Posts

BILA DAH GENAP 9 BULAN..

Image
Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba. Lala Hari ini. Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je...

NAK TAU STATUS KANDUNGAN FASHA, BACA NI

Image
Kecoh sangat Si Fasha Sandha yang bunting pelamin tu.. Ada yang kata dia honeymoon sebelum nikah la.. Sebab ada yang anggap mustahil dia boleh kesan kehamilan tu dalam masa 16 hari selepas bernikah buat sang lekit sendiri tertarik bukan sebab nak tau status kandungan si Fasha Sandha tapi mencari jawapan sebenar bila paling awal boleh kesan kehamilan selepas persenyawaan berlaku @ dalam bahasa kita selepas hubungan seks la. Jadi untuk mencari ilmu maka tanya la en google. dapat la jawapan.. kalau ada yang salah tolong betulkan tapi taknak jawapan yang tak berlandaskan.. 'Aku rasa..' 'Mak aku bagitau..' Sepatutnya berlaku..' Betulkan dengan dengan ilmu jugak la. Carian Google Apa yang sang lekit dapat dari pengajian pendek bersama en google walau payah jugak nak search pasal ni. Pening cari keywords yang boleh trace. Hasilnya sang lekit dapat ialah... sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantati...

MODEL BARU TAK PERLU BAYAR

Image
Sudah tiba masanya bertukar model. Model lama kena letak jawatan. Walaupun bertukar model.. pilihan model tetap yang free Of charge. Manalah mampu nak bayar model mahal2. Jadi sekarang ni dengan rasminya beliau menjadi duta. Duta apa?? Ada ke model nak jadi duta secara percuma?? Ada.. Duta blog melekit jer.. kekekekeke. Duta baru blog melekit yang percuma tak perlu bayar royalti bagai tidak lain tidak bukan Cik Lala @ Shahila.. satu satunya Tuan Puteri sang lekit tu. Kalau dulu Mak dia je Interframe kan.. sekarang Mak dah malu nak (Malu la sangat.. kan??)  jadi tugas Duta Blog Melekit ni bagi lala pulak la. Duta kecik Model kali ni baju ditaja  Ezan Idma .. ekekekekeke.. Sebenarnya dah lama Ezan hadiahkan lala baju ni cuma masa Ezan bagi lala terlalu kecik nak pakai. Baju tu sepatutnya untuk baby 6 bulan tapi lala 8 bulan baru boleh pakai. Banyak lagi baju2 hadiah dari kawan & adik beradik sang lekit yang lala tak boleh pakai lagi. Dan ada juga baju hadiah yang...

KECOH JADINYA BILA FASHA SANDHA MENGANDUNG

Image
Bila dah jadi artis semua orang nak tahu tapi yang bernama artis tu pandai2 la asingkan yang mana boleh bagitahu, yang mana tak boleh bagitahu, yang mana tak payah bagitahu dulu atau yang mana jangan sampai orang tahu sebabnya akibat yang bernama Artis juga la nak terima. Katanya ni la hasil pregnancy test Fasha Kecoh la kat FB.. Blog2.. Fasha Sandha mengandung 2 minggu setelah lebih kurang 2 minggu bernikah. Yang tukang sebar cerita tu ok jer.. yang tukang respond (pengomen) pulak jadi hal. Ada yang pertikaikan kandungan fasha tu.. ada yang pertahankan fasha.. Macam2 la spekulasi yang timbul dari reaksi peminat & juga bukan peminat fasha. Siap ada yang tolong ajar macam mana nak kira usia awal kandungan ni. Korang paham2 la akan timbul salah faham bila terlalu cepat dia mengandung & usia kandungan dia pun lebih kurang usia pernikahan dia. Ada yang kata mustahil.. ada yang kata tak mustahil tapi jawapannya hanya tuan punya badan & Allah je tahu apa yang di sebal...

KAU BUKAN RATU TAPI SYURGA KU

Image
Tadi dok jenjalan kat FB jumpa satu status yang di buat dari gambar bekal makan seseorang yang di masak oleh mak dia sendiri. Hati tetiba tersentuh. Tersentuh sangat bila terkenang Mak. Terkenang pengorbanan mak selama membesarkan anak. Terkenang bila kita pernah termarah, termerajuk & tersusahkan mak. Tuan punya gambar pinjam jab yer Bila tengok gambar bekalan yang mak dia bekalkan teringat sang lekit 1 kisah dimana kali pertama sang lekit kerja sebagai kerani Am kat salah satu kilang kecik di kedah dulu. Kat kilang tu takde kantin.. Ada gerai makan tapi jauh jugak nak menapak dengan takde transport. Baru kerja nak tumpang orang malu pula. Jadi mak la yang akan masak & hantar makan tengahari kat sang lekit hari2 sementara sang lekit nak biasa dengan tempat kerja tu & mesra dengan kawan2 kat situ. Hari2 mak masak, datang naik bas tinggal makanan kat pondok pengawal. Mak sang lekit tak pandai drive.. jangankan kereta, basikal pun dia tak pandai bawak. Mak saya ...

MASAKAN CEPAT BASI TANDA GANGGUAN JIN

Image
Jenjalan kat FB terjumpa pulak info pasal ni. Sang Lekit ni bukan la pandai sangat bab2 jin & syaitan & terminat nak share bila dalam info ni mengatakan salah satu tanda gangguan jin dalam rumah adalah masakan cepat basi. Mungkin info ni juga berguna untuk orang lain apa salahnya sang lekit selit dalam blog melekit ni. Untuk tidak mengundang salah faham/salah bahasa/salah sangka/salah tulis maka sang lekit copy paste je bulat dari info asal. Jadi kalau nak tahu sila baca hingga ke noktah terakhir yer.. TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH Masakan selalu dan cepat basi ( rosak ) Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah. CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama ) Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah Jika kita benar-benar yakin bahawa di...

ANJING BUNUH MANUSIA KENAPA TUAN DIA KENA HUKUM?

Image
Sebagai menjawab persoalan pada tajuk entri ni maka terhasil la entri ni. Sang Lekit ada terbaca 1 blog yang mengcopy paste salah satu berita berkenaan Anjing Pitbull yang membunuh seorang warga emas yang sedang berjogging. Sempat juga sang lekit baca pertikaian yang di buat secara ringkas dengan kenyataan yang berbunyi macam ni " Jika membunuh dan mendera binatang, manusia juga akan dipenjara. Tetapi sekarang, binatang membunuh manusia pun manusia juga yang mungkin akan dipenjara kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Apabila difikirkan, macam tak adil saja dunia ni kan? lebih baik tak payah memelihara binatang kalau macam ni. Ni adalah statement dari blog tersebut. Sebagai bukti bukan sang lekit saja2 nak buat isu Maka sang lekit pun berkomen dengan komen macam ni kat entri dia" Kalau ada manusia pertikaikan binatang bunuh manusia tuan binatang kena hukum orang tu kena check juga samada dia berakal binatang @ manusia. Dh nama binatang nak tuntut kea...