Air kat rumah pun jernih, putih & bersih takde karat - karat. Rambut sang lekit pun warna hitam semulajadi takde pula sang lekit warnakan dengan warna2 tiruan ni. Aduhai Si Anon.. Anda menegur tentang kekurangan diri saya tapi jelas sekali anda juga kurang didikan agama dalam hal ni. Menuduh tanpa bukti adalah fitnah apatah lagi menuduh sesuatu yang orang lain tak buat. Sejahil jahil diri sang lekit ni wahai Cik Anon.. Ada batasannya juga perbuatan sang lekit. Dia tanya lagi macam mana nak sembahyang?? Ambil wuduk & tunaikan solat macam biasa. Lagipun sang lekit pernah terbaca artikel pasal warnakan rambut ni.. Jom Sang Lekit kongsikan sedikit. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-i...

ANONYMOUS LEBIH BERMINAT KOMEN PASAL AURAT

Image
Nampaknya blog melekit mula di serang makhluk bernama Anonymous atau popular dengan gelaran Anon..  Apa saja isu yang sang lekit kopek lebih - lebih lagi berkaitan dengan pandangan, pendapat & teguran secara peribadi mesti muncul Anon menjadi penyeri. Paling banyak cik/en Anon ni nak komen pasal aurat.. Sebab bagi dia itu sahaja kot kelemahan yang sang lekit ada untuk di jatuhkan walau tersasar dari isu yang sang lekit tulis dalam entri yang di komen. Sang Lekit dapat detect.. Ada pengomen tetap di blog sang lekit yang bernama Anon. Balik - balik aurat juga di sebut. Bukan la sang lekit menidakkan komen tu tapi cuma salah topik jer. Dah tu.. Asyik2 benda yang sama di sebut. Dah takde cara lain kot dia rasa nak jatuhkan sang lekit walaupun sang lekit tak rasa jatuh apatah lagi tertiarap pun dengan komen cik/en Anon tu. Sang lekit terima sebagai peringatan & pesanan seorang kawan kepada seorang kawan la komen - komen macam tu walau sang lekit yakin komen2 tu sekadar cuba ...

KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.

Image
Lagi kisah yang sang lekit nak kopek dari isu yang berkaitan dengan penulisan blog. Mungkin mereka - meraka nak rasa diri berani, bersuara lantang, terbuka & tidak kisah dengan maruah diri lalu membuka segala aib yang ada untuk pembacaan umum dengan bangganya sedangkan dalam Islam pun kita di galakkan menutup aib sendiri kalau memudaratkan. Tak perlu nak jujur sampai tak fikir kesannya pada diri sendiri, keluarga & orang - orang yang ada pertalian darah dengan kita. Hasil carian google. Sekadar hiasan Mungkin isu pengakuan berani seorang gadis dalam laman blognya menyatakan dia memang takde dara & pernah melakukan seks luar nikah ramai yang dah tahu. Tapi nak juga sang lekit berkomen secara peribadi tentang isu ni. Mungkin usia yang terlalu muda buat gadis ni cetek akalnya bila buat keputusan tanpa fikir panjang untuk menulis aibnya sendiri secara terbuka. Kesannya bukan hanya pada gadis tu malah keluarga  gadis tu juga terutama mak bapak dia. Mungkin dia rasa peng...

TERIMA HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI SELEPAS SERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK

Image
Hanya menduduki tempat ketujuh dalam pertandingan Ratu cantik, seorang remaja perempuan di rejam sampai mati kemudian mayatnya di tinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat remaja tersebut di temui selepas seminggu ia di laporkan hilang. Wajah peserta pertandingan ratu cantik yang di rejam sampai mati Tiga pemuda Islam sedang di siasat polis terhadap kes pembunuhan tersebut. Menurut sumber, pemuda tersebut menganggap kematian remaja tersebut itu di benarkan mengikut hukum Islam. Salah seorang dari suspek juga mendakwa remaja tersebut melanggar undang - undang syariah dan beliau tidak kesal dengan perbuatannya merejam remaja perempuan itu sehingga mati. Tapi perkara ni bukan berlaku kat Malaysia tau.. Tapi nun jauh kat Ukraine sana. Nak mengopek secara terperinci terhadap hukuman rejam terhadap remaja yang menyertai pertandingan ratu cantik ni sang lekit tak sempat nak search lagi apapun kalau ada masa Insyaallah sang lekit cuba mencari informasi berkenaan perkara tersebut untuk kita sa...