Posts

MARI AKTIFKAN MOBILE TEMPLATE DI BLOG

Orang lain sampai naik kusam dah guna sang lekit baru nak merasa. Orang lain tak heran, sang lekit masih jakun dengannya. Orang lain dah berbijik2 tukar pakai, sang lekit baru merasa pegang satu. Apa tu?? Smartphone. Yelah.. selagi tak uzur enpon tu selagi tu tak bertukar. Nak membazir pun tengok kemampuan diri lah. Lagipun sang lekit tak banyak sangat kegunaan enpon ni selain sekarang kalau berdering pun banyak call dari en asben.. paling tidak pun family dan sekali sekala tu ada la sorang dua kawan lama call. Kalau tak hari2 enpon tu tak asben call, kita call dia, tak dia sms, kita sms dia. Tu je la fungsi enpon. Kalau kredit abis, telefon rumah jugak di belasah. tapi jarang kredit abis selalunya access expired je. enpon tua sang lekit yang sang lekit guna hampir 4 tahun tu walau masih berfungsi tapi sangat uzur. Orang tua la katakan.. kejab2 dia tertidur. timing dia pun akan jadi tak betul bila dia tertidur & kita kejutkan. Jadi asben dengan penuh simpati hadiahkan la berry ...

Ehem.. hem.. BUAT APA TU??

Image
Setiap hari sang lekit tak lepas pandang untuk tengok perkembangan shahila. Apa yang dia sepatutnya kena buat, apa yang dia dah boleh buat & apa yang dia sedang belajar buat. Kadang2 sang lekit biar dia layan diri sorang2 sambil sang lekit perhatikan keletah dia.. nak tahu apa yang shahila dah boleh buat & sedang buat sekarang kalau main sorang2 shahila selalu buat benda ni sambil mulut dia mengomel & terjerit2 dalam bahasa dia la. Memang bising.. Kebolehan shahila ketika melakukan aksi ni ialah dia boleh masukkan ibu jari kaki dia dalam mulut kalau mummy nampak mummy akan akan.."aip.. buat apa tu??' No.. no.. yer lala. tak elok tu!! Bila dia rasa bosan berbaring & takde jugak orang layan dia, dia mula buat benda ni.. pun dengan mulut yang bising.. meniarap dengan gaya titanic Dan bila dia nampak mummy datang (atau dady dia jugak) dia akan jadi excited macam ni.. Dengan maksud... sila la dukung saya sebelum saya mengamuk. kekekekeke Dan ini pula akti...

PERLU KE MOTIF UNTUK MENULIS?

Sang Lekit nak kata rajin sangat update status @ berkomen kat status orang tak jugak.. nak kata takde langsung buat semua tu ada la juga. Friendlist sang lekit ni selain kawan2 sekolah, kawan2 lama, kawan2 blog.. tak terkecuali banyak adik2 yang add. Sang lekit jenis approve je sebab FB sang lekit takde la nak tulis benda2 privacy sangat kat wall. Masalah bila berkomen di wall adik2 ni.. sentap tak tentu pasal walhal benda yang kita cakap tu bukan la berunsur sindir @ mengutuk. Kadang2 kita sekadar tanya untuk kepastian.. Yelah, update status kadang2 banyak unsur tanda tanya, atau kiasan @ benda yang kita tak tau tujuan dia kongsi status macam tu. Bila tanya apa motif.. wah sentap pulak. Katanya tak perlu bermotif nak update status kat wall sendiri. Mungkin dia lupa kot yang dia tulis kat FB wall bukan diari. Kalau diari mungkin la takde sapa boleh baca. Motif jugak dia tulis kat wall FB untuk bacaan peribadi. Tulis kat wall Fb ni jangan la adik2 harap orang 'like' je manja...

BILA BAWA ANAK KELUAR MESTI ADA BENDA NI JADI

Kadang2 rasa macam diri ini terlalu aneh pada pandangan mata sesetengah manusia bila daku mendukung cik lala di tempat awam. Memang betul dia anak saya, napa tak percaya ke saya mampu beranak?? Kisahnya semalam.. Kami anak beranak keluar sekejab ke tesco beli barang sikit. Masa singgah makan kat KFC dalam tesco tu,, ada sepasang mata macam terpegun pula tengok sang lekit dukung lala sementara asben kita pergi beli makan. Lala kalau stroller tak gerak dia memang taknak duduk dalam stroller jadi kena dukung sekejab. Dia macam tak percaya lala tu anak sang lekit (dari reaksi wajah dia la. tengok hujung2 mata jer reaksi dia supaya dia tak perasan sang lekit perasan dia perhatikan sang lekit). Kemudian dia bagitau teman sebelah dia suruh tengok sang lekit sambil senyum2. Dorang mesti boleh teka memang tu anak sang lekit sebab kami cuma keluar bertiga. Mana ada orang nak bawak adik keluar dating. Nak2 adik yang masih bayi, kan?? Melainkan mak sang lekit dulu jer.. Keluar dating bawak adik ...

APA KELAS SALESMAN??

Apa kelas salesman? tak pandang la lelaki kalau keja setakat jadi salesman keta ni.. Jangankan nak jadi laki.. jadi boipren pun bukan kelas aku tau! Wah statement kau sang lekit tak hingat, kan?? Marah salesman2 seluruh negara. Kau dah lupa ke kau kenal laki kau dulu tu dia keja apa?? Kalau bukan sebab dia salesman kat opis kau keja dulu, maybe kau tak kenal dia. Jangan risau sang lekit masih sedar diri.. Memang asben I dulu salesman proton. I sedar & I tak pernah pun pandang lekeh kat mana2 salesman walau asben I tak jadi salesman lagi sekarang. Jadi siapa yang cakap macam tu pada salesman?? Cakap!!! Sabar ok.. ceritanya macam ni, seorang hamba Allah ni yang kejanya tak la best mana. Tak sekolah pun boleh apply keja yang dia buat tu.. Taknak la cakap keja apa tapi demand bukan main. Statement tu pernah di ucapkan pada en asben kita (masa tu dia belum asben kita lagi).. Kita yang dengar ni pun terkedu. Setakat kau tu jaga cashier, besar sangat ke jawatan ko tu, kan?? Takpelah.....

MENIARAP

Image
Risau.. resah.. gelisah.. gundah gulana jadinya bila tengok baby orang lain perkembangannya setiap bulan nampak lebih cepat dari cik lala. Ada kawan sang lekit yang baby boy dia sebaya lala (cuma 2 hari je lebih tua dari lala) dah pandai merangkak & tumbuh gigi tapi lala jangankan gigi nak merangkak jauh sekali. Risau si mummy sampai tanya Doktor jugak la samada cik lala kita ni ada masalah @ tak. Dr yang check lala cakap dia takde masalah pun. Balik rumah latih lala supaya meniarap. Bila di balikkan dia boleh meniarap bila harap dia cuba meniarap sendiri macam dia taknak jer. Tapi dalam bulan januari ni lala nampaknya berusaha untuk belajar. Sekarang lala dah boleh meniarap sendiri & rajin jugak dia balikkan badan dia. Gembiranya hati mummy. Tapi bila dia meniarap je mulut dia bising yang amat. Sebelum ni lala macam malas sikit nak meniarap.. hari2 sang lekit cakap dekat lala.."tolong la mummy.. meniarap la anak mummy". Hari2 sang lekit cakap macam tu kat lala ta...

KANTOI NAMPAK SPENDER ROPOL2

Image
Sebelum cuti raya cina haritu lala ada appointment dengan klinik untuk suntikan & check up setelah 2 kali tertunda. Dah la lala lewat ambil suntikkan, tunda pulak. Bertambah2 la kelewatan dia. Yang lewat mula2 tu kita pergi tapi memandangkan kat tempat tu takde appointment, pulak haritu memang ramai nurse minta datang minggu akan datangnya. Minggu akan datangnya pulak hubby ada hal.. terus ke KK Sg Buloh ambil appointment kat sana je walau mula2 dorang suruh pergi klinik ala2 macam klinik desa kat area rumah sang lekit ni. Tapi cuma hari jumaat je buka dah tu sampai pukul 12 tghari je. Esok harinya tu ingat nak pergi private jer.. Memang pergi pun tapi Doktor kat klinik tu cakap ubat untuk suntikkan lala takde stok. Alih2 kembali kepangkal jalan la.. Minta Appointment kat KK sg buloh jugak. Takpe la tunggu lama sikit.. janji settle dari pergi lepas tu postpone lagi. Alkisahnya di KK sg buloh.. Tengah2 tunggu no giliran sampai lepak2 la dulu. Macam biasa la kalau berurusan dengan ...