Posts

MINTA DERMA AIR SEJUK

Image
Kisah ni berlaku sebentar saja tadi. Rumah sang lekit di ketuk bertalu - talu. Nak buka tak nak buka sama banyak jugak sebab malas nak layan salesman atau peminta derma ni. Tapi dah bertalu sangat ketukan tu sang lekit jenguk jugak kat teropong pintu tu. Muka seorang budak cina nampak la dari teropong kecil tu. Dalam hati dah tahu.. tak jual barang mesti minta derma. Buka juga la... Carian google. Sekadar hiasan Memang seperti yang di ramal, minta derma untuk orang2 cacat. Dah biasa. Pernah dulu budak cina yang datang minta derma untuk orang cacat ni bila sang lekit cakap takde duit dia cakap syiling pun boleh. Bila cakap takde cash.. dia sindir pula kad kredit pun boleh. Bengkak juga hati. Bukan taknak bagi.. Tapi kalau was - was dengan peminta derma ni baik la jangan bagi. Tak ikhlas. Lagipun banyak sangat kes penipuan macam ni. Sebab tu malas nak layan. Macam biasa la alasan sang lekit takde cash, suami takde kat rumah.. Ayat diorang pun sama. Takde banyak syiling pun boleh. La...

CIKGU SHIDA TOLONG PROMOSIKAN ENTRI AKU

Image
Lama rasanya tak kopek isu pasal cikgu shida. Sekarang ni orang kecoh pasal BERSIH jadi pasal fenomena Cikgu Shida ni orang tak ambil kisah sangat. Kalau dia boleh lawan isu BERSIH memang sang lekit pun tabik spring la. Tadi masa berjalan sambil memburu cerita & berita (wah macam stalker pula yer) terserempak secara tak sengaja video cikgu shida yang di upload kat youtube tapi bukan video miming cuma video penjelasan & pemberitahuan tentang akaun baru facebook, blog & youtube dia. Katanya yang lama kena hack. Alahai.. kesian kan?? Orang popular memang la terancam dengan gejala hack ni. Blogger pinggiran longkang macam sang lekit ni orang nak hack pun fikir juta kali. Apa faedah hack blog melekit. Takde keuntungan mahupun kepuasan maksima yang dorang boleh dapat pun. Bila dah jumpa blog baru cikgu shida ni harus la menjenguk apa cerita ceriti terbaru beliau. Mana lah tau dah di pinang orang ker... kekekekeke. Bukan di pinang tapi isu pasal putus tunang dia dulu tu yang m...

TAK SUKA PENYOKONG ATAU PENENTANG BERSIH SEBAB..

Image
Hari ni hari kedua selepas perhimpunan BERSIH diadakan. Rata - rata blogger tak lepaskan peluang untuk cerita pasal perhimpunan BERSIH tak kira yang menyokong atau membangkang. Masing - masing teguh dengan hujah sendiri. Yang menyokong berhujah dengan sokongannya macam tu jugak dengan yang membangkang. Maskot DIGI pun terlibat. Apa Kes?? Bagi surirumah macam sang lekit ni yang memang tak pandai nak cerita pasal politik & memang tidak di lahirkan sebagai manusia yang fanatik terhadap politik makna BERSIH ni lain. Hari - hari pun kena buat kerja - kerja pemBERSIHan macam biasa walau apapun yang berlaku selagi kudrat tu masih ada. Tapi sebagai rakyat Malaysia & punya kemudahan macam orang lain untuk mengikuti perkembangan semasa dalam negara tetap sang lekit ikuti juga isu BERSIH ni. Macam - macam cerita & video terpampar kat dunia maya ni. Pengalaman orang yang ikuti perhimpunan BERSIH. Ditahan, di pukul, berarak, di lokap & sebagainya. Tu bagi yang menyokong. Sang...

KENAPA ADA PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG?

Image
Ibu mengandung anak sulung ni sekarang ni nampak macam rajin berkongsi perasaan di blog melekit dia kan?? Mesti la.. Al - maklum la pengalaman pertama semuanya serba baru yang di lalui. jadi petang ni sang lekit nak kopek sikit isu tentang pantang larang semasa mengandung. Kalau ikut pantang larang orang tua ni memang banyak.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. Kebanyakkan pantang larang ni cuma mitos.. Tapi kenapa orang masih lagi mengamalkannya termasuk sang lekit. Sang lekit ada alasan sendiri kenapa sang lekit ikut walau sang lekit tetap mencari kesahihan & logik sesebuah pantang larang tu. Kebanyakkan yang sang lekit search mengkategorikan ia sebagai mitos. Tak kisah la mitos ke dogeng ke bagi sang lekit amalan yang baik untuk kebaikkan si anak yang di kandung tak salah kita ikut. Itulah naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Ibu mengandung. Tetap tu nak tayang muka sendiri. Wakakakaka Antara pantang larang yang sang lekit tahu semasa mengandun...

BERSIH TAK BERSIH TETAP KU REDAH

Image
Memang hari ni Roadblock merata - rata. Tapi itu bukan alasan sang lekit tak pergi. Memang ada sangkut satu roadblock kat jalan Sg Buloh ke kepong tadi. Kena tahan jugak dengan abang polisi tapi encik hubby bagi alasan ada appointment dengan doktor untuk pregnant check up. Kiranya alasan munasabah walau menipu sebab dia tengok sang lekit kat sebelah tengah memboyot kan?? Kang bagitau destinasi sebenar banyak pula soal jawabnya. Perjalanan di teruskan selepas melepasi roadblock tu. Dalam hati tak sabar ni nak jumpa kawan baik merangkap kakak (angkat ke tak angkat tapi sang lekit dah anggap dia macam saudara sendiri) iatu bekas manager sang lekit dulu. Kami memang rapat masa kerja kat 1 ofis dulu. Muka pun orang cakap macam seiras. Sampai Adam tengok tadi masa kitorang tengah berbual pun cakap muka kitorang sama. Adam mana? Jumpa kawan baik @ kakak sang lekit kat mana? Alkisahnya hari ni anak kakjun (ex-manager) kahwin. Dulu masa jadi single mother kakjun & anak - anaknya berhijr...

HUKUMAN YANG MEROSAKKAN PAKAIAN SEKOLAH

Image
Tadi ada buat entri pasal budak sekolah pakai tudung shawls sebagai tudung sekolah kan tiba - tiba sang lekit teringat pula pasal etika pemakaian masa zaman sang lekit sekolah dulu. walaupun dengan uniform sekolah tetap nak melaram, akibatnya melanggar etika pemakaian uniform sekolah. Carian google. Sekadar hiasan Zaman sang lekit sekolah dulu.. kalau budak perempuan melayu/islam wajib berbaju kurung & bertudung. Tak boleh tidak. WAJIB. Tapi zaman tu zaman pakai kain sapu lantai. Korang tau kan macam mana gayanya. Hujung kain sampai hitam jadinya dok menyapu lantai. Tudung pula ala - ala tudung shawls yang singkat sekarang la. Hanya tutup leher jer.. Jenis kain pula yang licin & nipis sampai boleh nampak la warna & corak bra. Tu gaya melaram di kalangan pelajar perempuan Islam. ** Bukan semua tapi segelintir sahaja yang nakal - nakal ** Yang bukan Islam pula.. Biasa la Pinafore la. Tapi etika pemakaian Pinafore mesti hingga paras lutut tak boleh pendek. Tapi kebanyakka...

ADA YANG SENTAP PULA

Image
Banyak betul kesinambungan entri semalam & hari ni. Akibat cuba menjelaskan kembali salah faham yang berlaku dalam entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR dengan menulis entri SIKAP TUNDING JARI muncul pula pak meon or maybe mak enon atau dalam bahasa mudah di fahami blogger Anonymous @ Anon mengamuk dalam komen di entri SIKAP TUNDING JARI tu. Memang betul - betul sentap si meon/enon tu dengan entri sang lekit. Katanya kalau setakat nak buat ulasan dari artikel akhbar siapa2 pun boleh. Silakan la buat. Takde halangan. Lepas tu katanya sang lekit ni berangan nak jadi famous dengan entri2 macam ni. Takde pula terdetik entri2 ni akan mempopularkan sekaligus mengkayakan sang lekit. Katanya tak payah buat entri nak komen pasal dia & minta simpati orang lain. Tetap sang lekit buat entri khas untuk membalas balik. Nak komen kat blog beliau almaklumla orang lantang bersuara dalam identiti anonymous ni mana ada tempat kita nak bersoal jawab ...