Posts

KAN DAH KATA CIKGU SHIDA NI BANYAK PROPA JER

Image
Bila orang mengata mula buat status minta timang2.. bila tak kata memang tu la perangai dia. Aduhai cikgu shida.. baby berusia 40tahun ni. 2 3 hari lepas ye ye je dengan status terakhir beliau tu. Kononnya nak undur diri dari dunia seni. Kononnya lagi dunia glamour & artis ni tak sesuai dengan diri dia.. kononnya la.. Ni Status 2 3 hari lepas. Korang boleh rujuk entri ni CIKGU SHIDA Tup - tup hari seperti ramalan ku yang benar belaka muncul 1 lagi status cikgu shida tak jadi undur diri dari dunia seni hiburan katanya.. Kan sang lekit dah cakap status2 nak quit dari cikgu shida ni semua propa dia jer. Status minta di pujuk2.. di beri perhatian ala2 cik lala yang bosan minta orang layan dia main2. Cik Lala lain la baru 3 bulan.. merengek2, merajuk & nangis2 tu perkara biasa bagi bayi seusia cik lala tapi kalau bayi seusia cikgu shida (40tahun) dok buat perangai macam cik lala kerap2 sangat kan nampak macam terencat.. kan?? kan?? kan?? Kan sang lekit dah kata dalam entri lepas...

GOOD BYE DARI CIKGU SHIDA. PROPA VOL BERAPA NI?

Image
Kata berani, kental, kenyal lagi kalis.. Alih2 kena kritik down jugak. Hati tetap la tisu. Tapi sang lekit ni kadang - kadang baca statement cikgu shida nak berhenti miming, berhenti share video miming kat youtube, privatekan semua video2 dia.. rasa dah muak. Tak tau la propa vol yang keberapa. Sebab cikgu shida.. 'Always like that'.. kalau kena kutuk. Last2 bila hati dia dah terpujuk balik mula buat statement cover malu..'Saja melawak dengan fans' kononnya. Konon kehidupan glamour tak sesuai padahal dia memang kejar tu pun kalau tak, takkan sebelum ni asyik dok cakap diri dia popular je, ye dak?? Cikgu shida ni sebenarnya kemaruk sangat nak perhatian, nak popular & nak di pujuk2. Sejak semalam dok buat status terakhir tapi sampai malam ni takde akhir2 pun. Konon nak stop semua. Dari video miming, blog, Fb bagai la. Tak jugak2 ada titik noktah. Alah.. cikgu shida, tak payah la nak raih perhatian macam tu. Macam bayi tau tak perangai kamu tu. Kamu tu dah balusia (...

TENTANG DHIA.. MATI SEBELUM AJAL

Image
Mesti ramai yang ikuti drama bersiri kat tv3 tentang Dhia tu kan?? Sang Lekit suka jugak cerita tu tapi macam biasa la.. Sang Lekit walau minat macam mana sekalipun tetap ada episod yang sang lekit skip. Memang dari dulu lagi sang lekit kalau tengok cerita berepisod ni tak pernah tak skip.. mesti skip. Carian Google Episod hari ni mungkin agak mengecewakan ramai penonton di pertengahan ceritanya bila Dhia di sahkan meninggal dunia secara mengejut. Terus terang sang lekit rilex je. Walau tak tahu kesudahan episod hari ni tadi (masa menonton) tapi hati sang lekit kuat cakap, Dhia tak mati. Dhia kan heroin.. Kalau dhia mati, maka tamatlah cerita tersebut tapi episod tentang Dhia ni kan panjang lagi. Sambil menanti2 apa adegan seterusnya dan akhirnya betul apa yang sang lekit fikir. Dhia tak mati. Belum sempat di kebumikan.. seorang ustaz terlebih dahulu datang & membongkar rahsia sebenar & seterusnya cuba membantu menyedarkan Dhia. Semua pun tahu mak si zikir (tunang dhia) da...

CERITA TENTANG SEEKOR IBU

Image
Minggu lepas dalam keadaan selera makan kurang stabil tapi hubby ajak makan ayam golek pulak kat sg buloh. Dia je la yang makan.. Sang lekit cuma jamah sikit nasi goreng & lala macam biasa tukang tengok orang makan. Kang lala makan terkejut pulak semua orang, kan?? Kan?? Tengah menikmati makan tu datang la seekor ibu duduk dia bawah meja minta sikit makan. Macam biasa hati ni takkan tergamak nak melantak tanpa berkongsi rezeki dengan seekor ibu comel tu. Dari jauh sang lekit nampak 2 ekor anak dia asyik betul main. Lincah & comel jugak. Jadi memandangkan ayam golek pun order seekor bagi la seketul kat seekor ibu ni. Kali pertama sang lekit bagi dia makan.. dia makan. Tak gelojoh. Sopan jer.. Habis dia makan, dia tunggu lagi. Sang lekit fikir dia lapar lagi.. Bagi la. Tapi kali ni dia gigit terus dia bawak pergi. Sang Lekit tengok arah dia pergi. Rupanya dia pergi pada anak - anak dia. Dia letak seketul ayam golek yang sang lekit bagi tu depan anak - anak dia. Tersentuh hati...

GAMBAR ANAK SARAH RAISUDDIN & SHUIB SEPAH

Image
Teruja pulak sekarang ni kalau dengar orang dapat baby. Sejak naik pangkat mummy ni menjadi2 pulak sifat keibuan ni, kan?? Terpandang kat status FB abang aidif alfian (komposer) yang mungkin dia copy paste status dari FB sarah or shuib kot announce tentang kelahiran bayi sulung mereka. Tahniah la sarah & shuib. Akhirnya berjaya merangkul anugerah sebagai mummy & daddy. Kejayaan ni kejayaan paling besar buat sesiapa saja yang bergelar ibu & ayah, kan?? Agaknya macam mana rupa baby boy sarah & shuib tu yer?? Tengok ler kat bawah ni  Comel baby boy dorang kan?? Sumber : Media Online

KISAH SEORANG IBU DAN JARUM

Image
Kisah seorang ibu bersama anak kecilnya... Minggu ni minggu sakit tapi alhamdulillah hari ni nampaknya dah sepenuhnya baik. Dah ada selera makan sejak semalam & tak muntah2 lagi. Bila dah boleh terima makanan badan pun rasa ada tenaga sedikit nak uruskan rumahtangga. Lala sihat jer tapi cuma meragam dia yang menjadi jadi minggu ni. Lala pun dah ambil suntikkan pertamanya khamis lepas (walau dah lewat 3 bulan). Mula2 nurse minta nak bagi 2 suntikkan terus sebab dah lambat sangat. Katanya nanti mummy yang susah sebab lambat nak habis suntikkan tapi sang lekit cakap takpe. Buat satu persatu dulu. Risau jugak kang di suntik dua2 sekali 1 masa lala punya siren taknak berhenti. Nurse ikut je apa mummy nak. Alhamdulillah. Carian google Yang lawaknya masa kat klinik.. Dah janji dengan hubby masa nak ambil suntikkan suruh hubby je masuk. Sang lekit tak nak masuk. Sungguh! Fobia pada jarum tetap tak boleh hilang walau masa pregnant dah banyak jarum keluar masuk kat tangan sang lekit ni....

SETAHUN KEMUDIAN

Berhabuk sikit blog ni selama 2 hari ni kan.. Yelah, tuan empunya di serang demam yang agak tinggi suhu badan nya. Boleh tahan la kalau cecah 39'c kan?? Sebab tu la blog ni pun turut demam sepanjang sang lekit demam. Alhamdulillah.. Lala sihat jer tapi... 2 hari lepas sang lekit demam dia buat perangai tak tidur sampai subuh. Lama jugak la hubby cuba pujuk dia tidur, tak jugak tidur2. Sang Lekit terbangun masa tu dekat pukul 3 pagi.. Hubby dah pejam celik kat sebelah lala yang terbeliak lagi matanya. Sang Lekit pun cuba tidurkan dia.. tetap tak berjaya. Dekat nak subuh tu bunyi pulak siren dia. Apa lagi siap2, turun bawah, start enjin bawak jenjalan sampai dia tidur. Itu je cara nak buat lala senyap & tidur kalau dia buat perangai. Hari ni pun sebenarnya sang lekit tak berapa sihat sepenuhnya lagi. Badan rasa macam kertas je sampai nak dukung lala pun rasa dia berat sangat. Kepala pulak masih sakit2 dah tu tekak rasa loya2. Mungkin sebab perut kosong. Takde selera nak makan...