Posts

TETAP LELAKI WALAU BER 'ANU' PEREMPUAN

Image
Kalau dah lahirnya lelaki tetap la lelaki walau kau bersolek sampai hilang terus kejantanan kau, habis beribu riban tukar alat kemaluan semata - mata nak jadi seorang yang lahiriahnya perempuan yang sempurna. Carian Google Kat Malaysia banyak kes pembedahan jantina di kalangan pondan, maknyah & apa je gelaran bagi mengambarkan lelaki yang bernaluri wanita ni. Terbaru kita semua tahu kes permohonan seorang hamba Allah yang nak tukar identiti (Nama & jantina) pada mykad dia sebagai seorang perempuan dengan alasan dia dah buat pertukaran jantina. Kalau berjaya sekalipun dia menukar identitinya sebagai perempuan tapi bila mati tetap dia seorang lelaki walau cuba melalui rutin hidup sebagai seorang perempuan pun. Jenazah dia juga akan di uruskan sebagai seorang lelaki sehingga la kepada pembacaan talkin.Takkan di sebut identiti wanita yang cuba di tukar kat dunia. Hukumnya sangat jelas. Lelaki tetap lelaki. Takde apa yang dapat mengubah hakikat kejadian tu walau cuba di ubah da...

KERANA FACEBOOK.. CURANG,FITNAH & DAPAT HIV

Dah la curang dengan suami lepas tu fitnah pula suami penyebab dia di jangkiti HIV tapi laporan perubatan mengesahkan si suami ni bebas HIV jadi terbongkar la kisah sebenar seorang isteri ni. Alkisahnya seorang isteri yang kembali menjalinkan cinta dengan bekas teman lelaki kemudian memfitnah suaminya penyebab dia mendapat HIV dalam tuntutan fasakh di mahkamah. Akhirnya terbongkar HIV yang di jangkiti tu adalah hasil hubungan haram dia dengan teman lelakinya selepas bertemu semula di laman Facebook. Facebook kalau di salah guna inilah akibatnya.. Kalau betul di gunakan Insyaallah banyak keuntungan yang boleh kita dapat macam buat bisnes online. Apapun si suami harus bersyukur sekurang kurangnya dia terlepas dari di jangkiti penyakit yang takde ubat tu dari isteri yang curang sekaligus bebas dari terus berbinikan perempuan macam tu. Sebab tu la sang lekit walau aktif ber online sekalipun tapi jarang sangat nak on sebarang chat secara personal atau private. Setakat berkomen di wall...

GEMUK

Image
Tengok jari dah kembang - kembang. Tengok muka pun sama. Tengok perut.. Memang tak boleh nafikan lagi. Pinggang, kaki tangan hidung bontot & semua sekali  nampaknya menunjukkan perkembangan yang mekar. Carian google Mulut en hubby pun tak berhenti mengusik.. "Dah gemuk!" Takde makna sang lekit nak makan hati dengan usikkan & kutukan dia. Kalau dah biasa bergurau ala - ala brutal memang la takkan rasa apa - apa. Masuk 8 bulan memang berat badan naik dengan jayanya berbanding sebelum2 ni. Lagipun gemuk orang mengandung adalah perkara biasa kan?? Kang kurus keding pun susah jugak. Tapi memang agak terbeban bila kandungan dah masuk 8 bulan. Segala - galanya rasa berat. Pinggang makin sakit. Kaki yang menampung badan pun rasa macam terbeban. Kadang - kadang rasa sakit bawah perut. Tapi tak kerap. Nak bangun, nak duduk, nak baring, nak berjalan segala - galanya rasa agak susah. Perbezaan yang amat ketara. Kudrat dah rasa makin kurang. Walau nak ampai baju pun kadang ...

MATCH & WIN CONTEST BUAT AKU MENYAMPAH

Image
Dalam entri SAYA MENANG RM668 CONTEST YU NAM HAIR CARE haritu sang lekit agak teruja bila dapat call dari dorang. Tapi sekarang tidak lagi. Bila buat keputusan taknak ambil pakej percuma untuk rawatan & hadiah tu jadi sang lekit tak pergi la. Tapi.. Menyampah pula bila pihak dorang asyik call hari - hari. Tak jawab pun tetap call tanpa putus asa. Aduhai.. nampak sangat dorang ni macam nak paksa sangat kita pergi. Mesti ada muslihat terselindung. Yelah.. yang free tu free la tapi memang akan ada yang tak free punya dorang akan ayat kita untuk beli produk dorang. Kalau tak, takkan la sampai sanggup hari2 call walau kita tak jawab pun. Dahsyat betul dorang punya marketing. Jadi bagi korang yang telah mendaftar & menyertai Match & Win ni kalau taknak pergi pastikan ada bagitau dorang betul - betul korang tak berminat. kalau tak handphone korang hari - hari akan di hantui panggilan yang tak putus - putus sehingga buat korang terganggu macam sang lekit & en hubby. Con...

SAMPAI HATI WASIATKAN BAPAK HUTANG ALONG

Image
Kesian seorang pakcik ni... Umur dah 80 tahun tapi terpaksa menanggung hutang along hasil dari wasiat arwah anaknya. Kenapa lah si anak ni kejam sangat.. Kan?? Pakcik ni kini terlantar di sebuah hospital di ibu negara akibat menghidap beberapa penyakit termasuk kanser prostat, jantung dan pendarahan di saluran pencernaan.    Pakcik ni tak tahu semasa arwah anaknya masih hidup, anaknya ada menggunakan nama pakcik ni sebagai penjamin untuk membuat pinjaman kepada Along. Pakcik ni baru jer tahu dia jadi penjamin kepada anaknya setelah anak dia meninggal dunia sejak 4 tahun lalu. Pakcik ni terpaksa jugak la membayar bunga setiap bulan kepada Along menggunakan duit pencen setiap bulan kerana bimbang di apa2 kan & kasihan arwah anak tersiksa dalam kubur. Setakat ini pakcik tua tu dah membayar lebih dari RM20k bunga kepada Along walaupun hutang yang di buat arwah anaknya cuma RM3k saja. Selagi dia tak langsaikan RM3k tu sekaligus selagi tu la pakcik ni terpaksa bayar bunga ...

HENSEM SANGAT KE 'ANU' KAU TU??

Image
Bila terbaca satu kes seorang promoter yang di jatuhkan hukuman di jel 6 bulan selepas mengaku bersalah menunjukkan 'Anu' dia kepada seorang wanita teringat pula sang lekit satu kisah yang pernah berlaku pada salah seorang kawan sang lekit dulu. (rujukan : harian metro ) Carian google Kita akan kategorikan golongan macam tu golongan 'orang gila seks' tapi kenapa dia hanya menunjukkan 'Anu' namun tidak sampai menculik & merogol mangsa. Macam - macam kan ragam manusia gila seks ni memuaskan nafsu ni. Sekadar tunjuk 'Kemaluan' dia pun mungkin dia dah rasa puas kot. Atau dia rasa 'Anu' dia lebih hensem & menawan berbanding rupa dia untuk merangsang nafsu orang lain supaya tertarik & melakukan seks dengan rela? Dah nama pun orang gila jadi imaginasi dia juga gila la. Kes yang berlaku kepada kawan sang lekit ni lebih kurang kes yang dalam artikel akhbar tu jugak. Masa tu dia nak ke Main Office. Tapi terpaksa melalui jalan raya besar ju...

FUNGSI JARI TENGAH/HANTU

Image
Apa fungsi jari tengah/hantu ni? Nak korek hidung.. rasanya tak sesuai sangat kan?? Nak - nak lagi yang mempunyai saiz lubang hidung yang agak kecik & sempit? Nak gunakan sebagai jari tunjuk - tunjuk.. Iskk.. jarang sangat orang guna jari tengah untuk menunjuk sesuatu. Jai telunjuk dah ada.. Jadi apa fungsi jari tengah/hantu ni?? Jari tengah/hantu ni sekarang ni banyak yang guna sebagai menunjuk simbol lucah jer.. Mentang - mentang la nama dia jari hantu. Hantu kan di kaitkan dengan benda - benda yang tak baik, maka manusia ambil kesempatan atas nama jari hantu ni untuk mengekspresikan sesuatu yang buruk bagi memburukkan lagi fungsinya kan?? Kesian kan jari hantu.. dah la namanya hantu, di hantui lagi dengan perbuatan2 yang kurang sopan. Semakin berhantu la jari tu. kekekekekeke Belum tahu cakap dah di ajar buat simbol F**K. Bangga ke kita kalau dapat anak yang belum tumbuh gigi sudah pandai buat aksi ni?? Kalau lagu rakyat dulu2.. belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.. ak...