Posts

KENAPA ADA PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG?

Image
Ibu mengandung anak sulung ni sekarang ni nampak macam rajin berkongsi perasaan di blog melekit dia kan?? Mesti la.. Al - maklum la pengalaman pertama semuanya serba baru yang di lalui. jadi petang ni sang lekit nak kopek sikit isu tentang pantang larang semasa mengandung. Kalau ikut pantang larang orang tua ni memang banyak.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. Kebanyakkan pantang larang ni cuma mitos.. Tapi kenapa orang masih lagi mengamalkannya termasuk sang lekit. Sang lekit ada alasan sendiri kenapa sang lekit ikut walau sang lekit tetap mencari kesahihan & logik sesebuah pantang larang tu. Kebanyakkan yang sang lekit search mengkategorikan ia sebagai mitos. Tak kisah la mitos ke dogeng ke bagi sang lekit amalan yang baik untuk kebaikkan si anak yang di kandung tak salah kita ikut. Itulah naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Ibu mengandung. Tetap tu nak tayang muka sendiri. Wakakakaka Antara pantang larang yang sang lekit tahu semasa mengandun...

BERSIH TAK BERSIH TETAP KU REDAH

Image
Memang hari ni Roadblock merata - rata. Tapi itu bukan alasan sang lekit tak pergi. Memang ada sangkut satu roadblock kat jalan Sg Buloh ke kepong tadi. Kena tahan jugak dengan abang polisi tapi encik hubby bagi alasan ada appointment dengan doktor untuk pregnant check up. Kiranya alasan munasabah walau menipu sebab dia tengok sang lekit kat sebelah tengah memboyot kan?? Kang bagitau destinasi sebenar banyak pula soal jawabnya. Perjalanan di teruskan selepas melepasi roadblock tu. Dalam hati tak sabar ni nak jumpa kawan baik merangkap kakak (angkat ke tak angkat tapi sang lekit dah anggap dia macam saudara sendiri) iatu bekas manager sang lekit dulu. Kami memang rapat masa kerja kat 1 ofis dulu. Muka pun orang cakap macam seiras. Sampai Adam tengok tadi masa kitorang tengah berbual pun cakap muka kitorang sama. Adam mana? Jumpa kawan baik @ kakak sang lekit kat mana? Alkisahnya hari ni anak kakjun (ex-manager) kahwin. Dulu masa jadi single mother kakjun & anak - anaknya berhijr...

HUKUMAN YANG MEROSAKKAN PAKAIAN SEKOLAH

Image
Tadi ada buat entri pasal budak sekolah pakai tudung shawls sebagai tudung sekolah kan tiba - tiba sang lekit teringat pula pasal etika pemakaian masa zaman sang lekit sekolah dulu. walaupun dengan uniform sekolah tetap nak melaram, akibatnya melanggar etika pemakaian uniform sekolah. Carian google. Sekadar hiasan Zaman sang lekit sekolah dulu.. kalau budak perempuan melayu/islam wajib berbaju kurung & bertudung. Tak boleh tidak. WAJIB. Tapi zaman tu zaman pakai kain sapu lantai. Korang tau kan macam mana gayanya. Hujung kain sampai hitam jadinya dok menyapu lantai. Tudung pula ala - ala tudung shawls yang singkat sekarang la. Hanya tutup leher jer.. Jenis kain pula yang licin & nipis sampai boleh nampak la warna & corak bra. Tu gaya melaram di kalangan pelajar perempuan Islam. ** Bukan semua tapi segelintir sahaja yang nakal - nakal ** Yang bukan Islam pula.. Biasa la Pinafore la. Tapi etika pemakaian Pinafore mesti hingga paras lutut tak boleh pendek. Tapi kebanyakka...

ADA YANG SENTAP PULA

Image
Banyak betul kesinambungan entri semalam & hari ni. Akibat cuba menjelaskan kembali salah faham yang berlaku dalam entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR dengan menulis entri SIKAP TUNDING JARI muncul pula pak meon or maybe mak enon atau dalam bahasa mudah di fahami blogger Anonymous @ Anon mengamuk dalam komen di entri SIKAP TUNDING JARI tu. Memang betul - betul sentap si meon/enon tu dengan entri sang lekit. Katanya kalau setakat nak buat ulasan dari artikel akhbar siapa2 pun boleh. Silakan la buat. Takde halangan. Lepas tu katanya sang lekit ni berangan nak jadi famous dengan entri2 macam ni. Takde pula terdetik entri2 ni akan mempopularkan sekaligus mengkayakan sang lekit. Katanya tak payah buat entri nak komen pasal dia & minta simpati orang lain. Tetap sang lekit buat entri khas untuk membalas balik. Nak komen kat blog beliau almaklumla orang lantang bersuara dalam identiti anonymous ni mana ada tempat kita nak bersoal jawab ...

SIKAP TUNDING JARI

Image
Semalam sang lekit ada buat satu entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR yang mengundang sedikit salah faham dari 2 3 orang blogger yang baca entri tu. Komen dorang seolah - olah nak cakap sang lekit ni tak sensitif atas kesedihan yang menimpa orang lain. Itu pendapat dorang, sang lekit terima. Mungkin dari kelemahan penyampaian sang lekit sendiri menyebabkan apa yang sang lekit nak sampaikan tak sampai kepada 2 3 orang pengomen ni. Disini sang lekit nak jelaskan bukan lah niat sang lekit nak bertepuk tangan atas musibah yang menimpa orang lain atau mengambil kesempatan atas isu tu untuk di jadikan pelaris pada blog sang lekit. Apa yang sang lekit cuba sampaikan dalam entri tu adalah sikap suka tunding jari masyarakat kita bila terjadinya sesuatu perkara. Masa belum berlaku, semuanya baik. Kalau tak masakan Hubungan arwah gadis yang di bunuh kejam & teman lelakinya di restui keluarga, betul tak? Kalau tak di restui masakan dorang berani k...

SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR

Image
Kes seorang remaja 16 tahun yang mati dipercayai rogol, di bunuh kemudian di kerat & di bakar dengan kejam dia akhbar semalam rasanya semua dah tahu kan. Kat harian metro hari ni keluarga mangsa membuat luahan perasaan kesal & menyalahkan teman lelaki gadis tersebut dan menyifatkan teman lelaki arwah tidak bertanggungjawab. Mangsa rogol & bunuh dengan kejam Persoalannya sekarang gadis tu tanggungjawab siapa? Memang dari segi kemanusiaan kita boleh anggap la teman lelaki yang bawa gadis tu keluar hingga malam baru nak hantar balik rumah kena pastikan dia selamat sampai kerumah tapi dari segi tanggungjawab, lelaki tu belum berhak memikul apa - apa tanggungjawab terhadap gadis tersebut. Bila jadi kes macam ni.. Masing - masing buka jari telunjuk cari salah orang walhal bagi sang lekit semua pun ada salah & silap. Keluarga gadis tu kenapa biarkan anak dia keluar dengan lelaki sampai malam? Memang dah tertulis ajal dia macam tu kalau keluarga gadis tersebut terima sebag...

TOP COMMENTAR DAPAT HADIAH COMEL

Image
Walaupun bukan satu contest, GA mahupun segmen tapi bagi menghargai pengkomen di blog maka dengan murah hati Cik Bambam memberi hadiah comel kepada 5 Top Commentar di blog beliau. Salah seorang yang tersenarai adalah sang lekit yang berada di tangga ke 5 pembebel terbanyak di blog cik Bambam ni. Seperti Cik Bambam janjikan.. canangkan & hebahkan, macam tu jugak la yang di laksanakan. Sang lekit dah pun terima saguhati/cenderahati dari Cik Bambam tadi (sebab baru tadi check post box kan??). Hadiahnya berupa.. Jeng.. Jeng.. Jeng... Sampul surat (Mesti la ada sampul surat ditulis nama & alamat serta setem sekali kalau nak pos kan) Didalam sampul tu ada nota kecik bertulisan tangan cik bambam Dan juga keychain comel hasil kreativiti & kerja tangan Cik Bambam Jutaan terima kasih pada Cik Bambam yang sudi berkerah tenaga, bersusah payah jahit keychain comel ni untuk sang lekit.