Posts

MAMAT PAKAI SELUAR PENDEK TAKPE JANGAN FIDA PAKAI TOPI

Image
Sekali lagi mamat sepah akan di kritik oleh sang lekit. Sang lekit bukan nak buat entri pasal Fida & mamat ni dah clash bagai. Pasal dorang dah pisah tu.. bagi sang lekit takde yang menarik pun tapi ada yang lebih menarik susulan dari kes tu yang buat sang lekit pun tertarik nak kopek dalam blog melekit ni. Sang lekit taknak la komen tentang si fida yang dulunya bertudung & kini hanya menutup rambut dengan topi ala2 Dato Ct tu. Siapalah sang lekit nak komen orang pasal tudung bagai. Kau tak bertudung, jangan sibuk hal orang nak bertudung macam mana. Dari isu yang di bangkitkan.. kononnya si mamat ni la pengaruh si fida sampai tukar imej & Si mamat tampil memberi kenyataan menafikan tuduhan tersebut. Bila keluar kenyataan sekali lagi sang lekit dapat kesan ada ayat kurang bijak yang terdapat dalam kenyataan si mamat. "Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung." << Tu dia kenyataan mamat yang sang lek...

LEKAT LEKIT LOVE STORY

Image
Tetiba kan?? tetiba buat entri jiwang karat.. Manusia yang bernafsu normal & punya hati akan ada ruang2 romantika dalam diri dia walau tak selalu di tonjol atau di canang, kan?? Cara kita ber romantika ni mungkin berbeza tapi perasaan kita ni tetap ada persamaannya. Entah kenapa tiba2 sang lekit ter flashback kenangan cintan cintun bersama en hubby dulu. Kenapa en hubby bukan en ex boyfriend.. Sebabnya Ex Boyfriend tak perlu di kenang kenang lagi. Tak elok untuk keharmonian rumahtangga gitu. Nak kenang.. kenang jer yang dah jadi halal buat kita. Kenang yang indah2 untuk buat semakin hari semakin sayang. Ni gambar kat KFC kota damansara. Time ni tak declare couple lagi. Baru kawan2 gitu! Kisah cinta sang lekit dengan en hubby ni bukan la macam kisah cinta orang lain yang candle lite dinner, dapat bunga, coklat, control2 ayu, makan pun malu2.. cuit ayam pun guna dua jari (ibu jari & jari telunjuk jer).. almaklum la nak nampak sweet & gentle depan pasangan kan?? berkayu...

'Saya meminati Cikgushida kerana/I like Cikgushida because ...'

Image
Kerana apa yer saya suka cikgu shida? Betul ke saya suka cikgu shida? Suka la jugak bila cikgu shida buat lawak dengan statement2 dia yang ala2 budak sekolah rendah bukan ala2 cikgu sekolah rendah yer. Apa kes tiba2 sang lekit buat entri suka cikgu shida ni... Bukan pasal sang lekit dah buang tebiat tiba2 nak suka cikgu shida ni.. Ni sang lekit baru terbaca kontes anjuran cikgu shida. Cipta slogan 'Saya meminati Cikgushida kerana/I like Cikgushida because ...' Kalau korang yang suka cikgu shida ni boleh la join. Hadiah tak tau apa benda dia nak bagi.. mungkin koleksi video miming dia yang dah di vcd kan kot. Selalunya tu jer yang di offer. dengan tandatangan sekali kononnya.. ( mustahil sangat dia nak bagi Premium Beautiful Corset yang dia jual tu, kan?? ) Kalau cikgu shida buat kontes 'saya tak suka cikgu shida kerana..' confirm la sang lekit orang pertama hantar penyertaan. Hadiah dia tak lain tak bukan kena remove dari friendlist, kan cikgu shida. Tapi pada yang...

PESAING CIKGU SHIDA

Image
Lepas ni cikgu shida mungkin akan semakin galak menghasilkan video2 miming yang lebih 3G (gedik, galak, gila) Mana tak cuak cikgu shida kalau dah ada pesaing yang boleh tahan gedik jugak video miming dia. Nak2 lagi budak ni lebih moda rumaja berbanding cikgu shida yang umur dah dara berusia, kan?? Walau video miming budak ni juga bersifat 3G tapi kenapa agaknya takde la janggal @ meluat sangat tengok. Boleh jugak senyum2.. Mungkin sebab usia, jantina jugak kot.. Kalau umur dah senjakala dok miming dengan gaya 3G lagi memang la dah tak jadi lawak , kan?? Dah tu perempuan pulak.. Ni budak yang bakal menjadi pesaing cikgu shida. Nak tengok video dia clik DISINI Semua ni gara2 penangan cikgu shida kot maka terlahirlah bakat2 miming baru pelapis cikgu shida nanti. Yelah semua nak jadi macam cikgu shida boleh jadi artis express.. buat video miming,tayang kat youtube.. dapat la masuk tv, radio & majalah.

MURID TRAUMA, CIKGU KENA RAGUT DALAM KELAS

Image
Jenayah sekarang tak kira kat mana saja. Semua tempat dah tak terjamin keselamatannya. Macam 1 kes ni sang lekit terbaca kat status seseorang tu. Seorang cikgu kena ragut dalam kelas masa sesi pembelajaran. copy paste dari FB Macam mana la pengawal tu boleh biarkan orang tu (peragut) masuk ke kawasan sekolah. Entah apa la peragut tu ayat yer sampai pengawal tu pun boleh lepaskan dia masuk. Takkan tak di rujuk dulu dengan guru2 kat sekolah sebelum membenarkan orang asing masuk ke kawasan sekolah?  Kesannya pada guru & murid2 yang tengok kejadian tu. Sampai trauma. Kan menganggu pelajaran dorang. Itu la kan.. sekarang ni jenayah ada dimana2 saja. Kalau tak peragut dari luar masuk pun, warga sekolah tu sendiri kadang2 boleh buat jenayah jugak. Betul tak??

DI TUDUH LESBIAN

Image
Sesi mengimbau kenangan semusim lalu kembali bersiaran di blog melekit. Untuk episod imbauan dalam effect Sephia tone kali ni jom kita tumpang mesin masa doremon untuk balik semula ke zaman sekolah menengah sang lekit. Wah gitu.. macam filem lak kan?? carian google Kisah ni kadang2 rasa lucu tapi waktu kejadian tu sang lekit tak rasa pun lucu sebab di kuasai perasaan marah, tak puas hati, sakit hati, makan hati.. Ha.. kau! Hati ini telah di lukai la katakan. Kisahnya bermula apabila keakraban sang lekit dengan kawan sang lekit, siti (Kami memang rapat sejak kecik lagi) di salah erti oleh seorang cikgu yang sang lekit dah lupa nama dia. Ceritanya macam ni.. Siti muda setahun dari sang lekit.. bila dia tingkatan 1, sang lekit dah tingkatan 2. Sesi sekolah tak sama sebab pelajar tingkatan 1 bersekolah pada sesi petang tapi pelajar tingkatan 2,3,4 & 5 semuanya pagi. Kita ni macam kembar siam tak melekat.. kemana, dimana asyik berdua jer. Macam belangkas. Siti akan keluar ke seko...

GUNA MAKANAN DALAM PERMAINAN

Image
Pagi semalam sempat tengok rancangan Ewah - Ewah yang bertemakan permainan. Peserta adalah di kalangan artis2 Malaysia. Riuh & meriah rancangan tu sebab pengacara dia Nabil & wahid senario. Memang kecoh la.. Bukan nak cerita pasal kemeriahan, kekecohan atau keriuhan rancangan tu tapi nak kopek pasal isu permainan yang menggunakan makanan. Semua orang tahu idea mencipta rancangan berunsurkan permainan & menggunakan makanan sebagai bahan permainan ni datangnya dari barat dulu. Ye ke?? Ke Jepun?? Mana2 la janji bukan bermula dari Malaysia tapi menjadi ikutan oleh negara2 lain. Korang rasa sesuai ke main dengan makanan ni?? Bagi sang lekit la macam 1 pembaziran yang terang lagi nyata depan mata. Macam dalam rancangan ewah2 semalam.. pertandingan buat sandwich siapa lebih tinggi dengan pecahkan telur guna sebelah tangan tanpa telur kuning tu pecah dalam mangkuk. Lepas rancangan tu agaknya dorang makan tak sandwich yang comot dorang buat tadi. Rasanya tak makan kot.. Atau tel...