Posts

CIKGU SHIDA SERIK BERLAKON

Image
Pekehelnya Yong Ooi?? Alahai baru shoot 1 telefilem dah serik ni. Tak pulak di perjelaskan kenapa & mengapa tapi dari status di Fanpage Fb beliau macam tu la bunyi luahannya Berlakon telefilem ni tak macam Cikgu shida berlakon dalam video miming yang 100% mengikut kreativiti & selera cikgu shida. Yang keluar budget orang lain, mengarah orang lain, editing orang lain, custom & make up orang lain.. Bak kata orang setiap bahagian tu ada la orang - orang yang bertanggungjawab buat. Tak boleh nak ikut selera sendiri jer. Sepatutnya cikgu shida sedia maklum akan semua tu dari awal sebelum mengambil keputusan sain kontrak berlakon. Sekarang dah menyesal.. camna tu yong?? Kata nak mencuba & memperluaskan bakat dalam bidang lain. Takkan la dugaan macam ni pun dah putus asa. Kecewa peminat cikgu shida yang beribu riban. Mungkin dorang teringin nak tengok cikgu shida tercalon dalam anugerah bintang popular tahun depan. Tapi kalau baru 1 telefilem pun dah putus asa, maka nampa...

GAMBAR LUCAH DALAM NASKAH SURAH YASIN

Image
Siapa la punya kerja ni. Sungguh keji orang yang melakukannya. Apa motif dorang buat macam tu? Protes atau menghina Islam? Memang makhluk macam ni harus di keji secukup rasa setimpal dengan kejian yang di lakukan. Naskah surah Yasin di lekatkan dengan gambar lucah. gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari laman sesawang dari Internet. Gambar itu dipercayai dicetak mengikut saiz sebelum di-gunting dan dilekatkan di dalam surah berkenaan. Sebanyak 21 Naskah surah Yasin di lekatkan gambar lucah pada halaman 21 surah tersebut. 21?? Mungkin 21 ni ada maksud tersirat kot sebab tu menjadi pilihan orang yang merancang seterusnya melakukan perbuatan terkutuk ni. Ini cuma andaiannya melekit jer.. Mungkin hanya kebetulan. Apapun semoga Allah memberi petunjuk & hidayah pada si pelaku perbuatan tersebut supaya dia bertaubat & menyesali a...

JANGAN PERKECILKAN PERANAN BLOGGER

Image
Sentap juga sang lekit baca entri dari Blog Ben Ashaari tentang isu blogger tak di perlukan dalam pembangunan dunia hiburan. Siapa cakap macam tu,ha?? Bagitau artis mana keluarkan statement macam tu atau penggiat seni hiburan mana yang memperlekehkan sumbangan blogger pada dunia hiburan ni?? Kuasa blog sekarang ni dah makin setanding dengan kuasa media. Apa saja maklumat atau isu banyak dah sebarkan melalui blog tak kira la berunsur negatif atau positif. Kuasa blog sekarang ni amat kuat. Ramai yang tak baca majalah tapi mendapat informasi tentang dunia hiburan melalui blog. Bukan saja cepat, mudah & senang tapi memandang dunia sekarang di hujung jari hanya dengan satu clik jer pelbagai info & isu kita mampu terokai. Contoh hanya seorang membeli majalah lepas menyalurkan maklumat tentang dunia hiburan.. Dengan hanya satu pembelian majalah maklumat di salurkan kepada beribu orang yang membaca blog. Kan penyumbang juga tu walau tak menyumbang pada jualan majalah. Tapi sekurang...

HARAM MENDEDAHKAN AIB SENDIRI

Isu budak sekolah yang tanpa segan silu mendedahkan rahsia status dara & perlakuan seks luar nikah dia tu masih lagi hangat di perkatakan, sampai isu ni di bincangkan dalam MHI (menurut salah satu blog yang Sang Lekit baca la..). Tak nak sentuh pasal si adik yang masih mentah tu tapi sang lekit nak kongsi hukum kita mendedahkan aib sendiri. Walaupun ianya berkaitan dengan perilaku buruk kita sendiri tidak melibatkan orang lain tapi tetap haram bila kita mendedahkan seolah - olah bangga dengan perilaku buruk yang kita lakukan. Menunjukkan betapa hebatnya kita yang berani melakukan dosa. (Rujukan : GEDUNGiLMU.COM ) Jadi jangan la kita rasa betul & tidak salah bila kita kononnya hanya bercerita pasal diri sendiri walaupun sesuatu itu mengaibkan sebab ia tidak melibatkan orang lain. Jangan berbangga - bangga dengan dosa & perilaku buruk sendiri semata - mata untuk di pandang hebat. Dan jangan pula menggunakan alasan kononnya menjadi diri sendiri walaupun ianya jelas amat ke...

MAYAT KAMAL ATATURK TIDAK DI TERIMA BUMI

Image
 Hasil carian google. Sekadar hiasan Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasiqan Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya: 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat). 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara. 4. Menggalakkan minum arak 5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. 6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diu...

SERANG LANUN KAT THE CURVE

Image
Satu hari siang tadi asyik cerita pasal Mak Enon & Pak Meon (Anonymous) jer.. Macam bagi publisiti sia - sia pulak kan pada spesis tu. Apapun ada yang kantoi menyamar Anon untuk kutuk sang lekit kat blog ni dah senyap selepas dia tahu identiti & blog nya sang lekit dapat kesan. Bagus la dik.. Kalau rasa niat tu baik tak payah jadi Pak Meon yer nak tegur. Biasa la budak - budak, kita maafkan je. Okies tutup cerita pasal Mak Enon & Pak Meon tu.. Ni kes serang lanun kat the curve. Serang Lanun?? Ke kena serang dengan lanun?? Taklah.. memang serang lanun. Dahsyat kan sang lekit. Kekekekekekeke. Menyerang pawagam untuk menonton Pirates Of Caribbean (On Stranger Tides) apa nak dahsyatnya. Ramai yang join menyerang GSC The curve walau semalam bukan hari minggu pun. Banyak cerita2 best sedang di tayangkan kat pawagam bulan ni mesti la ramai taknak lepaskan peluang. Semua orang tahu dari episod pertama Filem Pirates Of Caribbean sampai la yang terbaru ni ceritanya memang tak me...

MENJAWAB FITNAH ANONYMOUS TENTANG MEWARNA RAMBUT

Image
Tudia komen Si Anon pada entri ANONYMOUS LEBIH BERMINAT KOMEN PASAL AURAT . Jelas terbukti fitnah & tiada bukti tuduhan si anon tu. Bila masa pula sang lekit warnakan rambut. Air kat rumah pun jernih, putih & bersih takde karat - karat. Rambut sang lekit pun warna hitam semulajadi takde pula sang lekit warnakan dengan warna2 tiruan ni. Aduhai Si Anon.. Anda menegur tentang kekurangan diri saya tapi jelas sekali anda juga kurang didikan agama dalam hal ni. Menuduh tanpa bukti adalah fitnah apatah lagi menuduh sesuatu yang orang lain tak buat. Sejahil jahil diri sang lekit ni wahai Cik Anon.. Ada batasannya juga perbuatan sang lekit. Dia tanya lagi macam mana nak sembahyang?? Ambil wuduk & tunaikan solat macam biasa. Lagipun sang lekit pernah terbaca artikel pasal warnakan rambut ni.. Jom Sang Lekit kongsikan sedikit. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-i...