Posts

BEREBUT KUCING SAMPAI NAK SIMBAH ASID

Image
Aduhai.. Pasal kucing pun jadi hal. Kalau dah pencinta kucing sangat.. pergi kutip kucing2 terbiar kat jalanan sana tu buat anak angkat, kenapa perlu berebut kucing nan sekor itu. Mungkin juga kucing mahal kot. Ada harga di pasaran.. Jadi mana nak sama dengan kucing terbiar di jalanan. Tudia kucing & anjing berebut spender. Sekadar hiasan. Ni kes sepasang kekasih yang telah berpisah berebutkan seekor kucing tak tahu apa jenis sampai ugut mengugut. Alkisahnya di mamat ni datang kat rumah bekas awek dia minta balik kucing yang pernah dia bagi setahun lepas tapi bekas awek ni taknak bagi dengan alasan selama ni si pakwe tak pernah ambil kisah pun pasal kucing tu. Bila di pujuk pun tak jalan, si pakwe naik hantu maki hamun si bekas awek ni sampai ugut nak simbah asid kalau terserempak kat luar. Bagi pendapat sang lekit la.. Kalau sang lekit kat tempat minah tu sang lekit bagi balik jer. Bukan sebab tak sayang kucing tu tapi buat apa ambil risiko atau mengeruhkan keadaan. Sang leki...

SUJUD TERUS TIDUR

Image
Bersempena bulan ramadhan ni banyak kisah nostalgia zaman kanak - kanak mula terimbau kembali. Yang bernama kanak - kanak macam sang lekit & the gang dulu memang penuh aktiviti. Aktiviti mengikut musim. Kalau bulan puasa.. Aktiviti main kejar2, masak2 & mainan lasak2 ni kurang. Konon puasa tapi puasa kadang - kadang yang yok jer. Kekekekeke Aktiviti sepanjang ramadhan bila menjelang malam mesti la terawih walau sembahyang tu tak seberapa. Lebih kepada memeriahkan masjid je. Nama pun budak - budak kan?? Kelas mengaji al-quran sepanjang bulan puasa memang di umumkan cuti. Macam biasa bergerak dalam kumpulan ke masjid. Sampai masjid sebelum bermula solat terawih mesti makan dulu. Dulu memang ada program more ni. Walau dah makan kat rumah tetap juga nak makan kat masjid. Sedap tak sedap tu tak kisah, janji makan. Lepas makan ambil wuduk masuk masjid, ambil saf paling belakang. Mula - mula semua ok lagi. Semangat lagi berterawih. Dah sampai rakaat yang ke lima keatas mula nampak...

ISU PUTUS TAK BUAT DORANG SERIK

Image
Baru jer hari ke empat umat Islam berpuasa dah keluar berita orang putus sana sini. Putus apa?? Bukan putus cinta, bukan putus tunang, bukan putus urat perut.. Ni kes putus anggota badan. Bukan kes kena bunuh, kerat bagai.. Ni kes penyakit cari sendiri. Angkara mercun la apa lagi. Tiap2 tahun mesti ada kes putus anggota badan sebab mercun. Kalau sendiri main sendiri terima padah ucapannya padan muka, kalau tak insaf lagi tak tau la nak cakap apa. Kalau yang terima padah sebab orang lain punya angkara.. Ini yang mendatangkan marah ni. Jangan nak tunding kat takdir untuk menutup salah sendiri yang menyebabkan kecederaan orang lain pula. Carian Google Sang lekit memang benci sangat orang yang main mercun ni sejak dulu lagi. Semua ni angkara jiran2 sang lekit yang tak tahu hormati orang lain. Ni cerita masa kat kampung. Jiran sang lekit depan belakang suka sangat main mercun. Dari anak sampai mak bapak. Kalau mak bapak tak main pun dia akan bagi sokongan moral pada anak - anak dia mem...

MUKA KEMBANG

Image
Masa mengembang ni la nak kena buat Mykad baru sebab yang lama cip rosak. Nak buka Akaun BSN mesti la kena ada mykad. Kalau Data dalam Mykad tak boleh baca, tak boleh buka akaun. Kalau CIMB boleh lampirkan bersama surat beranak tapi BSN tak boleh pulak. Lepas tu memang urgent nak guna Akaun BSN, kan senang kalau boleh guna akaun Maybank atau CIMB sebab dah sedia ada. Alkisahnya.. Untuk urusan wasiat segala duit ringgit arwah ayah punya hal ni. Dihujung2 proses tu dorang nak pula akaun BSN. Pergi nak buat akaun minggu lepas, Mykad rosak. Merayu bagai pun tak dapat jugak. Katanya Bank Negara dah tetapkan syaratnya macam tu. IC sementara pun tak boleh. Pergi dua tiga cawangan BSN sekitar KL semua cakap benda yang sama. Takpe la redha.. sang lekit balik rumah dulu search semua cawangan BSN yang ada kat KL kemudian call satu persatu tanya samada boleh tolong tak sebab perlukan sangat. Nasib baik BSN cawangan Tun Dr Ismail boleh tolong tapi kena pergi juga buat Mykad baru, bawa IC sementar...

UV TERTINGGI DALAM SEJARAH BERBLOG SETAKAT INI

Image
Bukan nak riak, tak juga tujuan menunjuk - nunjuk. Bukan la hebat sangat tapi antara rekod terbaik sang lekit dalam arena berblog setakat ni. Memang tak pernah menjangka akan dapat UV (Unique Visitor) sebanyak ni untuk 1 hari.   1252 UV untuk tarikh 1 Aug 2011. Memang pecah rekod untuk blog melekat lekit setakat ni Terkejut juga sang lekit bila check Analitik Nuffnang tadi. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Ternyata cerita pasal Elia & Apek memang menjadi carian tertinggi sekarang. Pada mulanya takde la niat nak ambil kesempatan dari isu panas tu sekadar nak mengupas isu tu dari sudut pandangan peribadi & memberi teguran atas tindakkan si Elia yang menghebahkan cerita peribadi secara umum di laman sosial akan di jadikan iktibar pada kita semua tapi ternyata isu itu memang panas sangat. Entri yang menjadi view tertinggi bukanlah entri yang menyentuh pasal Kes Elia & apek yang berantakkan tapi entri lama yang pernah sang lekit tulis pasal GA anjuran Elia...

KENAPA SAYA JADI ANONYMOUS?

Image
Selalunya kita menghentam golongan Anonymous ni dengan penilaian,pandangan & fakta - fakta sendiri tanpa bagi peluang pada golongan Anon untuk menyatakan sebab kenapa mereka pilih untuk jadi Anonymous bila berkomen tak kira la mengkritik dengan berhemah mahupun mengutuk dengan fitnah. Dari kesinambungan entri SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS sang lekit nak bagi peluang pada Anonymous untuk menyatakan sebab kenapa dorang jadi Anonymous walau dorang juga ada blog, ada identiti yang boleh di kenal kalau di dedahkan. Carian google Kita kena bersikap adil.. Hanya kita jer menilai dorang tanpa bagi peluang pada dorang untuk menyatakan sebab - sebab sendiri kenapa jadi anonymous pun tak best jugak. Untuk menyelami isi hati golongan Anonymous ni apa kata kita bagi peluang dorang meluahkan perasaan kat komen entri ni. Taknak dedahkan identiti pun takpe cik/en anon.. cuma alasan & sebab kenapa jadi Anonymous je sang lekit perlukan. Yang pernah menjebakkan diri dalam aktiviti berkomen dengan...

PERHITUNGAN ANTARA IBU & ANAK DALAM KANDUNGAN

Image
Baby yang masih tak bernama.. masih belum menjenguk dunia & masih belum tengok wajah mummy & papa. Sekarang mummy nak buat perhitungan dengan kamu yer Baby. Kamu pilih siapa? Mummy atau papa?? Kamu hanya boleh pilh satu antara dua. Walau masih dalam perut mummy tapi kamu harus belajar membuat pilihan yang penting dalam hidup kamu mulai sekarang. carian google Apa dah gila sang lekit ugut baby dalam perut macam tu?? Pilihan apa ni?? Apa yang berlaku antara sang lekit & en hubby sehingga menjadikan anak yang belum lahir sebagai mangsa? Mesti korang nak tau kan?? Sebenarnya secara kebetulan (dengan kuasa Tuhan juga) Baby dalam perut sang lekit ni sangat bertuah sebabnya kalau ikutkan due date bersalin sang lekit 9.9.2011 iatu pada bulan Islamnya jatuh pada bulan syawal. Apa bertuahnya baby sang lekit ni?? Mengikut dari pembacaan sang lekit tak mustahil ibu yang mengandung boleh melahirkan anak pada masa yang lebih awal dari masa yang di jangka atau lewat dari tarikh jangk...