Posts

KEDAH VS KL. BUKAN TAK SEDAR DIRI

Image
Mula - mula nak guna tajuk entri ni sebagai Kedah Murtad tapi sang lekit search dulu maksud perkataan murtad. Bukan tak tahu murtad tu apa.. Cuma nak pastikan samada ada sesuai atau tak di gunakan. Rasanya tak berapa sesuai jadi tak jadi la guna. Tak mahu jadi pertikaian nanti mengelirukan orang lain semata - mata nak bergimik dengan tajuk entri, kan?? Apa kisah lupa diri ni? Mungkin ada yang tahu & mungkin juga ada yang tak tahu yang sang lekit di lahirkan, di besarkan & di sekolahkan di kedah darulaman. Disitulah kampung halaman ku sampai sekarang. Cuma sejak 6 tahun ni sang lekit menghuni disini.(Selangor/KL). Dari segi loghat/Slang memang la berbeza. Semua pun sedia maklum tapi sang lekit jarang pula berinteraksi dalam loghat kedah kat sini. Banyak sebab.. Antaranya : Sang lekit bersuamikan orang KL. En Hubby ni tak berapa faham sangat loghat kedah walau dia kadang boleh la mengajuk sikit - sikit. Jadi untuk tidak menyusahkan komunikasi antara kami, jadi sang lekit yan...

JANGAN AMBIL RISIKO.JENAYAH BOLEH BERLAKU DIMANA2 SAJA

Tengah dok layan blog & Fb.. (Yelah.. banyak ping entri kat FB kan..) tiba - tiba ada seseorang add kat FB. Sang Lekit ni jenis accept jer.. Lagipun sekarang ni banyak blogger yang add sang lekit kat FB. Yelah.. kat blog nama lain, FB nama lain takkan la sang lekit nak spot check semua blog untuk kenalpasti siapa orang yang add tu kan?? Lagipun takde apa yang sang lekit nak risau pasal friendlist kat FB ni.. Yang pastinya takde apa - apa yang terlalu peribadi di kongsi kat FB ataupun blog. Nak di jadikan kisah lepas je dia sang lekit terima permintaan dia sebagai senarai kawan sang lekit kat FB.. terus dia private message tanya online ke tak sebab dia nak tanyakan pasal sorang blogger ni. Sang lekit mula pelik bila dia suruh siasat seorang blogger ni samada blogger tu online atau tak walau sang lekit dah bagitau sang lekit tak kenal blogger ni secara peribadi. Kalau adapun mungkin berbalas komen kat blog jer. Tak pernah chat, tak pernah contact melalui apapun. Dia minta sangat ...

BERSIH AKTIVITI BERFAEDAH.JADI JOM SERTAI

Image
Sekarang ni semua orang kecoh pasal perhimpunan Bersih yang bakal diadakan 9 Julai ni. Maka pada hari itu kalau berlakunya perhimpunan tersebut kita di nasihatkan tidak keluar untuk mengurangkan kesesakkan. Amboi sang lekit pun nak berkempen BERSIH jugak ker? Mesti la.. Sebagai rakyat, surirumah & warganegara Malaysia sang lekit pun ada hak juga. Mari Ramai2 menjayakan BERSIH. Hasil carian google. Sekadar hiasan. Jadi sang lekit tak nak la sorang - sorang berkempen BERSIH nak ajak ramai - ramai yang tak buat apa hari tu. Marilah sama - sama kita menjayakan kempen BERSIH 9 julai ni dari masa terbuang macam tu saja kan? Di samping mengeluarkan peluh & menyihatkan badan ia juga merupakan aktiviti yang berfaedah. Tak setuju dengan pendapat sang lekit? Siapa kata mengacam keselematan negara ia salah satu cara menyelamatkan negara jugak. Tak setuju jugak? Amboi bukan main membangkang lagi korang dengan BERSIH yer... Dari korang dok rumah sambil bergolek2 depan tv, laptop, pc, en...

KEJAR DENGAN PENYAPU. KAU BERANI NGORAT AKU??

Image
Kisah ni sang lekit kategorikan kan sebagai kali pertama la.. sebab yang terpahat dalam ingatan sang lekit cuma kisah tu jer.. Yang lain - lain sebelum tu samar - samar & tak pasti. Korang pun mesti ada kisah kali pertama di ngorat oleh sang jejaka kan?? Di sebabkan tiba - tiba ingatan tu terjerumus kepada kisah tersebut maka sang lekit nak kongsikan la sebagai santai - santai hari minggu. Kisahnya bila sang lekit dapat peluang menyertai satu kem UPSR kat salah sebuah sekolah ni. Kem ni di sertai ramai pelajar dari macam - macam sekolah. Tak ingat pula berapa buah sekolah & peserta yang terlibat tapi memang agak ramai juga. Pelajar2 di tempatkan di sebuah sekolah menegah berasrama. Kem ni di adakan masa cuti sekolah. Tak ingat semester berapa. Semuanya tak ingat pulak.. kekekekeke Bila dah bercampur dengan sekolah - sekolah lain, maka ramai kawan yang sang lekit kenal melalui program tu. Biasa la aktiviti kem UPSR ni.. solat berjemaah, makan berjemaah, study berjemaah.. sem...

DAIM (Zahiril Adzim) JUVANA NIKAH 20 NOV 2011

Image
Mesti ramai yang kenal dengan pelakon yang membawa watak sebagai Daim dalam drama bersiri Juvana di tv3 atau nama sebenarnya Zahiril Adzim. Sebenarnya sang lekit tengah menonton rancangan apa saja FBI kat TV9 ni. Hasil carian google Bila pengacara Faizal Ismail (Dj Hotfm) tanya pasal tu kat si Daim ni sang lekit kagum jugak sebab si Daim ni dengan tanpa berselindung mengakui statusnya yang sudah bertunang & bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Nov 2011 (Nikah) ni dan majlis persandingan beliau akan di adakan pada bulan December. Hasil carian google Suka dengan pelakon ni sebab dia memang berbakat. Watak yang di bawa selama sang lekit menonton beberapa drama lakonan dia jarang ada yang mengecewakan. Beza antara artis yang berilmu & tidak memang banyak perbezaaannya. Si Daim @ Zahiril ni bekas pelajar Aswara jadi tak hairan la dia mampu menjadi pelakon yang baik. Ada juga pelakon/artis yang takde asas lakonan secara formal tapi mampu menjadi pelakon/artis yang berkualit...

BERITA BAIK UNTUK BLOGGER. PENYUMBANG TRAFFIC KE BLOG DENAI HATI AKAN DI BAYAR

Image
Ni berita baik pada semua blogger yang nak tambah pendapatan sampingan. Benda ni tak salah kalau kita nak cuba. DenaiHati menawarkan sesuatu yang menarik untuk anda. Apa benda tu? DenaiHati bermurah hati nak bayar kepada penyumbang traffic ke blog DenaiHati . Hanya menyumbang traffic je pun di bayar. Salah satu penghargaan pada mereka - meraka yang menyumbang Top Link Refferer pada blog DenaiHati . Nak tau syarat & macam mana pembayaran di buat korang boleh clik DENAIHATI . Berita baik pada semua blogger tak kira di Malaysia atau luar negara tak kira apa statsu pagerank anda pun. Jadi tak payah risau samada korang blogger baru atau blogger lama mahupun blogger pertengahan. Jadi yang nak mencuba nasib di alu alu kan. Clik je blog DENAI HATI . P/S : Sekadar berkongsi info dengan semua. Harap takde yang salah faham.

HARAM MEMAKAI GELANG KAKI BERLOCENG

Image
Macam biasa bila online jer sang lekit akan clik akhbar online. Bukan cari bahan untuk entri jer.. Tapi memang sang lekit suka baca isu2 semasa ni. Taknak la ketinggalan. Kalau ada yang menarik je sang lekit kongsi kat blog. Kebetulan memang ada sesuatu yang menarik sang lekit nak kongsi tentang pemakaian gelang kaki berloceng di kalangan wanita/gadis Islam. Hasil carian google. Sekadar hiasan Nampak benda ni macam remeh, mungkin ramai yang dah tahu tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu, kan?? Bagi yang masih tak tahu hukumnya haram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian orang yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah. Rujukan : Fikrah Dr Salam ) Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lai...