Posts

BILA PEMBERIAN DI ABDI DALAM LONGGOK SAMPAH

Image
Terhasut dengan entri - entri Nostalgia Nyah Zulfikar tiba - tiba aku yang umpama hilang ingatan & susah nak ingat memori lampau ni teringat pula satu kisah penuh airmata yang pernah terjadi dalam hidup sang lekit. Penuh airmata tu.. agak - agak berapa liter jer airmata tu?? kekekekeke Kadang - kadang sang lekit tak mahu ingat apa juga kisah silam sebabnya rasa terlalu banyak yang kelat dari yang manis. Dari zaman kanak - kanak hingga remaja sebelum sang lekit jadi kuat & tegas dengan diri sendiri & kawan - kawan. Bila dah kawin sang lekit putuskan tiada istilah BFF (macam trend sekarang). Pengalaman buat kita belajar untuk menilai & membuat keputusan. Jadi sang lekit selesa dengan hidup sang lekit sekarang. Adapun kawan - kawan banyak berinteraksi melalui online macam blog & FB. Bila dah jadi surirumah ni pergaulan dengan kawan - kawan juga semakin jauh. Tapi sang lekit selesa dengan kehidupan sekarang. Berbalik pada kisah yang sang lekit nak kongsikan. Kehidu...

WARDINA MAHU SAMAN BLOGGER

Image
Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut. Menurut wardina dalam kosmo gambar yang di upload adalah gambarnya sebelum bertudung & menganggap perkara itu mengaibkan dirinya. Dia juga memberi amaran tidak teragak agak untuk mengambil tindakkan undang - undang sekiranya blogger terbabit enggan berbuat demikian. Aduhai.. kenapa harus kaitan dengan artis? Ni kes nak dapat publisiti free la ni guna artis sebagai bahan. Ingat blogger... tidak sewenang wenangnya kita boleh pergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Moga jadi panduan & iktibar kepada kita (blogger) dalam menulis blog. Rujukan : Kosmo

TAK BERAT KE BAWA BABY DALAM PERUT?

Image
Sekarang ni banyak entri - entri peribadi yang sang lekit tulis tentang kehidupan seharian. Tak banyak dah entri kupas, kupis & kopek dengan isu - isu yang memanaskan bontot sesetengah pihak. Bukan apa.. Dalam keadaan sekarang ni bukan badan je cepat letih, otak pun kadang - kadang kurang bekerja sikit. Kekekekeke... Untuk edisi tengah malam ni sang lekit nak kongsi sesuatu dengan korang tentang apa yang pernah jadi persoalan pada sang lekit semasa bujang, sebelum mengandung. Dulu sang lekit suka sangat tengok ibu - ibu mengandung ni. Tak tau la sang lekit nampak comel.. Tapi bila sang lekit sendiri mengandung apasal tak comel ekk? Mak sang lekit cakap kalau mengandung anak lelaki ibu memang nampak tak comel.. Kalau mengandung anak perempuan ibu akan kelihatan comel. Betul ke tak, tak tau la pulak. Itu cuma kata orang tua - tua jer... Op's tersasar pula dari topik. Berbalik pada persoalan yang selalu jadi tanda tanya pada sang lekit bila tengok orang mengandung ni.. Pertam...

UJANG & YANA BERTANDANG DALAM MIMPI

Image
Semalam kurang tidur.. Lepas tu bangun awal sebab en hubby nak ke melaka. Siang memang susah sikit sang lekit nak tidur tapi dalam pukul 9++ malam sang lekit terlelap depan pc. Kalau dah online pasti la depan blog & FB jer.. Mungkin sebab tu menjana mimpi pada pasangan blogger suami isteri ni. Boleh pula mimpi Ujang & Yana. Nak kata asyik rindukan dorang tak juga tapi selalu jugak la baca coretan & bebelan sepasang blogger ni. Dalam mimpi tu Si Ujang & Yana temankan Sang Lekit masa en hubby takde. Baik & caring pula si Ujang & yana tu dalam mimpi sang lekit. Ni la pasangan blogger suami isteri yang bertandang dalam mimpi sang lekit tadi (Gambar di culik dari FB Ujang) Bangun je rasa pelik.. Kenapa tiba - tiba pula mimpi si Ujang & Yana ni? Nak kata hanya blog dorang jer sang lekit baca hari ni tak jugak. Kalau Mimpi Nyah Zulfikar tu tak pelik jugak la sebab sang lekit memang selalu berinteraksi & berkutuk senda dengan dia samada di blog atau ...

RAMAI YANG TILIK,TENUNG & TEKA CAKAP LELAKI

Image
Ramai ahli2 nujum pak/mak belalang sedang meneka.. Lelaki ke perempuan? Tapi ramai yang kata lelaki. Sampai naluri sang lekit pun rasa lelaki... Tapi sang lekit was was juga dengan naluri sendiri sebabnya sang lekit memang la nak sangat lelaki. Yelah.. selama ni membesar dengan adik beradik yang kesemuanya perempuan. 6 beradik perempuan. Jadi.. berharap juga yang bakal mendaftar ahli baru pertama ni lelaki. Apa yang lelaki & perempuan ni sang lekit Ooi?? Alahai.. anak dalam perut ni la. Dari awal usia dia 4 bulan dalam perut sang lekit rasa lelaki melalui gerak hati seorang ibu & tahap keaktifan si baby dalam perut. Tapi En hubby pula kalau di beri pilihan nak baby girl sebab dia pula membesar dengan adik beradik lelaki. Korang nak join teka teki ni ker? Meh join meneka sekali berdasarkan gambar boyot sang lekit yang berusia 7 bulan ni. 7 bulan Apapun jantina anak sulung sang lekit ni.. Sang Lekit terima dengan hati yang terbuka & gembira. Yang penting permata hati...

FUNGSI & CARA NAK DAPAT PAGERANK YANG TINGGI

Image
Sang Lekit sebenarnya baru berkenalan dengan Pagerank ni. Sebelum ni tak tau apa fungsi pagerank tapi bila ada blogger tulis pasal benda ni teruja jugak nak tahu. Keterujaan pertama adalah nak tau pagerank blog melekit ni kat tangga ke berapa. Lepas dah tahu rasa nak kongsi jugak dengan yang lain. Salah ke idak?? takkan?? Ok.. dah tau. Pagerank  sang lekit takde la hebat. Masih di tahap low & Avarage iatu 2/10. Kat mana korang boleh check PageRank blog korang? Kat SINI yer. Ni pagerank tepian longkang di blog melekit Dari Hasil pembacaan sang lekit tahu la sikit - sikit apa fungsi Pagerank & bagaimana ia di ukur & dinilai. pada asasnya PageRank didapati dalam bentuk undian dan undian itu diberi dalam bentuk backlink ke page tersebut. Backlink datang dalam pelbagai kualiti. Backlink dari sumber yang tidak berkualiti tidak akan membantu dalam meningkatkan PageRank. Backlink dari page yang mempunyai PageRank tinggi akan membantu meningkatkan PageRank kerana ...

LAYAR BAHTERA SAMAKAN AZAN DENGAN ANJING MENYALAK

Kumpulan ajaran sesat Layar Bahtera bukan saja menyamakan azan sebagai anjing menyalak bukit malah ajaran sesat ni juga mengamalkan zakat daripada pendapatan setiap bulan yang di bayar kepada ketua mereka yang di gelar Nakhoda. Bukan tu je.. Malah isteri para pengikut juga di sentuh, di gomol atau di lakukan sesuka hati oleh Nakhoda. Suami mereka cuma memainkan peranan sebagai penjaga jer. Bukan setakat isteri, anak gadis dorang pun turut jadi mangsa. Ajaran sesat ni juga menganggap Merokok itu seperti solat dan nikah adalah haram. Memang sesat gila ajaran ni. Ada jugak orang bodoh terpengaruh & jadi pengikut yer.. Sejahil - jahil sang lekit dalam bab agama pun bila baca artikel ni kat akhbar & amalan yang di amalkan mereka pun boleh menilai. Mesti pengasas & pemimpin ajaran ni bukan takat tanam tebu tepi bibir malah guna madu sebagai lipgloss kot sampai apa yang di cakap boleh buat orang lain percaya & terpengaruh. Ni la padahnya kalau mengambil keputusan untuk m...