Posts

BIHUN SUP LIPAS

Image
Lega rasanya dapat update entri dari pc tua kesayangan hamba ni. Haritu dia koma masalah power supply, dah di bersihkan power supply dia kembali ceria.. Tup.. tup.. bateri kat motherboard pula hilang kuasanya & kurang bertenaga. Nak bagi minum jus Tok Guru kang arwah pulak.. maka terpaksa la di tukar baterinya. Nasib baik ada sikit ilmu pasal pc ni jadi tak perlu la nak hantar servis kat orang lain. Sang Lekit cuma kesan kerosakkan, yang tukang betulkan (alah tukar bateri je) encik asben kita la. Biasala pc tua.. dah masuk warga emas ni macam2 la penyakit sengal yang datang tapi alhamdulillah dia masih mampu berjasa dengan tuannya. Tua pun tua la selagi kau hidup selagi tu kau kena berkhidmat, kan?? Ni alkisah pasal bihun sup lipas. Korang pernah makan bihun sup lipas?? Mesti ada yang loya2 bila terbayang bihun sup lipas tu kan?? Mana nak dapat bihun sup lipas?? Kisah ni adalah kisah kesinambungan balik dari tesco. Memandangkan dah midnite, kitorang malas dah nak singgah makan. K...

SALESGIRL TESCO SELAYANG YANG BIADAP TAPI PEMURAH

Ni cerita pasal shopping2 kat tesco lagi tapi kali ni kat tesco selayang pulak. Biasa la kita memang suka shopping barang dapur & keperluan lain kat tesco. Rasanya harga tesco murah kot selain maiden. Untuk kisah ni terjadi semalam yang bertarikh 3 March 2012 di bahagian pakaian kanak2 di tingkat 2 tesco selayang. Alkisahnya sang lekit nak cari makanan tambahan untuk shahila memandangkan semenjak di perkenalkan dengan makanan pepejal hari2 shahila asyik makan bubur nasi dengan kentang, carot, ayam @ udang dia pun menunjukkan sistom2 jemu maka untuk meningkatkan minat terhadap makanan pepejal sang lekit pun bercadang nak bagi dia nestum & puree pula. Masa nak ke tingkat atas (tingkat 2) tu asben & shahila taknak ikut. Dorang nak shopping frozen food kat tingkat bawah. Bagi menjimatkan masa maka sang lekit sorang2 la ke tingkat atas cari makanan shahila. Malas nak bawak troli sebab sang lekit seriau sikit nak turun guna escalator bawak troli. Rasa besar & berat sangat t...

GELAK KUAT & KUAT GELAK

Image
Bila teringat peristiwa gelak ni, tergelak jugak sorang walau tak kuat pun. Gelak tak gelak sangat la, orang tepat orang cakap senyum kambing sorang2. Kisah ni sebenarnya dah lama tapi untuk nak kongsi dengan korang2 semua terpaksa la di ungkit semula. Carian Google Kisah ni jadi masa kursus pra perkahwinan, bermakna masa tu belum kawen, masih single but not available la. Tak juga dalam ikatan pertunangan sebab seperti yang korang tahu (kalau dah lama ikuti blog melekit ni la) sang lekit tak pernah bertunang terus nikah je. Masa kursus tu kebetulan penceramah2 kat situ semuanya kelakar2 belaka. Sang Lekit ada satu perangai sedikit comot la.. kalau tengok, tonton, baca @ dengar benda kelakar ni & buat sang lekit rasa ia amat kelakar sang lekit akan gelak agak kuat. Pernah jadi dulu masa zaman2 awal rumaja (sek menengah) sang lekit suka baca Ujang/Apo tengah2 malam. Dah baca komik kelakar mesti la gelak.. tak sengaja tergelak besar sorang2 dalam bilik tengah2 malam sampai mak ...

BADAN KECIK SELERA BESAR

Image
Rasanya ramai yang hadapi masalah ni?? Boleh di kategori masalah ke? bergantung pada individu jugak. Kalau dia rasa benda tu 1 masalah, maka masalah la jadinya tapi kalau dia rasa benda tu benda yang normal, maka tak jadi masalah. Carian Google Sapa yang baca ni jenis size badan S tapi selera makan tripple/double XL?? Salah sorang adalah yang sedang tulis entri ni. Tak di nafikan  sang lekit memang jenis selera makan boleh tahan jugak sekarang ni. Dulu pun pernah hadapi juga benda ni tapi mula2 tu rasa macam segan jugak kalau makan kat luar tapi sekarang ni memang perasaan malu tu dah kurang. Walau size S @ XS tapi selera makan double/tripple XL tak jadi masalah lagi tapi jangan la tak malu sampai orang tengok menakutkan pula kita makan. Biar la orang tengok seronok je kita berselera makan walau badan kecik. Ada orang sanggup berlapar walau dah makan sebab malu nak makan banyak dekat tempat2 awam ni. Kadang2 sengaja pulak di tinggalkan baki makanan dalam pinggan semata2 tak...

SITUA BERMULUT PUAKA TAK KENA TEMPAT

Image
3 hari pergi jumpa Mak kat KLIA. Flight Mak kat KLIA untuk pergi mengerjakan Umrah. Jadi sebelum mak kita berlepas, kita awal2 lagi dah sampai semata2 nak jumpa mak. 5.30 pagi dah bertolak dari rumah. Lala pun terpaksa la bangun awal. 5.30 pagi takkan la nak mandikan lala.. ye tak?? Budak tu baru 6 bulan. Jadi sang lekit cuma tukar baju tapi tak tukar pampers dia sebabnya tgh malam tu sang lekit dah tukar jadi pagi tu pampers dia tak basah sangat & takde bau lagi. Malam tu kebetulan lala dari lepas tukar pampers sebelum tido (lebih kurang pukul 12.00) sampai pukul 5.00 pagi dia takde pulak bangun minum susu. Macam tau2 je dia kena bangun awal hari tu. Bila dia kurang minum susu dia kurang kencing jugak. Sampai Airport lebih kurang 6.30 la.. Sempat la luangkan masa berbual2 dengan mak sebab flight pukul 9.00 pagi. Lebih kurang pukul 7.00 pagi macam tu sang lekit tukarkan la pampers lala walau basahnya tak kritikal & takde bau sangat. Memang totally kalau tak pergi cium takde...

SETENGAH TAHUN SUDAH BERLALU

Image
tik.. tok.. dah 6 bulan berlalu. Sekejab je rasanya, kan?? Dah membesar shahila. Walaupun perkembangan lala tak secepat sesetengah bayi lain yang mungkin seusia lala dah boleh merangkak tapi lala cuma mampu meniarap gaya titanic je lagi. Sesekali tu ada juga tengok dia cuba angkat badan. Mungkin tanda2 dia nak belajar merangkak kot. Setakat ni nampak lala mula mesra alam dengan orang lain dah. Dia dah pandai untuk murah senyum & mula bersuara bila di usik. Tapi sikit2 je keramahan dia tu. Tak seramah & semesra macam dia dengan mummy & dady kat rumah. Kalau kat rumah mengekek ketawa.. terjerit2 bila suka. Macam2 bunyi di buatnya tapi bila kat luar lala amatlah pendiam. Mungkin sebab lala kurang bersosial. Seminggu ada la sekali dua bawak lala keluar. Selebihnya hari2 lala cuma dalam rumah. Kat rumah yang ada dengan dia cuma mummy & dady je. Selama membesarkan lala ni en google & kawan2 maya banyak menjadi tempat rujukkan. Bertuah bagi sesiapa yang membesarkan ana...

JOM KENAL DENGAN ARTIS MESRA BLOGGER NI?

Image
Wah sang lekit kau pun jenis gedik pancing traffic dengan up entri pasal artis ke? Bukan pancing ke jala ke bom traffic ke apa ke ni nak cerita pasal sorang artis ni yang sang lekit rasa dia agak mesra dengan blogger2 tepian longkang macam sang lekit ni. Sang lekit nak kata tak pernah baca & komen blog artis ni.. tak jugak. Dari dulu ada la jugak blog artis, blog2 mereka2 yang ada pautan dengan seni hiburan tanah air. Ada la jugak berkomen kat blog dorang tapi nak harap dorang datang balik berkomen, jauh sekali la nak follow blog tepian longkang ni amat la jarang berlaku. Memandang Retis M'sia yang budget dorang hot sangat or orang2 yang kononnya terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air yang susah sangat nak mencemar duli kat blog2 tepian longkang macam sang lekit ni, sang lekit buat tak kisah je. Kalau best isu dia tulis, daku komen tanpa berharap apa2 kunjungan balas jauh sekali la nak menyimpan harapan setinggi KLCC dorang akan follow blog melekit ni. Komen @ kunjungan...