Posts

SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR

Image
Kes seorang remaja 16 tahun yang mati dipercayai rogol, di bunuh kemudian di kerat & di bakar dengan kejam dia akhbar semalam rasanya semua dah tahu kan. Kat harian metro hari ni keluarga mangsa membuat luahan perasaan kesal & menyalahkan teman lelaki gadis tersebut dan menyifatkan teman lelaki arwah tidak bertanggungjawab. Mangsa rogol & bunuh dengan kejam Persoalannya sekarang gadis tu tanggungjawab siapa? Memang dari segi kemanusiaan kita boleh anggap la teman lelaki yang bawa gadis tu keluar hingga malam baru nak hantar balik rumah kena pastikan dia selamat sampai kerumah tapi dari segi tanggungjawab, lelaki tu belum berhak memikul apa - apa tanggungjawab terhadap gadis tersebut. Bila jadi kes macam ni.. Masing - masing buka jari telunjuk cari salah orang walhal bagi sang lekit semua pun ada salah & silap. Keluarga gadis tu kenapa biarkan anak dia keluar dengan lelaki sampai malam? Memang dah tertulis ajal dia macam tu kalau keluarga gadis tersebut terima sebag...

TOP COMMENTAR DAPAT HADIAH COMEL

Image
Walaupun bukan satu contest, GA mahupun segmen tapi bagi menghargai pengkomen di blog maka dengan murah hati Cik Bambam memberi hadiah comel kepada 5 Top Commentar di blog beliau. Salah seorang yang tersenarai adalah sang lekit yang berada di tangga ke 5 pembebel terbanyak di blog cik Bambam ni. Seperti Cik Bambam janjikan.. canangkan & hebahkan, macam tu jugak la yang di laksanakan. Sang lekit dah pun terima saguhati/cenderahati dari Cik Bambam tadi (sebab baru tadi check post box kan??). Hadiahnya berupa.. Jeng.. Jeng.. Jeng... Sampul surat (Mesti la ada sampul surat ditulis nama & alamat serta setem sekali kalau nak pos kan) Didalam sampul tu ada nota kecik bertulisan tangan cik bambam Dan juga keychain comel hasil kreativiti & kerja tangan Cik Bambam Jutaan terima kasih pada Cik Bambam yang sudi berkerah tenaga, bersusah payah jahit keychain comel ni untuk sang lekit.

BUNIAN DARI SUDUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU

Image
Bila sebut pasal bunian apa korang bayangkan? Anak dara cantik, anak teruna kacak.. kan?? Kali ni sang lekit nak buat kopekkan berkenaan isu bunian dari sudut kepercayaan orang melayu. Hasil carian google. Sekadar hiasan Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian. Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan. Terdapat beberapa pendapat meng...

MAKAN SEPINGGAN DALAM USIA EMAS

Image
 Hari ni hari check up kandungan sang lekit. Alhamdulillah.. dah cecah 7 bulan setengah tanpa ada sebarang masalah. Yang best hari ni takde enjit2 semut (sebarang suntikan). Takde ambil darah cuma urine test saja. 2 minggu lagi kena pergi check up & ada satu lagi suntikan. Misi yang check up sang lekit hari ni Misi Noormawati. Tahniah.. misi Noormawati juga baik & peramah. Mungkin sebab dia pun pregnant jadi dia lebih memahami emosi ibu mengandung. Hasil carian google. Sekadar hiasan Cerita pasal check up tu macam biasa la.. Takde yang menarik sangat selain tak kena hadap apa2 jarum suntikkan. Ni cerita masa makan tengahari kat kantin klinik tadi. Alkisahnya sepasang warga emas ni umur mungkin dah cecah 60 keatas la. Si suami nampak sihat cuma si isteri je nampak uzur. Sang Lekit ada nampak kat klinik si suami ni temankan isteri dia untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam usia emas, kudrat pun nampak semakin kurang, kagum sang lekit dengan pakcik ni yang setia temankan isteri...

MENTERI SAMAN BLOGGER

Akhirnya kemenangan berpihak kepada Menteri apabila beliau berjaya dalam kes saman fitnah terhadap seorang blogger. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog. penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.(Rujukan : Kosmo )  Satu lagi kes untuk di jadikan peringatan kepada semua blogger tak kira blogger baru, blogger lama, blogger pertengahan, blogger popular,blogger mundur... Setiap penulisan kita di blog sekarang ni di pantau. Jadi elakkan dari menulis sesuatu yang berunsur fitnah. Kalau kaya takpe la.. Tapi yang tak berapa kaya macam sang lekit ni nak la nak cari duit kalau kena saman, kan?? Harap duit dari iklan nuffnang tu.. hurmm nak bayar lawyer pun tak lepas. Bila dah sedar diri macam tu elok la berhati hati, kan??

KEAJAIBAN MENGANDUNG

Image
Pengalaman pertama adalah satu proses pembelajaran & pengalaman yang sangat berguna & bermakna dalam hidup siapa2 pun. Macam tu jugak dengan sang lekit. Pengalaman pertama mengandung bagi sang lekit bukan setakat pengalaman yang sangat istimewa malah satu keajaiban. Keajaiban yang pertama bagi sang lekit bila merasakan satu nyawa dalam perut yang sedang membesar bergerak - gerak. Tu masa kandungan sang lekit cecah 4 bulan. Sang lekit agak risau masa tu.. sebab baby dalam perut aktif bergerak. Yang lucunya sang lekit risau dia bergerak sebab tak selesa. Mungkin perut sang lekit kecil & tak cukup ruang untuk baby. Tapi atas rujukan mereka2 yang lebih berpengalaman, Risau tu hilang. Keajaiban kedua.. Sang lekit yang dulunya sangat takut pada jarum suntikan. Rela tahan sakit dari pergi hospital atau klinik kecuali memang dah takde pilihan lain. Kalau dulu zaman sekolah, asal time kena suntik jer.. Mesti lari menyorok. Dari sekolah rendah sampai la menengah. Sampai nak peri...

DAN AKHIRNYA.. MENJADI JUGAK

Image
Sejak semalam sang lekit bertungkus lumus buat. Tak menjadi..  Sampai dekat 5 kali buat pun tetap tak puas hati. Sampai putus asa. Petang ni akibat keboringan yang tiada tandingannya.. Maka sang lekit berusaha sekali lagi. Rasanya dalam setengah jam jer buat. Sangat ringkas.. Lepas tu cuba upload. Dah nampak ok. Malas nak edit - edit lagi. Malas nak sarat - sarat macam dulu... Malas nak tunjuk muka yang ala - ala anak dara walhal dah jadi bini orang & bakal jadi mak orang maka terhasilah... Terhasilah apa?? Cuba korang scroll kat atas. Ye Betul.. header baru Lekat Lekit Mommy monster.. Ops. Lekat lekit mommy jer. Sang Lekit bukan monster warna kuning yang suka makan mami tu yer. Nak upah orang takde duit. Jadi buat la sendiri sekadar yang mampu. Apa pendapat korang.. Yang mana lebih sesuai? header yang sebelum ni ke yang baru? Ni yang di gunakan sebelum ni Ini pula yang terbaru bersama perut boyot Atau dua - dua buruk & tak sesuai? Kekekekekeke... Sang lekit b...