Posts

PRODUK MAKANAN DARI TAIWAN DI SAHKAN TERCEMAR

 Sebagai warganegara juga blogger yang prihatin rasa bertanggungjawab sang lekit untuk menyebarkan berita ni. Yelah.. bukan semua orang suka selak surat khabar atau clik akhbar online. Bagi mereka2 yang malas baca surat khabar tapi rajin baca blog ini kemudahan untuk korang yer.. Tentang produk makanan yang di import dari taiwan yang di sahkan tercemar. Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk makanan ,Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP). ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang”s King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd, dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit...

MELATAH PENYAKIT ORANG MELAYU JE KE?

Image
Hari ni sang lekit nak mengupas kupis isu melatah. Dah lama menjadi persoalan dalam kepala otak sang lekit kenapa hanya orang melayu sahaja yang terkena penyakit melatah ni? Jarang - jarang kita dengar atau lihat sindrom melatah ni di kalangan bangsa lain, kan? Kenapa agaknya? Kalau penyakit kenapa hanya orang melayu jer yang mengidap? Apakah penyakit melatah ni penyakit bangsa melayu sahaja? Jom kita kupas kupis & kopek isu ni. Seorang pelakon yang terkenal dengan latahnya, NorKhiriah. Hasil carian google Dulu.. sinonim melatah ni dengan orang tua tapi sekarang tak lagi. Yang muda remaja pun tak terkecuali mengidap penyakit latah ni. Ada yang pada asalnya sengaja di buat - buat melatah akhirnya menjadi tabiat seterusnya sukar di kawal sehingga menjadi satu sindrom atau penyakit. Ada sesetengahnya memang tak sengaja terkena virus melatah ni. Pada pengalaman sang lekit sendiri, ada sesetengah golongan muda mudi yang nak di menjadi perhatian sampai sanggup berpura - pura kononnya ...

BILA KANDUNGAN DAH CECAH 6 BULAN ++

Image
Bila kandungan dah cecah 6 bulan ++ ni sang lekit mula dapat rasa banyak benda semakin berubah selain perut yang semakin membesar, bayi yang semakin aktif & kuat bergerak serta menendang. Sampai boleh nampak jelas dari luar perut gerakkan baby tu. Memang satu keajaiban bagi seorang bakal ibu yang pertama kali menempuh alam mengandung ni. SEKADAR HIASAN Dan paling ketara adalah dari segi kudrat. Jalan sikit kaki mula rasa lenguh yang amat. Buat kerja rumah yang tak banyak pun cepat letih walau nak jemur baju kat ampaian. Dulu ligat sang lekit berus baju kemeja putih Hubby. Sekarang ni dah makin rasa susah sebab bila duduk perut tu akan menghalang banyak pergerakkan kita lebih - lebih kalau baby mula dengki. Time kita nak berus baju dia mula la turun ke bawah & perut akan rasa tegang. Sang lekit memang tak suka basuh baju kemeja putih hubby guna washing machine. Rasa tak puas hati tahap kebersihannya. Lebih2 lagi kat lengan baju. Rasa tak sampai hati kalau hubby pergi kerja ...

PELAKON PAK UDA @ ZAMI ISMAIL KEMBALI KERAHMATULLAH

Image
Watak Pak Uda dalam sitcom Pi mai Pi mai Tang tu mungkin ramai yang masih ingat kan? Dengan kemeja di butangkan senget, telatah dia sebagai orang tua & tauke warung Flat sri wangi pasti terpahat di ingatan kita. Hasil carian google   Kini Watak Pak Uda itu bukan hanya tinggal kenangan malah pemilik watak itu juga telah meninggalkan kita dalam kenangan. Perjuangan sebagai insan seni telah pun berakhir. Dan perjuangan hidupnya juga sebagai seorang insan sudah bertitik Noktah Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak uda berusia 67 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan sakit jantung pagisemalam. (Rujukan di ambil dari blog Bicara Mak Dara) Hasil carian google Takziah kepada keluarga Pak Uda @ Zami Ismail & Semoga roh arwah di cucuri rahmat dia tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al-Fatihah..

DI UGUT SEBAB LIPAS

Image
Kadang - kadang ada situasi yang memerlukan si isteri jadi penyelamat. Biasanya Serangga tanpa izin dalam rumah macam lipas, cicak ni paling di geruni atau geli oleh perempuan, kan?? Maka suamilah selalu jadi hero dalam rumah untuk menyelamatkan si isteri dari serangga kecil yang mampu buat para isteri/perempuan meremang bulu roma. Di lahirkan sebagai seorang perempuan yang takde rasa takut, geli atau fobia dengan serangga tanpa izin macam lipas & cicak maka aku tak perlu bantuan en hubby untuk menghalau pendatang tanpa izin dalam rumah. Alah.. benda kecik macam tu sang lekit memang boleh settle sendiri tanpa ada sebarang sound effect (jeritan). Tapi en hubby memang geli dengan serangga tu. Aduhai.. sanggup ugut bini tak nak mandi sebab ada sekor lipas yang dah nazak dalam bilik air. Jarang - jarang dah rumah sang lekit ni nak muncul lipas.. Tapi entah macam mana hari ni sesat pula sekor. Tu pun dah nyawa - nyawa ikan.erkk.. nyawa2 lipas. kekekekeke Macam ni la keadaan lipas tu...

KALAU DAH 4 BINI PUN MASIH TAK CUKUP.. LAYANAN PELACUR KELAS PERTAMA PUN BELUM TENTU PUAS

Image
Kes seorang buruh yang di jatuhkan hukuman 18 tahun penjara & 3 sebatan atas kesalahan merogol anak jiran yang berusia 11 tahun. Walau dah ada 4 orang bini tapi tetap la terlibat dalam jenayah rogol. (Sila clik DISINI untuk membaca artikel tersebut) Buruh 4 bini yang di jatuhkan hukuman kerana merogol kanak2 11 tahun Kalau bini - bini dia bagi layanan ala - ala pelacur kelas pertama pun belum tentu orang macam ni puas & tak melakukan perbuatan terkutuk tu pada seorang kanak - kanak. Bukan sorang bini dia tapi 4.. pun macam tak cukup. Selera iblis sangat kan?? Jantan macam ni bini layan macam mana pun belum tentu dia setia. Tak guna la sertai kelab atau apa jenis persatuan pun, dia tetap bernafsu syaitan. Kalau kes macam ni nak salahkan isteri jugak ker? Kalau sorang bini tak dapat memuaskan suami mungkin dapat di terima akal tapi kalau dah 4, takkan empat2 pun ada penyakit lemah nafsu syahwat kot. Bila jadi kes suami curang, suami makan luar, suami skandal dengan perempua...

ORGAN HARAM DIJUAL TAPI BOLEH DIDERMA

Image
Sorotan dari kisah di harian metro semalam seorang isteri yang sanggup berkorban & menjual buah pinggangnya demi melangsaikan hutang along yang di buat suaminya untuk memulakan perniagaan tapi malangnya perniagaan itu gagal. Besar sungguh pengorbanan seorang isteri sampai sanggup jual buah pinggang dia kan?? Yang suami takkan la tak kesian. Dia buat hutang, bini kena tanggung. Takkan itu satu - satunya jalan yang ada kot... Entahlah, hal laki bini diorang siapa yang tahu, kan? Daripada isu tu hari ni di harian metro keluar lagi artikel berkenaan penjualan organ. Dari segi hukum agama ia memang haram & dari segi undang - undang juga salah. So, kalau akak ni tekad juga jual organ untuk langsaikan hutang suami dia, beliau dah melakukan dua kesalahan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Dalam Islam membolehkan kita untuk menderma organ dengan syarat jangan ada unsur dagangan atau jual beli kerana ia kurniaan Allah SWT yang tiada nilainya. Aktiviti menjual organ juga salah dari...