Posts

KEAJAIBAN MENGANDUNG

Image
Pengalaman pertama adalah satu proses pembelajaran & pengalaman yang sangat berguna & bermakna dalam hidup siapa2 pun. Macam tu jugak dengan sang lekit. Pengalaman pertama mengandung bagi sang lekit bukan setakat pengalaman yang sangat istimewa malah satu keajaiban. Keajaiban yang pertama bagi sang lekit bila merasakan satu nyawa dalam perut yang sedang membesar bergerak - gerak. Tu masa kandungan sang lekit cecah 4 bulan. Sang lekit agak risau masa tu.. sebab baby dalam perut aktif bergerak. Yang lucunya sang lekit risau dia bergerak sebab tak selesa. Mungkin perut sang lekit kecil & tak cukup ruang untuk baby. Tapi atas rujukan mereka2 yang lebih berpengalaman, Risau tu hilang. Keajaiban kedua.. Sang lekit yang dulunya sangat takut pada jarum suntikan. Rela tahan sakit dari pergi hospital atau klinik kecuali memang dah takde pilihan lain. Kalau dulu zaman sekolah, asal time kena suntik jer.. Mesti lari menyorok. Dari sekolah rendah sampai la menengah. Sampai nak peri...

DAN AKHIRNYA.. MENJADI JUGAK

Image
Sejak semalam sang lekit bertungkus lumus buat. Tak menjadi..  Sampai dekat 5 kali buat pun tetap tak puas hati. Sampai putus asa. Petang ni akibat keboringan yang tiada tandingannya.. Maka sang lekit berusaha sekali lagi. Rasanya dalam setengah jam jer buat. Sangat ringkas.. Lepas tu cuba upload. Dah nampak ok. Malas nak edit - edit lagi. Malas nak sarat - sarat macam dulu... Malas nak tunjuk muka yang ala - ala anak dara walhal dah jadi bini orang & bakal jadi mak orang maka terhasilah... Terhasilah apa?? Cuba korang scroll kat atas. Ye Betul.. header baru Lekat Lekit Mommy monster.. Ops. Lekat lekit mommy jer. Sang Lekit bukan monster warna kuning yang suka makan mami tu yer. Nak upah orang takde duit. Jadi buat la sendiri sekadar yang mampu. Apa pendapat korang.. Yang mana lebih sesuai? header yang sebelum ni ke yang baru? Ni yang di gunakan sebelum ni Ini pula yang terbaru bersama perut boyot Atau dua - dua buruk & tak sesuai? Kekekekekeke... Sang lekit b...

BEKAS TAPAK KASUT,KAHAK,KENCING,LUDAH.. MACAM MANA NAK ELAK?

Image
Isu pekerja restoren tak kira la kat mana sekalipun makanan segera ker, restoran tomyam ker,cafe ke,kopitiam ker, hotel atau kata mana2 yang jual makanan sekalipun rasa macam tak selamat lagi nak makan, kan? Lebih - lebih lagi isu yang tengah panas sekarang pasal video pekerja KFC yang mencipta resepi Ayam goreng tapak kasut dia. Tu yang di dedahkan secara umum.. Yang tak terdedah tu entah apa lagi pun tak tahu dorang buat. Nampak sedap tapi betul ke bebas tapak kasut, kahak, kencing & ludah?? Carian google.Sekadar hiasan Tak mustahil bukan setakat tapak kasut, kahak,kencing, ludah.. Tahi pun mung ada yang masukkan dalam makanan. Bukan fitnah tapi kita kat meja pelanggan, diorang kat dapur. Segalanya tak mustahil boleh jadi. Apa - apa saja si pendajal pelanggan ni boleh buat. Kita cuma nampak bila ada video atau gambar yang di dedahkan oleh sang pelaku yang mendajalkan makanan pelanggan tapi kalau di ikutkan dari cerita mulut ke mulut yang takde gambar atau video sebagai bukti d...

ASYIK DIRABA, TERPAKSA KECILKAN BUAH DADA

Image
Ada orang suka sangat menunjuk & menonjolkan buah dada.. walau dah cukup cantik size nya tetap ada yang rasa tak puas hati nak besarkan lagi agar nampak lebih menarik & jadi perhatian orang lain. Lain pula cerita seorang gadis ni yang memiliki buah dada yang besar secara semulajadi tapi baginya jadi satu masalah pula & mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan mengecilkan buah dadanya kerana sering menjadi perhatian & mangsa raba tak kira lelaki atau perempuan yang tidak percaya ianya asli. Bukan semua orang suka menjadi perhatian lebih - lebih perhatian yang di berikan mengundang bahaya kepada tuan empunya diri. Kalau sang lekit pun rimas.. sebab sang lekit juga tak suka orang bagi perhatian lebih - lebih. Terasa macam aneh kalau orang asyik pandang - pandang. Tu baru pandang.. kalau lebih dari pandang lagi la tak suka. Moral dari kisah ni.. Kalau kita pandang sesuatu yang lain kat fizikal orang lain jangan la terlalu pandang sampai orang yang di pandang tu ...

KEDAH VS KL. BUKAN TAK SEDAR DIRI

Image
Mula - mula nak guna tajuk entri ni sebagai Kedah Murtad tapi sang lekit search dulu maksud perkataan murtad. Bukan tak tahu murtad tu apa.. Cuma nak pastikan samada ada sesuai atau tak di gunakan. Rasanya tak berapa sesuai jadi tak jadi la guna. Tak mahu jadi pertikaian nanti mengelirukan orang lain semata - mata nak bergimik dengan tajuk entri, kan?? Apa kisah lupa diri ni? Mungkin ada yang tahu & mungkin juga ada yang tak tahu yang sang lekit di lahirkan, di besarkan & di sekolahkan di kedah darulaman. Disitulah kampung halaman ku sampai sekarang. Cuma sejak 6 tahun ni sang lekit menghuni disini.(Selangor/KL). Dari segi loghat/Slang memang la berbeza. Semua pun sedia maklum tapi sang lekit jarang pula berinteraksi dalam loghat kedah kat sini. Banyak sebab.. Antaranya : Sang lekit bersuamikan orang KL. En Hubby ni tak berapa faham sangat loghat kedah walau dia kadang boleh la mengajuk sikit - sikit. Jadi untuk tidak menyusahkan komunikasi antara kami, jadi sang lekit yan...

JANGAN AMBIL RISIKO.JENAYAH BOLEH BERLAKU DIMANA2 SAJA

Tengah dok layan blog & Fb.. (Yelah.. banyak ping entri kat FB kan..) tiba - tiba ada seseorang add kat FB. Sang Lekit ni jenis accept jer.. Lagipun sekarang ni banyak blogger yang add sang lekit kat FB. Yelah.. kat blog nama lain, FB nama lain takkan la sang lekit nak spot check semua blog untuk kenalpasti siapa orang yang add tu kan?? Lagipun takde apa yang sang lekit nak risau pasal friendlist kat FB ni.. Yang pastinya takde apa - apa yang terlalu peribadi di kongsi kat FB ataupun blog. Nak di jadikan kisah lepas je dia sang lekit terima permintaan dia sebagai senarai kawan sang lekit kat FB.. terus dia private message tanya online ke tak sebab dia nak tanyakan pasal sorang blogger ni. Sang lekit mula pelik bila dia suruh siasat seorang blogger ni samada blogger tu online atau tak walau sang lekit dah bagitau sang lekit tak kenal blogger ni secara peribadi. Kalau adapun mungkin berbalas komen kat blog jer. Tak pernah chat, tak pernah contact melalui apapun. Dia minta sangat ...

BERSIH AKTIVITI BERFAEDAH.JADI JOM SERTAI

Image
Sekarang ni semua orang kecoh pasal perhimpunan Bersih yang bakal diadakan 9 Julai ni. Maka pada hari itu kalau berlakunya perhimpunan tersebut kita di nasihatkan tidak keluar untuk mengurangkan kesesakkan. Amboi sang lekit pun nak berkempen BERSIH jugak ker? Mesti la.. Sebagai rakyat, surirumah & warganegara Malaysia sang lekit pun ada hak juga. Mari Ramai2 menjayakan BERSIH. Hasil carian google. Sekadar hiasan. Jadi sang lekit tak nak la sorang - sorang berkempen BERSIH nak ajak ramai - ramai yang tak buat apa hari tu. Marilah sama - sama kita menjayakan kempen BERSIH 9 julai ni dari masa terbuang macam tu saja kan? Di samping mengeluarkan peluh & menyihatkan badan ia juga merupakan aktiviti yang berfaedah. Tak setuju dengan pendapat sang lekit? Siapa kata mengacam keselematan negara ia salah satu cara menyelamatkan negara jugak. Tak setuju jugak? Amboi bukan main membangkang lagi korang dengan BERSIH yer... Dari korang dok rumah sambil bergolek2 depan tv, laptop, pc, en...